GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, October 13, 2014

Dulu benci, sekarang Cinta kelakar...


Aku tak mampu nak menghuraikan simpulan madah cinta seorang pujangga hebat abad kini, Nik Abduh anak TGNA. Aku sekadar membayangkan cinta seperti gambar berikut :



DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

Mungkin hanya Syeikh Hamzah Fansuri sahaja , seorang ulama dan penyajak lampau sahaja yang mampu melakukannya...

Mungkin ada manisnya mengimbau kenangan disuatu ketika dulu, sebelum Nik Abduh pandai bermadah Cinta yang kelakar sangat...

Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

Nak bercinta mental kena sihat... kalau tak sihat tu yang terlepas perkataan barua, broker, pil kuda, komunis, malah boleh salah tafsir perlembagaan parti sendiri tak ada kuasa mutlak ditafsirkan ada kuasa..., dan sebagainya. Malah kerana mental tak sihat inilah maka keluar arahan yang entah sahih atau mungkin terlebih mangkuk dari bubur.

Kerana mental tak sihat maka usaha untuk meraikan perbezaan pendapat disambut dengan tukang sorak booo, booo, booo. Kerana mental tak sihat juga maka pihak yang ingin melaksanakan amanah muktamar dicela dengan larangan seolah-oleh mereka berdosa besar.

Kerana mental tak sihat jugalah maka berlakunya assabiyah - “Kamu menolong kaummu atas kezaliman”... ibarat segelintir UG cuba kambus perbuatan fitnah pil kuda, komunis, barua dan broker orang itu... ibarat kucing kambus taik. Kerana mental tak sihat juga maka sendiri lemah dan bodoh dikatakan kawan sepakat membuli dirinya, tak hadir mesyuarat dikatakan kawan buli, malah ada konspirasi luar cuba jatuhkan ulama sedangkan ulama sewajarnya di dalam perlindungan Allah, kenapa dia tak dilindungi Allah... barang kali Allah juga tidak redha dengan perbuatan ulama dan konco-konconya... maka sebab itu kemuliaan yang dimilikinya roboh menyembah bumi.

Anonymous said...

33Oh! cinta cinta cinta!

Oh! cintaku kpd miniCoooper
Oh! cintaku pd VellFire
Oh! cinta BMW 7siri merah menyala
Oh! cinta ESOS 500,000 tu ana punya
Oh! cinta brp ratus2JUTA..itu RAHSIA!

Oh! cintaku kpd FITNAH pilkuda..
Oh! cintaku KHIANAT kpd kwn yg setia
Oh! cintaku sekelambu dgn SETAN2 itu
Oh! cintaku belit-Uturn AUTA tipu keliru
Oh! cintaku..hudud hudud utk MENIPU

Oh! cintaku..telah bnyk ku SONGLAP dgn SETAN2 itu, tetapi itu BUKAN RASUAH..itulah rezki halal-BAROKAH slps bnyk berTAHAJJUD brUSRAH & berMUJAHADAH dgn siharramJADDAH!?

Oh! cintaku..sgt2 ku senangi ahli2 PAS yg tolol-BAHALLOL goblok2 yg SUDI mnDERMA kdlm tin2 MILO @ kopiah2 HAPRAK,,ku biarkan siBAHALLOL2 itu terus WALAQ dgn cerita 'tahayyol2' HUDUD berwariasikan loghat2 ARAB yg pasti menidurkan mrk LENA ibarat LALOK pilkuda serta terus mnjd kan mrk BENGAP seBENGAP2nya!!

Oh! cinta..
Oh! cinta, itulaa cinta suci ku..

Anonymous said...

Hentam sajalah labu.....

Anonymous said...

Cinta lahirkan benci.Benci itu meruntuh.Oleh itu cinta pun ikut meruntuh.
Sabelum aku kahwin dulu.Bini aku cukup bencikan aku.Last nya kahwin dengan aku.Benci tak lahirkan cinta,tak boleh pakai.
CUKUPLAH SERBAN YG BERBELIT,OTAK JANGANLAH BERBELIT JUGA>

Anonymous said...

cakap saja la terus terang..
AKU DAH CINTA BN..pusing pusing
koner koner apa...senang orang faham...

anakdesa said...

Tuan Al-Husseyn.

Ingat tak lagi amanat Haji Hadi di Banggol Peradong..

"Saudara-saudara sekelian, percayalah:

Kita menetang Umno bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menetang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh itulah kita menetang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah Syahid, mati kita adalah Islam, kita tidak perlu masuk budhha, kita tidak perlu masuk hindu, kita tidak perlu masuk kristian tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku agama suku".

Itulah amanat Haji Abdul Hadi.. yang belum mampu MENGUBAH Perlembagaan penjajah, undang-undang kafir, peraturan jahiliah Umno.. dan mungkin sudah tidak releven lagi kini.. sebaliknya menambah rasa cinta pula..




Anonymous said...

cinta itu buta,'
org buta cinta celik.
org celik cinta buta,
cinta buta mata buta,
admin x buta kan.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Salam anak desa,Isu pokok dalam Amanat Haji Hadi memang menekankan soal umat Islam boleh menjadi kufur tanpa meninggalkan Islam, atau menganut agama Hindu, Buddha dan Kristian. Tetapi terkeluarnya seseorang Islam dari agamanya, cukup dengan dia berkata “politik suku, agama suku”.

Malang sekali kalau dilihat perkembangan terakhir hari ini, ada kalangan dalam PAS sendiri tuduh rakan-rakan dalam jemaah sebagai munafiq. Pertuduhan yg amat berat kerana firman Allah : Innal Munafiqeena wal kafirina fi jahanama jami'a.Bermaksud : Sesungguhnya org2 Munafiqeen dan golongan Kafir bersama-sama dlm neraka jahanam.

Sehinggakan puak-puak ini buat poster menggambarkan rakan-rakan yg tidak sehaluan pemikiran dgn Hj Hadi masuk neraka....dan mereka yg wala' dgn Hj Hadi masuk syorga...Allahu a'lam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...