GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, October 29, 2014

Dua tamparan hebat ke muka PM Najib!

Allah maha berkuasa, siapa dapat menyangka apa yg Allah rancangkan. 

Siapa Tan Sri Gopal Sri ram (kiri) , beliau adalah bekas hakim kes liwat Dato Seri Anwar Ibrahim dulu. Hakim yg tidak dapat membebaskan Anwar Ibrahim kerana terikat, dengan kuasa Allah kini beliau tampil ke hadapan untuk menjadi ketua pembela Dato seri Anwar Ibrahim secara percuma...

 Siapa sangka, satu persatu manusia yg dipaksa menjatuhkan Anwar Ibrahim tampil ke hadapan membela manusia bernama Anwar Ibrahim. 

Dan lihatlah kebanyakan manusia yg bukan Islam, Bukan Melayu tampil membela Anwar tetapi masih banyak melayu melayu bodoh yg mengaku Islam menghina, menfitnah, mengutuk mencaci beliau.

 Orang yang terpaksa menghukum Anwar sekarang menjadi ketua membela Anwar , Kuasa Allah. Wama karu wama karrallah wallahhu khairun ma kirin ( Kamu boleh merancang apa sahaja tetapi perancangan Allah tiada siapa pun tahu )~ Kredit kpd : En Jamil Bin Ismail (Jamil Kucing).


Sebelum ini seorang lagi bekas majistret dan hakim Mahkamah Sesyen yang merupakan pendakwa utama dalam kes liwat II perbicaraan Anwar, Datuk Yusuf Zainal Abidin (gambar kiri) telah memihak mewakili pasukan pembelaan Anwar dalam kes Bersih 3.0.

Penglibatan Datuk Yusuf dalam mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula pada tahun 1998 lagi, ketika itu DSAI dituduh buat pertama kalinya setelah keluar dari lokap polis dengan mata lebam. 


Ini semua menunjukan bantahan mereka yang berotoriti dalam perundangan Negara tidak bersetuju dan membenarkan caj bermotifkan politik oleh kerajaa.

 Pada 9 Dec 2011 lalu, Datuk Yusuf dilaporkan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya untuk kali ketiga dan kali ini ia diterima.

Sebelum ini beliau telah mengemukakan permohonan untuk bersara secara pilihan sebanyak dua kali: 

Pada tahun 2007 ketika beliau mencapai umur 52 tahun dan sekali lagi pada 2009.

Kedua-dua permohonannya itu ditolak, dipercayai ekoran campurtangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang mahu Yusof mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat tersebut. 

Dua  tamparan hebat terhadap kerajaan zalim pimpinan Najib Tun Razak dari dua orang ahli perundangan - seorang bekas hakim yg menghukum Anwar dan seorang pula bekas peguam pendakwa  utama dalam kes liwat II perbicaraan Anwar.
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

tapi adakah mereka melihat dengan mata hati... melihat dengan nama isalam itu sendiri... dunia akan menyaksikan tangan2 ini akan terus melakukan jenayah terancang yg pincang

Anonymous said...

Abis, yg keluar PKR ramai-ramai tu tak kira ke ?? Makin ramai dah tau perangai dia..

Baru dua org bela dia dah kecoh,... itu pun tah ape janji anwar pada dia.

Anonymous said...

Allah Maha Berkuasa. Ingatlah wahai saudara-saudara Islam ku, dunia ini cuma pinjaman, jagalah hubungan dengan Allah dan hubungan sesama insan. Kamu selamat dunia dan akhirat. Peliharalah lidah mu dan hati mu dari mengaibkan saudara2 kamu.Insafilah akan balasan Allah di Akhirat nanti, moga kamu tidak tersekat di Titian Sirat.

Anonymous said...

Kerajaan BN pun pandai jugak dlm isu ini. Depa tak komen apa pun sejak kes rayuan ini bermula. Abis kuat mereka cakap ini isu Nuar dgn Saifol.

Malahan yg terburuk adalah ...

Bila Gopal Sri Ram dah ungkapkan dan mahu barisan hakim menerima bahawa ia berlaku secara suka sama suka. Apakah DSAI bersetuju dengan ungkapan ini?

Tapi Setuju atau tidak .. ia membawa makna yang sangat besar kepada rakyat Islam Malaysia. Statement ini mengimbau sekali lagi .. spt apa yg pernah dikatakan oleh mendiang Karpal Singh. Yg tidak menolak incident homoseks berlaku antara Nuar dan Saifol .. yg mendiang Karpal Singh duk berdoa adalah isu teknikal (dna) di terima pakai .. akhirnya makbul jugak doa benggali tu .. Nuar bebas.

Sekarang .. bagaimana masyarakat Islam mampu telan dan terima Nuar sebagai pemimpin nanti ? (kalau dia bebas sekalipun pada kali ini).

Bagaimana nak terangkan kepada cucu cicit satu hari nanti .. yg Atuk dan Nenek satu ketika dulu menyokong Nuar sebagai pemimpin yg homoseks. Uishhh .. ini bukan perkara ringan .. berat oiiiii ...

AG

kubukansesiapa said...

Aneh...bila di jatuhkan hukuman bersalah apa bukan kuasa Allah ke hari tu? Kalau nk bercerita tentang kudrat Allah..tlg ceritakan juga tentang redha dan tawakkal. Redhakah anda (penulis) bila ketentuan Allah menunjukkan sebaliknya dari apa keinginan anda? Bila yg ditentukan Allah tidak selari dengan keinginan anda....pasti anda berkata ada penyelewengan di sana sini. Hmm...redhakah itu? Saya bukan seorang pemerhati politik atau seangkatan dengannya...tapi sebagai seorang Islam, bila ada seseorang yg sanggup berganding bahu dengan musuh agama Islam (pemimpin pertubuhan yg menyokong murtad...tahukan sapa?), insyaAllah selagi bernyawa selagi itulah orang itu adalah musuh saya juga. Islam tidak pernah memberi hak kelonggaran kepada sesiapapun makhluk Allah...walaupun dia pemimpin sebuah parti politik...seandainya terbukti hukum agama sendiri dipandang rendah.

JGN BUTA UNDANG2 said...

kubukansesiapa,

jgn mudah2 tuduh org sekongkol dgn musuh islam. menyokong murtad.

kalau benar awak benci murtad, sila berjuang utk umno yg memerintah supaya pinda perlembagaan yg mengizinkan murtad.

nk salahkan PR buat apa kalau undang2 kafir malaysia ni mengizinkan murtad.

awak lupa kes peemcatan tun saleh abas yg ada kaitan dgn kes murtad. ketika itu zul kulim masih siuman yg sgt menentang umno kerana tidak meminda undang2 mengizinkan murtad.

tp dia sudah belot dgn perjuangan dan jadi talibarut umno sekarang.

amat bodoh salahkan anwar dan PR sedangkan yg memerintah dan berkuasa utk meminda undang2 adalah UMNO YG MENGAKU ISLAM.

Anonymous said...

anon 2:04

yg keluar ramai2 tu sebab tak mahu hidup susah..faham..

Anonymous said...

JANGAN BUTA AL QURAN

kubukansesiapa 'alim Al Quran ke ?

Kitabullah-Al Quran : Pemiliknya ialah Allah YANG MAHA .

Setiap HURUF dalam AL Quran mempunyai 70 lapisan pengertian . Maksud saya HURUF bukan AYAT Al Quran. Hukum Hakam Al Quran pastinya berdasar pada Huruf dan Ayat .

Bab ALIF LAM MIN , ALIF LAM RA sering tidak difahami secara mendalam oleh ustaz - ustaz yang hanya belajar untuk peringkat Ijazah hingga ke Phd. Manakala Usta-Ustaz yang belajar Pondok pastinya kelabu dalam bab ini.

Hujjah mereka - Allah Maha Mengetahui, sebagai hujjah Escapism.

Akhir Zaman - Ramai para Jahilis menulis dan berhujjah bab Hukum Hakam Islam berdasarkan pemikiran DAJJAL.

Hindarkan diri menjadi perkakas DAJJAL nanti di sambar Api Neraka pastinya di Dunia dan Akhirat .

KeBenaran dan KeAdilan Allah tidak terjangkau dipemikiran manuasia .

Jangan aibkan diri sebagai Jagoh Kampong yang kerdil lagi jahil semata-mata ingin berhujjah.

Kejahilan Penyebab Keangkuhan .

kubukansesiapa said...

Salam...
Terimakasih atas teguran. Kita sama2 dicipta sebagai makhluk. Saya akui sebagai makhluk yg dicipta tidak akan lari dari kesilapan kerana sempurna itu hanya milik DIA bukan juga milik JGN BUTA UNDANG2 dan milik anon 4:52:00.
Saya berkata2 atas apa yg saya ketahui yg saya akui mungkin masih kerdil berbanding pengetahuan sdra2 yg lain. Sy sudah nyatakan yg saya bukan pemerhati dan peminat politik negara yg dari awal lagi sudah bercanggah dari sistem politik yg diamalkan oleh Rasulullulah S.A.W. yg saya anggap sdra2 yg bijaksana pun sedar dan tahu tentang ini (kalau belum, tolong pelajari dulu sekurang2nya asas). Seandainya memang sdra2 yg bijaksana pun tahu tentang ini, satu soalan yg saya nak sangat sdra2 yg bijaksana jawab...
"Kenapa masih berjuang pd satu landasan sedang anda sendiri tahu landasan itu bukan landasan yg dilandaskan pada sunah Rasulullah S.A.W.?"
Sudah terlalu pandaikah kita sehingga meninggalkan sunnah dan memilih landasan yg diciptakan oleh musuh nyata org Islam yg terang2 dinyatakan seperti termaktub di dalam al-Quran?
Sy menghormati pandangan sdra2 yg bijaksana yg menasihatkan sy supaya jangan mudah menuduh...tetapi maafkan sy kerana sy akan tetap berpegang dengan apa yg sy katakan, walau seandainya sy tidak menuduh sekalipun...apakah sdra yakin org2 seperti musuh org Islam itu LAYAK dijadikan kawan? Saya sama sekali tak akan mengizinkan ahli keluarga atau sahabat handai sy untuk bersahabat dengan org yg seperti itu, sdra pulak nak galakkan ke?
Untuk anon yg bertanya pd sy tentang apakah sy alim al-Quran...jawapan sy ialah sy masih belajar dan sebagai seorang yg masih belajar sy rasa dh menjawab soalan sdra. Cuma satu sy nak jelaskan, sdra yakin ke sy tak tahu tentang arti ALIF LAM MIM, ALIF LAM RA?
Yang paling sy setuju ialah pernyataan sdra tentang Allah sebagai pemilik al-Quran...malah pemilik kita semua...ye kan?
Kalau begitu...kenapa tanya sy tentang al-Quran tapi tidak bertanya sy tentang pemilik al-Quran?
Sdra sendiri lebih memberatkan utk mempelajari ciptaan NYA atau SANG PENCIPTA itu sendiri?Sdra sendiri tahukan...kenali Sang Pencipta...dengan izin NYA lah...akan sdra kenali dan fahami SEMUA ciptaan NYA...termasuk lah kitab2 NYA.
Wallahualam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...