GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, October 18, 2014

Doa Menangtu termakbul : Allah dedahkan penjahat-penjahat laknat itu...

Ketika ditanya adakah perlu PasMa dibubarkan, Ahmad berkata ia masalah lain tetapi yang penting anggota PAS perlu mengikut arahan yang dikeluarkan.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama menegaskan supaya semua ahli parti PAS mematuhi ketetapan majlis berkenaan untuk tidak menyertai PasMa.


Katanya, sebagai ahli parti itu, mereka perlu patuh segala ketetapan parti dengan tidak sesekali melanggar arahan untuk menyertai persatuan berkenaan.


“Kita ini berparti dan perlu patuh kepada keputusan parti dan itulah keputusan kita (Majlis Syura).

ULASAN AL-HUSSEYN

Demikian itu antara kenyataan Ahmad Yakob selaku Timbalan Ketua MSU. Yang peliknya, dia buat kenyataan tersebut walaupun dia juga turut menyatakan :

Majlis Syura Ulama akan menunggu keputusan PAS Pusat sama ada perlu mengambil tindakan atau sebaliknya kepada anggotanya yang menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

 “Kita dengar keputusan PAS Pusat dulu mengenai mereka yang menyertai Pasma ini,” katanya di sini .

Kalau sedang menunggu keputusan PAS Pusat mengenainya, apasal yang kamu ni gatal mulut buat kenyataan melarang orang nak menyertai PasMa?

Kemudian aku bertambah pelik, bukankah hari tu puak hangpa sendiri yang beriya-iya benar mendakwa MSU adalah badan yang tertinggi dalam organisai PAS?

Nik Zawawi turut mengesahkan bahawa Majlis Syura Ulama PAS bertanggungjawab memutuskan senarai calon bagi jawatan Menteri Besar Selangor. 
 “Ya… ya betul. Majlis Syura yang putus nama. Majlis Syura ini badan tertinggi (dalam PAS),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini. 
Bukan main sombong dan angkuh, Nik Zawawi dengan sinis mengatakan, “(Mohamad) bukan Majlis Syura,” bila Malaysiakini bertanya kenapa Mat Sabu tidak mengetahui tentang calon-calon tersebut. 

Korang tanyalah Mat Akob tu, apa perlunya mau tunggu keputusan PAS Pusat? Bukankah hari tu bertekak ngaku MSU badan tertinggi dalam PAS.Tuduh orang lain pengkhianat bagai...Baru hari ini sedar dari mabuk ketum ker?


KENYATAAN ISKANDAR ABDUL SAMAD  DAN PENAFIAN MENANTU

Kenyataan PJ Selangor, Iskandar Abdul Samad : Pas Selangor tiada hak melarang ahlinya menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) kerana ia adalah sebuah pertubuhan NGO dan tiada kaitan dengan politik (baca lagi di sini ) dikeluarkan pada 17 Oktober. 

Apakah ianya secara kebetulan sahaj dengan hari dimana kenyataan penafian oleh menantu Hj Hadi, Zaharudin Muhammad dibuat pada 17 Oktober 2014 juga?




ULASAN AL-HUSSEYN

Amboi sodapnya dia tuduh orang lain buat kerja jahat merosakkan imej Majlis Syura Ulama PAS konon. Dia kata kenyataan Zawawi itu adalah paslu dengan niat mengimejkan MSU sebagai ekstrem.... 

 "Jom pakat-pakat doa dihari berkat semoga penjahat-penjahat ini dihukum bukan sahaja di akhirat, tetapi di dunia ini lagi dengan diperlihatkan oleh Allah kepada kita semua siapa mereka sebenarnya," katanya lagi..

Jom korang semua tadah tangan aminkan doa manusia suci ni. Amin ya Rabul 'Alamin. Kamu perlihatkanlah kepasda kami ya Allah siapa sebenarnya penjahat-penjahat yang ada dalam jemaah kami ini. (Teruskan bacaan anda kalau nak tahu....)

Kenyataan Wan Zawawi mengenai larangan menyertai PasMa itu telah dikeluarkan pada 12 Oktober 2014.


Ianya tersebar luas dimedia sosial.Malah pada 13/10/2014, Utusan Meloya pun turut menyiarkannya dengan tajuk Majlis Syura Ulama larang ahli Pas sertai Pasma

Reaksi dari mereka yang sewaktu dengannya telah turut menguatkuasakan arahan Zawawi itu dinegeri masing-masing.Perak, Trengganu dan PAS WP pula larang ahlinya sertai PasMA

Sekiranya arahan tersebut benar-benar palsu sebagaimana dakwaan menantu Tok 'Alim itu, kenapa sehingga kini  Wan Zawawi sendiri selaku Setiausaha MSU yang terlibat dengan arahan palsu tersebut tidak segera membuat penafian? Mustahil dia tidak menyedara atau mengetahuinya.


Bertambah pelik pula bila menantu Hj Hadi, yang tolong buat kenyataan penafian untuk Wan Zawawi...

Dan apa Ketua Penerangan MSU YB. Dato' Dr. Us. Hj. Mohd Khairuddin B. Aman Razali At-Takiri buat? Sibuk sangat jual kismis jampi ker?


Doa menangtu Tok 'Alim yang suci itu, benar-benar mustajab. Allah makbulkan permintaannya supaya mereka yang buat kerja jahat merosakkan imej Majlis Syura Ulama PAS diperlihatkan oleh Allah. Ini apa? Dari laman web rasmi sendiri : 


                                                   SUMBER DI SINI

Semoga penjahat-penjahat ini dihukum bukan sahaja di akhirat, tetapi di dunia ini lagi ..... Amin ya Allah, Maha Suci Engkau ya Allah!
Comments
14 Comments

14 comments :

bat8 said...

Tuan Haji

Mereka ingat mereka cerdik. Orang lain semuanya bodoh. Tidak tahu peraturan dan perl3mbagaan PAS. Satu hal.

Mereka sanggup menggunakan h3lah yang mirip kepada penipuan menggunakan helah yang MSU adalah badan eksekutif tertinggi didalam PAS. Itulah helahnya apabila mereka s3but MSU adalah badan tertinggi. Tujuan mereka hendak memperdayakan ahli PAS agar menyokong mereka cukup jelas dan terang.

2. Sebab orang PAS dan penyokong PAS yang tidak menyokong mereka juga cerdik, maka helah mereka telah didedahkan dan disebarluas bahawa MSU tidak mempunyai kuasa melarang ahli PAS untuk menyertai PasMa. Badan yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian ialah JKPP. Tipu muslihat mereka terdedah dengan m3luas.

3. Sebab itu Ahmad Yaakob tiba2 buat koner baring seperti tuan laporkan diatas.Apapun kenyataan ini mempunyai sedikit weightage untuk membantu.

Lain pula dengan respond Din Ayam.Mamat ni memang dah buang terus Ilmunya. Dia masih bersikap angkuh dan sombong.

Dia masih mahu memutar belit situasi. Biarlah. Dia kena tahu hukum keadilan. Bila kebenaran teserlah dan hukum keadaan m3ngambil tempatnya, dia harus menerima apa jua keputusan kebenaran dan keadilan.

4. Sebenarnya pilihan-pilihan puak UG untuk bermaharajalela untuk mem3cahbelahkan PAS semakin terhad. Tidak seperti apa yang berlaku sebelum ini.

Cuma yang menjadi kerisauan ialah p3milihan tahun depan. Ada berita yang p3nyokong UG sedang meracun fikiran ahli-ahli PAS di seluruh negara melalui pelbagai aktiviti seperti usrah, tamrin, liqa'fikr dll.

Aktiviti ini perlu dipantau dan didedahkan seluas mungkin untuk merencatkan rancangan mereka untuk menguasai semua organ PAS terutama JKPP.

Pada pandangan saya, inilah rancangan utama mereka sekarang dan usaha hidup mati mereka. Jika ini dapat digagalkan , mereka akan berkubur.

Tolong awasi kegiatan mereka melalui usrah, tamrin, liqa fikr dll

Anonymous said...

Pasma bergabung dgn UG utk menguatkan ukhwah dlm NGO tersebut...keterlibatan kedua-dua ideologi ini tentulah menyenangkan pergerakan utk menarik minat golongan yg simpati dgn Pasma dlm usaha utk menjatuhkan PAS.

Anonymous said...

?

bat8 said...

Anon 19:00

Gabungan antara golongan ulamak dan bukan ulamak telah diasaskan oleh Almarhum Ustz Fadhil Noor sejak b3liau menjadi presiden. Pada pandangan beliau melalui gabungan ini PAS akan l3bih maju kedepan untuk memartabatkan Islam ditempat yang sepatut.

Paduan ini kita nampak b3gitu berjaya selepas PRU 2004 ean menjelang PRU 2008. Tiba-tiba PAS muncul dibarisan hadapan politik negara sebagai bintang harapan baru untuk rakyat Malaysia. Islam tiba-tiba kelihatan indah setelah 50 tahun lebih diberi gambaran yang buruk ol3h UMNO. Apabila disebut Islam terpancar ikon PAS, TGNA. Apabila disebut PAS, rakyat melihatnya pada susuk tubuh TGNA ( Orang bukan Islam mengaitkan PAS dan Islam dengan TGNA...bukan TGHH).

Hari dari paduan ini membuahkan hasil yang mencacat sejarah politik negara dimana PR memenangi 5 negeri dan jumlah kerusi parlimen yang banyak sehingga BN pertama kali dalam sejarah gagal mengekalkan 2/3 majoriti di parlimen.

Anon 19:00....kejayaan PR dalam PRU 2008 TIDAK ADA KENA MENGENA D3NGAN UG.

UG TIDAK MEWAKILI KESELURUHAN ULAMAK DAN MEREKA YANG BERPENDIDIKAN UGAMA DIDALAM PAS. UG adalah satu kumpulan kecil p3mimpin PAS yang mempunyai pendidikan ugama, kebanyakannya dari Terengganu yang mempunyai cita-cita membawa PAS bekerjasama dengan UMNO tanpa alasan yang kukuh dan jelas, malah tidak pernah dijelaskan kepada umum termasuk ahli-ahli PAS apa alasan mereka.

Mereka muncul selepas kemenangan bersejarah PR dalam PRU 2008. Pemimpin2 UG yang kita kenal hari ini adalah nobody sebelum PRU 2008. Kebanyakan mer3ka mendapat jawatan dalam PAS selepas PRU 2008.

Anon 17:00....jangan samakan puak UG dengan kelompok ulamak dan ustz2 lain yang ramai didalam PAS. Majoriti mer3ka bukan puak UG.

Jadi soal bergabung puak PasMa dan UG tidak timbul. Jika kita mahukan perpaduan dan kekuatan PAS s3bagaimana menjelang PRU 2008 dulu, puak-puak UG yang beberapa kerat ini perlu dikeluarkan daripada PAS. Biar mereka menyertai UMNO s3cara individu tanpa PAS - saya yakin UMNO pun berfikir 10 kali untuk menerima mereka secara individu tanpa PAS. Logik mudah ialah UMNO nak buat apa ambil pengacau dari PAS. Tiada jaminan puak ini tidak berkomplot sekali lagi untuk menjahanamkan UMNO pulak!

Alhusseyn Alhusseyn said...

Salam Bat8, UG ni dah set komplot nak jatuhkan Mat Sabu dah lama bermula.Tengok cara kempen depa yg diluar akhlak sesama jemaah. Pemilihan tahun hadapan ni akan membersihkan PAS dari puak-puak ini.Ceramah depa pun sekarang sudah tiada sambutan seperti dulu.Ceramah Hj Hadi pun lebih kurang 50 org yg hadir....itu pun depa ni berasa nak besar kepala!

tok janggut said...

Mereka d MSU tak jelas di mana sempadan tangungjawab dan bidangkuasa mereka..Mereka tidak pernah duduk dlm bidang pentadbiran tiba2 terus dapat jawatan tertinggi dlm pentadbiran. Tak reti pula nak study bidang tugasnya...ini lah jd nya meletakkn mmereka2 yg bukan ditempat yg sepatutnya..mereka ni sekadar jadi penasihat je, jgn jd pemberi kata putus..

bat8 said...

Tok Janggut

Mereka bukan tak faham bidang dan had kuasa MSU terutama anggota MSU yang muda. Hakikat mereka ignore had dan bidang kuasa tersebut untuk tujuan agenda UG mereka. Tak mungkin Ust Nik Zawawi, Dr At takiri dan Dato Haron Din tak faham apa2. Tak masuk akal!

Kalau betul tak faham, mereka tak layak duduk di dalam MSU. Kehadiran mereka didalam MSU itu sendiri satu pengkhianatan kepada PAS kerana mereka menerima amanah yang mereka tak mampu pikul.....tak logikkan mereka tak tahu? Lagipun LUHAM ada mengeluarkan penerangan mengenai had dan bidang kuasa Presiden dan MSU semasa krisis MB Selangor. Takkan mereka tak faham. Mengapa mereka masih buat juga selepas penerangan oleh LUHAM?

Anonymous said...

Nak buat macam mana org yg buat perlembagaan pas sudah arwah...arwah ustaz hasan shukri boleh ulas jika almarhun masih hidup...

Anonymous said...

Salam tuan hussin dan tuan bat8...

Ulas skit kenapa DAP sarawak nk keluar PR kalau PAS nk buat hudud...jgn kaitkan dengan Umno sbb kita bukan bodoh kalau umno xde dlm malaysia ni dap setuju ke pas buat hudud?

Agak kecewa bila bukan Islam nk minum arak dap guna ayat hak asasi dan hak bukan Islam dan sy juga bersetuju dengan hak nk minum arak itu bgi bukan islam...tetapi apakah org islam tidak ada hak untuk guna hukum diorang dlm malaysia ini?...

Boleh tuan yg bijaksana ulas sikit

Alhusseyn Alhusseyn said...

Salam October 20, 2014 12:08:00 am, soalan tuan tidak berkaitan dgn entri saya ini.Kalau saya jawab juga, nnt menampakan saya tidak bijaksan. Sila baca di entri saya yg lain yg ada kaitan dgn soalan tuan seperti "
Bukan Islam Boleh Minum Arak : Haji Hadi seiya sekata dengan Khalid Samad" atau seumpamanya. Harap maaf.

Anonymous said...

Ok saya dah buat seperti yg tuan suruh saya dah paste soalan saya 2 dekat entri yg tuan bagi contoh tu

Anonymous said...

MSU=majlis sengal ulamak...ptuiiii

muhid@penabara said...

Tok guru Haji Hadi turunlah secara baik sebelum ramai lagi mula meluat,,,sizawawi,din takiri dan lain2 mulut murai pi main jauh2 la...aku dah naik cemuih dah tengok muka hangpa. aku ahli dan penyokong tegar Pas lebih 30 tahun dah rasa sakit hati sangat dgn perangai hangpa ni...KALAU TAK KERANA HAJI HADI DAN PENGIKUTNYA KACAU PEMILIHAN MB SELANGOR TEMPOHARI NESCAYA SEMUA PERKARA INI TAKKAN TERJADI..TAK PAYAHLA DOK SALAHKAN ORANG LAIN.HANGPA YANG PATUT MUHASABAH DIRI.

Anonymous said...

TOK GURU HAJI HADI LETAK JAWATAN DAN PENGAMPU DI SEKELILINGNYA DINYAHKAN JAUH2 MAKA PAS AKAN SELAMAT DAN DIPANDANG TINGGI..SILAP BESARNYA PAS TEMPOHARI KERANA MENCAMPURI URUSAN PKR DALAM MEMILIH MB SELANGOR DAN SEKARANG NASI DAH JADI BUBUR LAMBUK..NAK MINTA MAAF MUSTI MALU KERANA EGO YANG TINGGI..NAH!SEKARANG TERIMA AJELA UMPAT KEJI MASYARAKAT..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...