GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, October 21, 2014

Dr Tareq Suwaidan difitnah oleh UG....


Dah tak ada kerja lain ker si El-Haraki ini selain menggelar , melabel, buat fitnah dan menyibarkannya?

Malah El-Haraki menganggap mereka yang pergi mendengar ceramah motivasi Dr Tareq Suwaidan ini seolah-olah telah melakukan suatu kesalahan ...

Sodap mulut cirit biritnya gelar orang lain dengan 'Jebon'....masya' Allah! Ini ropanya yang ngaku pecintaik ulama? El-Haraki ni dah dengar belum apa yang dia bicarakan? Gherti tak dengor bahasa omputeh? Respind? Alisis? Kah!3

Dr Tareq Suwaidan pun dia perkecilkan dan difitnahnya. Betullah apa yang dikata oleh seorang Facebooker yang memberikan reaksinya terhadap entri El-Haraki yg di kopipes dari seorang UG di sini 
Fadrul Hisham : Ya Allah jahatnya El-Haraki ni. Suka betul dia mencela orang2 yg banyak jasanya pada Islam. Siapakah engkau mahu judge orang wahai El Haraki? Nak cemuh puak anwarinas saya takder hal. Tapi melarat sampai ke Tareq Suwaidan, dah melampau
 Aku dah dengar dan sangat tertarik mendengar kupasan kajiannya sendiri mengenai "Six Leadership Major Signs" yang diselitkan dgn sedikit kelucuan dan dikaitkan sedikit dgn seerah penghijrahan sahabat ke Habsyah.Intipati ucapannya adalah seperti berikut :

1. Kemampuan untuk menganalisa:
    Soalan pintar / Komen pintar / Cepat memahami / Expektasi yg baik

2. Mengambil inisiatif :
Seseorang yang memulakan projek / Seseorang yang membentangkan idea-idea baru /Seseorang yang mengetuai kumpulan itu / Seseorang yang memulakan sebuah organisasi / Seseorang yang mempunyai kreativiti


3. Keberanian :
Keadaan ketakutan / Melahirkan idea-idea berani / Kritis / Yang mempunyai pengaruh pada orang lain 


4. Menjadi serius :  
Bahagian aktivisme /kelab/Hobbies/ Banyak membaca Pengurusan masa

5. Bercita-cita tinggi:
Mahu berada dikedudukan tinggi / Mahu meninggalkan suatu legasi / Berangan-angan yg mampu dicapai


6. Kepimpinan persekitaran:
Keluarga sudah jadi pemimpin / berasal dari keluarga kaya/ Keluarga adalah aktivis /Anak Yatim @ yang dibesarkan oleh ibu tunggal

Tidak ada pun dia mengutuk atau mencerca sesiapa pun. Dari apa yang dikupasnya itu, kita akan dapat tahu bagaimana untuk menilai atau kalau mahu menjadi atau kalau mahu memilih seseorang pemimpin yang baik ... Semuanya berkisar tentang bagaimana mengenali seseorang pemimpin yang baik .....

Olahannya sangat menarik. Sila korang dengar sendiri di sini. Berikut beberapa komentar yang menarik, mendedahkan kepalsuan/ fitnah tulisan Ahmad Hakimi Othman itu:
Saiful Islam: Komentar ringkas Sdr Jamzuri Ardani, bekas Naib Ketua Pemuda Pas Selangor dan Alumni MISNA terhadap tulisan Ahmad Hakimi Othman :
 Ada beberapa kenyataan yg tidak tepat dlm tulisan Ahmad Hakimi Othman.
 1. Dr Tareq Suwaidan datang ke Malaysia atas program beliau dgn sekumpulan org2 dari Saudi yg tidak ada kena mengena dgn mana-mana Pakatan Rakyat. Progran latihan (sepenuhnya dlm vagasa Arab) dgn sekumpulan org Saudi ini dibuat di Malaysia kerana Dr Tareq diharamkan masuk ke Saudi kerana buat kenyataannya menentang rampasan kuasa El Sisi di Mesir. Jadi, adalah silap utk mengatakan Dr Tareq dibawa ke Malaysia oleh mana-maba pimpinan PR. Kebetulan beliau berada di Malaysia dan keberadaannya dimanfaatkan.
2. Dr Tareq tidak menujukan ucapannya kepada mana-mana kumpulan di Malaysia. Dia bercakap ttg prinsip2 secara umum. Adalah tidak tepat utk mengandaikan ucapannya adalah utk menyerang kepimpinan ulamak Pas. 
3. Dr Tareq mempunyai hubungan yg baik dgn TGHH. Malah TGHH sempat call Dr Tareq dari Tganu sebelum berlepas ke London. Beliau ada memuji TGHH sebagai seorang yg alim dan dihormati, walaupun beliau ada mempunyai perbezaan pandangan dlm beberapa isu.
4. MISNA ditubuhkan setelah Dr Syed Azman kembali ke Malaysia sebelum menyambung PhD di UK. Beliau sebelum itu bersama MISG dan Hizbi US (Sayap PAS). Bukan tokoh MISNA seperti didakwa.
 5. ISNA adalah Institusi agama utama di Amerika Utara. Hampir semua masyarakat dan pelajar Islam dari dalam dan luar Amerika merujuk kepada ISNA dalam isu dan permasalahan berkenaan hal ehwal Islam. Dr Tariq pernah menjadi President ISNA dan tidak hairan beliau dikenali oleh hampir semua pelajar Malaysia yg bergiat dengan kesatuan pelajar islam dan institusi keagamaan. Beliau sering di jemput untuk ceramah dan forum di seluruh Amerika Utara.


21 Oktober 2014.89
 Ahmad Sofi Jundullah : Nak tanya el-haraki..betul k ape yg diperkatakan dibawah tu..sy copy dalam gruop...=Sebahagian maklumat di atas betul... Sebahagiannya salah dan fitnah... Jangan jadi penyebar fitnah... Tareq suwaidan mempunyai 2 phd iaitu dlm bidang petroleum dan syariah... Dia org rajin belajar... Ceramah beliau banyak dlm youtube berbahasa arab dan inggeris... Boleh nilai sendiri ilmu dan fikrahnya... Ikhwan muslimin sudah lama bertapak d kuwait yg di bawa oleh seorang ulamak mesir yg bernama hasan uyub... Ikhwan muslimin ada cawangan di 86 buah negara di dunia... Termasuk singapura, siam, sri langka dll..
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...