JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, October 28, 2014

Di sebalik sekatan, Anwar berjaya pidato di UM

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden PMUM Fahmi Zainol di 
hadapan Dataran Dewan Tunku Canselor. – Gambar oleh Afif Abd Halim

Ratusan pelajar dan orang ramai memasuki Universiti Malaya (UM) awal petangini yang ditutup daripada dimasuki semua kenderaan setelah mereka berjaya.

Mereka menuju lokasi di mana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berucap pada program "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara."

 Pada awalnya, terdapat kira-kira 50 orang berkumpul di pintu masuk utama UM di Jalan Universiti itu.

Terdahulu hari ini, Ketua Pembangkang mengatakan tetap akan datang ke universiti alma mater beliau dan menemui pelajar pada program itu walaupun pentadbiran universiti mengisytiharkannya tidak sah. Program anjuran Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) itu dijadualkan bermula jam 9 malam di Dataran Dewan Tunku Canselor dalam kawasan kampus.

Prof Madya Dr Azmi Sharom cuba berunding dengan pengawal agar mereka dibenarkan masuk ke dalam universiti. – Gambar oleh Afif Abd Halim

Presiden PMUM Fahmi Zainol memberitahu media, UM tidak mahu memberi persetujuannya kepada program itu walaupun selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin tengahari ini.

Berikut adalah kronologi Lintas langsung dari lokasi program:

 7:57 malam – Lima pelajar dari HELP University mula sampai. "Ini negara kami dan kami mahu tahu apa yang berlaku." 

 8:02 malam – Kira-kira 200 orang mula bergerak ke pintu pagar utama di Kuala Lumpur mengekori sebuah trak pikap PKR. Mereka berkumpul berhampiran trak itu, ingin tahu jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalamnya.

8:04 malam – Hujan rintik mula turun. Seorang lelaki kelihatan memasang sistem pembesar suara di atas trak pikap.

8:04 malam – Pelajar dari UKM, UiTM dan UM antara yang hadir depan pagar utama. Khalilah Ismail, 22, berkata dia berada di situ bagi mendengar sendiri apa yang akan dikatakan Anwar, tidak hanya membaca mengenainya daripada sumber lain.

8:12 malam – Hujan mula lebat. Orang ramai mula mencari perlindungan. Kakitangan PKR masih cuba memasang sistem pembesar suara. Pikap PKR diparkir betul-betul di hadapan pagar utama UM di Kuala Lumpur.

 8:15 malam – Pelajar dari asrama dalam UM dihalang keluar kampus. Mereka berkumpul di hadapan pagar yang dihalang pegawai keselamatan.

8.20 malam – Fahmi cuba berunding meminta mereka dibenarkan memasuki kampus. Seorang timbalan naib canselor juga hadir. Hujan makin lebat. Payung mula dibuka di sana sini.

8.22 malam – Sedikit kekecohan di hadapan pagar apabila pelajar dari dalam cuba keluar. 8.24 malam – Pelajar mula menjerit "Buka! Buka!" di hadapan pagar. Pemimpin PKR Datuk Johari Abdul tiba. Beliau juga alumni UM.

8.27 malam – Orang ramai mencecah 400 orang.

8.30 malam – Johari cuba minta timbalan naib canselor membuka laluan tetapi nampaknya tidak berjaya. Aktivis pelajar Safwan Anang kelihatan berada di lokasi.

 8.32 malam – Orang ramai mencecah 500 di pintu masuk Kuala Lumpur, termasuk di dalam dan luar pagar. Pelajar mula melaungkan "Bangkit! Bangkit!"

 8.36 malam – Kekecohan di hadapan pintu masuk Kuala Lumpur apabila pelajar cuba merempuh keluar.

8.37 malam – Dua kumpulan kelihatan di kawasan kampus – satu berhampiran pagar dan satu lagi tidak jauh dari situ apabila pengawal keselamatan meluaskan sempadan antara pagar dengan penghadang ke 200m dari pagar.

8.39 malam – Wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Fazril Saleh berkata: "Apa yang kami lakukan bukan satu kesalahan. Tolong benarkan pelajar masuk berkumpul."

8.48 malam – Pengurusan UM membuka pagar di tepi bagi membenarkan pelajar dari dalam keluar.

 8.49 malam – Pensyarah undang-undang UM Prof Madya Dr Azmi Sharom kelihatan berada bersama orang ramai yang hadir.

8.57 malam – Orang ramai mula menyanyikan lagu pelajar, termasuk berterima kasih kepada UM. Bilangan yang hadir mencecah 600 hingga 700 termasuk pemerhati. Tiada pegawai polis kelihatan.

9.01 malam – Seseorang mula mengkritik UM kerana mengeluarkan arahan terdahulu hari ini supaya kakitangannya meninggalkan kampus jam 4 petang kerana 'masalah bekalan elektrik.' "Bagaimana UM boleh dakwa ia universiti nombor satu di Malaysia? Bagaimana ia kata ia ikut Perlembagaan Persekutuan jika ia tak benarkan Anwar masuk?"

9.08 malam – Pelajar mula mengambil giliran bercakap, menghangatkan keadaan sementara menunggu ketibaan Anwar. "Ini universiti rakyat," kata seorang daripada mereka.

9.18 malam – Pagar dibuka apabila orang ramai mula agresif dan berjaya memaksa ia dibuka.

9.20 malam – Pelajar berarak masuk melalui pintu masuk utama di Kuala Lumpur, melaungkan "Hidup Mahasiswa!", menuju Dataran Dewan Tunku Canselor.

9.22 malam – Orang ramai diberitahu Anwar akan hadir dalam masa 5 minit.

9.31 malam – Pemimpin pelajar mula bercakap kepada hadirin dalam kawasan kampus. Mereka juga terus menyanyi dan melaungkan slogan. Bilangan yang hadir makin ramai apabila pelajar yang tinggal di asrama turut serta.

 9.36 malam – Seorang pemimpin pelajar mengumumkan Anwar akan tiba tidak lama lagi. Keadaan kelihatan terkawal. Anggota polis masih tidak kelihatan.

9.40 malam – Anwar tiba Dewan Tunku Canselor dengan menaiki sebuah trak pikap yang dipandu perlahan, sambil melambai kepada orang ramai.

9.41 malam – Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah turut kelihatan di atas trak. Pelajar Fahmi Zainol juga bersama mereka. Orang ramai mula melaungkan "Hidup, hidup, mahasiswa! Hancur, hancur kezaliman!"

9.49 malam – Perserta program mencecah kira-kira 2,000 orang.

9.51 malam – Keadaan gelap gelita sekitar Dataran Dewan Tunku Canselor di mana Anwar akan berucap. Tiada satu lampu jalan pun dipasang.

10.04 malam – Orang ramai bersorak apabila Anwar mula berucap.

10.28 malam – Anwar meninggalkan dataran. Semua yang hadir berjalan bersama beliau ke pintu pagar. – OLEH LEE SHI-IAN DAN MUZLIZA MUSTAFA 27 Oktober, 2014.~ SUMBER
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Perdana Menteri Malaysia sepatutnya ialah TGHH, bukannya DSAI. Perdana Menteri Malaysia ialah hak Presiden PAS. Kejadian malam tadi menunjukkan IPTA sudah diresapi pengaruh PasMa. Pelajar-pelajar sudah tiada wala'. Pelajar-pelajar membelakangkan Majlis Syura Ulama dan Presiden PAS. Pelajar-pelajar sepatutnya menunjukkan solidariti kepada TGHH, bukannya DSAI.

abuamir said...

Tahniah, anak muda terus bangkit tentang kerajaan yg zalim dan pengecut. Universiti tu utk anak2 kita menuntut ilmu dan memperjuangkan nasib rakyat bukannya tempat utk pengampu2 kerajaan yg zalim. Setiap kezaliman mesti ditentang tak kiralah siapa pun demi menegakkan keadilan.

Sebab itu kerajaan sekat org melayu & rakyat yg susah dari masuk U kerana 70~80% pelajar U ni tolak kerajaan. Sistem MUIET sekat lebih ramai org melayu dari masuk U sebab umno tahu kalau rakyat bodoh umno senang, rakyat pandai umno susah.

Ada pm pun tiada ijazah sebab itu banggan* mentakbir sehingga negara menuju bangkrup..............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...