GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, October 22, 2014

Dr Tareq Suwaidan mendedahkan pendirian ulama muzabzabin

Berikut adalah sebahagian petikan transkrip dari ucapan beliau menyentuh bagaimana sikap sebenar kebanyakan ulama hanya terdedah apabila mereka berhadapan dengan tribulasi.

Banyak isu-isu menarik yg telah beliau bincangkan. Mengenai ISIS juga sangat jelas apa yg beliau perkatakan. Bahagian di entri ini, beliau banyak mengupas mengenai situasi di Mesir.

 Pendirian kebanyakan ulama yang tidak tegas dalam menangani beberapa isu yang menggugat kebebasan rakyat. Ulama tidak tegas dengan ilmu yang ada pada mereka. 

 Dr Tareq menegaskan, bukan masalah kurangnya ilmu pada mereka, tetapi  tiadanya 'nilai' yang sepatutnya ada pada mereka yang bergelar ulama. Berikut yg termampu saya nukilkan buat masa ini. Bab lain akan saya usahakan nanti. Insya’Allah. 


1:03:18 ~ Jika kita berterusan dgn kejayaan, siapakah yang akan bersama kita? Wallahi, Wallahi, Wallahi, Kita tidak menyedari siapa yang benar-benar bersama kita hingga berlakunya rampasan kuasa di Mesir! 

1:03:35 ~ Wallahi, kita tidak menyedarinyakan? Ramai yang kita rasakan mereka bersama kita. Saya merujuk kpd orang-orang penting. Bukan para remaja … Muda mudi. mereka hamper tidak ada masalah. Tetapi yang ulama….para pemimpin yang ada masalah !

1:03:51 ~ Percayalah saya, dengarkan…percayalah bahawa ianya bukan masalah ilmu pengetahuan, tetapi masalah nilai.Mereka ada berilmu….Ali Jumaah, antara ilmuan yang hebat … (tetapi) dalam ucapannya, dia arahkan tentera Mesir : Bunuh mereka! 

1:04:19 ~ Saya gunakan kata-katanya yg sebenar – Uqtuluhum! – Dia mengarahkan pembunuhan keatas para demonstrator… Bunuh mereka! – Jika kamu bunuh mereka, baik bagi kamu, jika mereka bunuh kamu, baik bagi kamu kerana kamu akan pergi ke syorga! Ini ilmuan hebat? 

1:04:49 ~ Jadi saudara, saudari, bukan ilmu pengetahuan yg diambil kira di sini. (Tetapi) Nilai yang sebenarnya….biar saya katakan sesuatu, kebanyakan ulama kita tumbang apabila rampasan kuasa itu berlaku… 

1:05:05 ~ Saya telah menghitungnya. Kamu tahu berapa yg tumbang? Tidak mengambil pendirian dalam mempertahankan kebebasan, mempertahankan hak asasi, mempertahankan hak untuk berdemo aman, Kamu tahu berapa ilmuan yg tumbang? 

1:05:22 ~ Lebih dari 95%...Saya bukan bercakap di Mesir sahaja… dimana-mana! 

1:05:32 ~ Alhamdulillah… tanpa ini semua, kita tidak akan mengetahuinya…siapa yg berpendirian dengan kebenaran! 

1:05:44 ~ Jadi saya telah mengambil pendirian yg tegas mengenai rampasan kuasa itu…disebabkan pendirian saya mengenai rampasan kuasa itu, tiada yang selain dari itu, saya telah di haramkan memasuki Saudi Arabi walaupun untuk mengerjakan umrah. 

1:05:58 ~ Saya tidak pernah bercakap tentang Saudi Arabia. Tidak pernah! Samada sebelumnya atau selepasnya… hinggalah kini, saya tak sebut pasal Saudi Arabia. 

1:06:07 ~ Walaupun begitu, mereka larang saya masuk ke Saudi Arabia walaupun untuk melakukan umrah.Dan para ulama menyokongnya! Menyokong larangan keatas orang yg mahu mengerjakan umrah….
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...