GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, October 19, 2014

Kenapa kita perlu sokong perjuangan Anwar

Anwar merupakan individiu yang jelas teraniaya melalui konspirasi berbentuk jahat jijik dan fitnah bertujuan semata-mata untuk menjatuhkan karier DSAI sebagai ahli politik yang disegani.

 Sebagai manusia yg memperjuangkan keadilan, kita semua patut terus bersama dengan perjuangan Anwar Ibrahim kerana menyakini bahawa Anwar Ibrahim telah dizalimi dan difitnah semata-mata kerana beliau menentang pemimpin umno/bn yang zalim, rasuah dan korup. 

 1) Dendam terhadap Anwar oleh kerana Anwar telah membuat laporan Polis membabitkan salahlaku jenayah dan perbuatan rasuah Rahim bersabit Tun.H.S.Lee Rpt:22517/99 pada 20.8.1990Iaitu lebih kurang 3 bulan sebelum Video Seks Pertama diedarkan kepada umum pada 24/25 November 1999.

Selain daripada laporan Polis melibatkan Rahim, Anwar juga telah membuat 3 laporan berasingan melibatkan beberapa orang kenamaan lain beberapa bulan sebelum pengedaran Video Seks Pertama itu,seperti berikut:

 1. Dang Wangi Rpt:20255/99 bertarikh 9.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri,Peguam Negara dan Gani Patail telah menyalahgunakan kuasa kerana tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Rafidah Aziz, atas sifat Menteri MITI, telah dengan secara rasuah memberikan saham kepada menantunya.

 2. Tun H.S.Lee Rpt:19625/99 bertarikh 21.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya dengan menghalang tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Eric Chia (mendiang), yang telah dikatakan melakukan penyelewengan dan rasuah menyebabkan Kumpulan Perwaja mengalami kerugian RM 2.7 billion.

 3. Tun H.S.Lee Rpt:20455/99 bertarikh 30.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasa dengan melindungi perbuatan rasuah Tun Daim Zainuddin.Dalam laporan ini juga Anwar membuat dakwaan khusus terhadap Tun Daim yang dikatakan telah mengumpul harta peribadi secara rasuah bernilai ratusan juta ringgit.Anwar turut menyertakan tiga surat perakuan oleh individu berlainan selaku penyimpan dan pemegang amanah harta bagi pihak Tun Daim.Mereka yang dimaksudkan ialah;Tan Sri Abdul Halim Saad sebagai pemegang amanah saham-saham dalam Syarikat Senarai Awam bernilai lebih kurang RM 150 juta.Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah sebagai pemegang tunai berjumlah RM 150 juta.dan Tan Sri Tajuddin Ramli sebagai pemegang tunai RM 70 juta.

 KJSJ Kuala Lumpur memberi perhatian kepada laporan-laporan yang dibuat oleh Anwar seperti diatas memandangkan dokumen-dokumen bukti yang Anwar kemukakan dengan tiap satu laporan beliau,telah diperolehinya ketika beliau masih memegang jawatan dalam Kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri.Laporan-laporan beliau diterima sebagai dibuat oleh seorang mantan Timbalan PM dan bukan sebagai seorang individu bernama “Anwar”.

 Sama ada pendedahan yang beliau buat seperti diatas telah menyebabkan individu-individu terlibat atau orang-orang sekeliling mereka marah dan menyimpan dendam terhadap Anwar tidak diketahui tetapi tidak boleh diketepikan… (Sumber rujukan : di sini )

Kerajaan umno/bn sanggup menyalahgunakan sistem kehakiman, mahkamah, undang-undang, akta-akta dan agensi kerajaan untuk menghalang suara rakyat yang menentang kerajaan umno/bn yang zalim, salahguna kuasa, rasuah, boros, songlap dan korup.
Hj Hadi bersama Anwar; 
ketika ini kentut masing-masing wangi...


 Kita patut mencontohi kegigihan Anwar dalam perjuangannya yang tidak bernoktah.Dijasadnya mengalir darah perjuangan.Beliau digeruni oleh musuh malah oleh rakan sendiri. Beliau bukan sahaja mendepani konspirasi jahat dari musuh yang jelas, malah terpaksa melayan karenah rakan-rakan sendiri yang berusaha untuk menikamnya dari belakang.


 Kita perlu meneruskan memperjuangkan keadilan sekalipun Anwar Ibrahim sudah tiada lagi kerana itu adalah tugas pejuang-pejuang yang berpendirian teguh dan gigih menghadapi apa juga cabaran dan halangan sebagaimana yang dipamerkan kepada kita oleh Anwar.
Comments
19 Comments

19 comments :

Anonymous said...

Siapa yang dendam siapa?

Semua laporan-laporan polis tersebut dibuat setelah Anwar dipecat dan bukannya sebelum!!!

Alhusseyn Alhusseyn said...

Anon 2:57, sila rujuk kenyataan yg ada:

Dendam terhadap Anwar oleh kerana Anwar telah membuat laporan Polis membabitkan salahlaku jenayah dan perbuatan rasuah Rahim bersabit Tun.H.S.Lee Rpt:22517/99 pada 20.8.1990. Iaitu lebih kurang 3 bulan sebelum Video Seks Pertama diedarkan kepada umum pada 24/25 November 1999.

Itulah bermulanya episode fitnah terhadap Anwar yg mengakibatkan dia dipecat pada 2 Sept 1998.

Adapun kes yg beliau laporkan setelah beliau disingkirkan adalah melibatkan Mahathir dan beberapa menteri kanan kabinet. Apakah kamu ingat wajar Anwar buat laporan polis ketika beliau masih dlm jawatan?

Anonymous said...

Tak perlulah bangkitkan isu2 macam ni. Kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata. Adakah sudah selesai masalah air di Selangor?

Anonymous said...

Siapakah pemimpin yg dpt menyatukan rakyat berbilang kaum dlm satu parti? Pemimpin yg paling ditakuti musuh akn cb dibunuh musuhnya dgn apa cara sekalipun. Tak kira caranya halal atau haram.
Yg pnting UMNO parti korup perlu turunkn tahta. Yg menghalalkn cara demi utk kuasa. Pemimpinnya mengumpul kekayaan tanpa dgn pelbagai cara. Rakyat disuruh berkorban utk negara.

Anonymous said...

UMNOBN yang liwat rakyat Malaysia byk rakyat yg syok , tu sebabnya komen mcm org dapat nikmat diliwat.

XUMNO said...

"Adakah kamu ingat wajar Anwar buat lapotran polis ketika beliau masih dalam jawatan?". Ha. ha . ha. Dah jelad kebodohan dan kejahilan klau Husein!! Oh, kalau masih dalam jawatan, kena tutup mata dan telinga bila ada janayah berlaku depan mata?? Inilah dasar opportunis. Malaun dan Munafik.Berani terbitkan komen ini, Sein?

Anonymous said...

Aku tak minta banyak dr Anwar. Aku cuma mintak TSKI jadi MB negeri aku. Tapi Anwar telah memusnahkannya...

Biarlah aku undur ke PAS....

mosabit said...

siapa dendam siapa???..ko ni kalau aku kata bangang ko marah....

anwar lap[or benda yg jelas dan ada bukti..

Tuduhan terhadap anwar adalah mengikut skrip yg direka...

tuduhan liwat azizan tak tertbukti..anwar dipenjara bukan kerana liwat azizan..

maka di buat tuduhan ke 2..liwat jugak..dah disahkan tidak bersalah...

tak aleh2 bila anwar buat langkah kajang...mahkamah kata anwar sah meliwat....

kalau nak menipu pun biarlah logik beb....

i rest my case my loard...

kah kah kah kah kah kah kah ..

Anonymous said...

Kena sokong DSA kerana dia rela menjadi target fitnah seks.

Mahukah TGH menjadi target pula jika DSA tiada?

Sedarlah semua jika DSA tiada, 'parti syaitan dikenali' akan mencari target baru pula.....

nazi kelawar said...

Tidak sama orang yang tahu dengan orang yang tidak tahu.Orang tidak tahu mahulah bertanya dan berhujah dengan berhikmah dan berakhlak baru kebenaran dapat terserlah.Semoga pencerahan dari tuan amat bermanfaat dan menjadi iktibar kepada semua.Alhamdulillah.Terima kasih Alhusseyn.

1Crony said...

Sokong pandangan Tuan Al-Husseyn. Tapi sikap dan kecenderungan segelintir bangsa Melayu tidak begitu, mereka lebih suka menjatuhkan manusia yang sanggup bangun membela nasib mereka dari dizalimi sepanjang zaman. Nak harap mereka sendiri berjuang jangan diharap satu habuk pun malah bercakap lebih panjang lidah dari batang kemaluan tetapi sifat perjuangan menyokong yang benar memang tiada keberanian langsung. Begitu juga blogger yang ada seperti gunting dalam lipatan atau suka menikam kawan dari belakang seperti Omakkau, PakKaramu dan sepertinya yang kadangkala kita sendiri tidak tahu apa motif mereka dan apa nilai politik serta panduan hidup mereka ini sebenarnya?

Alias Dasuki said...

Anon 2.57, siapa dendam siapa tak penting lagi. Yang jelas kita ditipu dibawah batang hidung kita sendiri dan Anwar telah menggerakkan kesedaran kita untuk bertindak membetulkan keadaan. Tidakkah jasanya patut dipertahankan ? Harus diingat kita masih terus ditipu. Cukai GST akan benar-benar melumpuhkan kita. Kalau kita kini mempu bermotorsikal untuk mengelak bebelanja lebih dengan menggunakan kereta, tahun depan kita hanya mampu utk bergerak mengguna bas untuk utk berurusan. Tapi mengambilkira khidmat bas yg lembab, awak ingat masalah kita akan selesai ?

Alias Dasuki said...

Anon 2.57, siapa dendam siapa tak penting lagi. Yang jelas kita ditipu dibawah batang hidung kita sendiri dan Anwar telah menggerakkan kesedaran kita untuk bertindak membetulkan keadaan. Tidakkah jasanya patut dipertahankan ? Harus diingat kita masih terus ditipu. Cukai GST akan benar-benar melumpuhkan kita. Kalau kita kini mempu bermotorsikal untuk mengelak bebelanja lebih dengan menggunakan kereta, tahun depan kita hanya mampu utk bergerak mengguna bas untuk utk berurusan. Tapi mengambilkira khidmat bas yg lembab, awak ingat masalah kita akan selesai ?

Alhusseyn Alhusseyn said...

XUMNO said...
Kamulah yg jelas bodoh dan jahil.
Aku tidak bermaksud kalau masih dalam jawatan, kena tutup mata dan telinga bila ada janayah berlaku depan mata.

Tetapi, Anwar perlu menegur dan bertindak melalui saluran dalaman parti untuk membenterasnya. Dan itulah yg telah cuba Anwar lakukan dan itulah akibatnya yang telah dia terima.

Hari ini, kita dpt lihat sendiri, mereka yang pernah bersama perjuangan Anwar kemudian telah mengkhianatinya kini hidup sebagai pembesar negara dgn penuh kepura-puraan.

Mereka inilah Malaun dan Munafik termasuklah kamu sekali.

Utk pengetahuan kamu dan yg sewaktu dgn kamu, segala komen diblog aku ini aku terbitkan asalkan tidak mencarut dan memaki hamun tanpa hujah dan fakta. Kalau ada hujah dan fakta, walaupun kamu maki hamun pun aku terbitkan.Bahasa aku pun bukan berhalus mana pun, tp aku ada hujah.

Alias Dasuki said...

Anon 9.17, TSKI sudah pun diberi peluang mentadbir Selangor tapi telah mensia-siakan peluangnya. Dia diakui berkebolehan. Sayangnya, jasanya gagal disokong dengan ketelusan dan kecenderongan nya untuk berrahsia dalam setiap hal menimbulkan wasangka dia boleh menyalahgunakan kedudukan dan kebolehannya. Dimana gagalnya PKR menegakkan keadilan dalam hal ini ?

Anonymous said...

Masa anwar jadi tpm kroni2 anwar dapat hasil tak tuan al hussin?

Politik wang ada tak lagi zaman anwar bertanding jawatan umno dulu tuan?

Dengar crite dalam umno kalau takde wang takde undi hehehe

Alhusseyn Alhusseyn said...

Anon 10:29. Maaf aku tak tahu menahu mengenainya. Kalau anda yakin dan ada keberanian selain cakap fitnah belakang belakang mcm nih, laporlah kpd SPRM. Memang Umno/BN perlukan aduan dari anda..

Anonymous said...

Tuan hussin sy cuma mengikut norma2 blogger yg juga berpandu kepada khabar angin dan juga fitnah sama mcm tuan juga yg hanya dengar cakap2 org bukan tuan tengok sendiri surat yg hj hadi hantar kt sultan bg nama calon mb hahaha tapi bising je lebih...

Pertanyaan yg atas mungkin saya boleh tarik balik sebab saya hormati hati tuan hussin yg tidak boleh terima bila saya hina anwar (dia hina hj hadi takpe) dan saya anggap kawan2 anwar tidak ada seorang yg mendapat laba semasa anwar jd tpm...

Tapi bab politik wang dalam umno sy brani kata jika kamu tidak ada wang dalam pemilihan maka payah kamu nk naik dlm politik umno tak perlu jawatan besar hatta jawatan pengerusi cawangan pun orang tabur duit wahai tuan hussin ini pengalaman saya dengar sendiri dari org umno...

Fikir2kan tuan hussin...

Org yg nak bersih lubang najis terjun ke dalam lubang najis...agak2 najis terpalit tak kat tubuh dia?fikirkan tuan ..

Anonymous said...

malang sekali majoriti melayu mudah ditipu dan menyokong pemimpin umno yg korup instead of pemimpin yg berkorban dan sanggup dipenjarakan. pemimpin umno sanggup korban tahap tu? nak korbankan hawa nafsu kekayaan pun tak mampu. anwar pernah didakwa atas tuduhan rasuah? yg mampu didakwa ialah liwat,liwat.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...