JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, October 08, 2014

Kesian bila melihat mereka diperlakukan sebegini rupa...

Kita ucapkan syabas kepada mereka yang melakukan ibadah korban hingga ke luar negara seperti Vietnam , Bangladesh dan Kemboja. Sikap keperihatinan demikian amatlah dipuji dan kita tumbang berbangga.

Namun disebalik itu, apa halnya dengan mereka yang telah datang menumpang cari rezeki dan bergantung hidup di negara kita ini? 

Kita sekadar mampu menyatakan kesihan kepada saudara seagama kita dari Bangla atau Myanmar yang diperlakukan sebegini:

Korang boleh baca beritanya lagi  di sini

Sebelum ini saya mahu mengulas mengenai etnik ini mengadakan solat Idul Adha di lapangan terbuka seperti di Jalan Tun Tan Siew Sin, Kuala Lumpur. 

Gambar-gambar dibawah memaparkan kepada kita mengenai kemampuan mereka menyatukan tenaga mereka berorganisasi sesama mereka.

 Tragedi diatas telah menceritan gambaran sebenar kenapa mereka memilih untuk solat sesama mereka dilapangan...





Perhatikan pula sewaktu berbuka puasa di bulan Ramadhan di surau dan masjid persekitaran kita ....  Islam tidak memandang kulit dan bangsa sebagaimana firman Allah :
(إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣...
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih 
takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)
Comments
8 Comments

8 comments :

bunbinban said...

Islam yg di anuti di Malaysia, melayu islam. Selagi mana kamu tidak ngaku kamu melayu, maka kamu tidak di anggap islam. Tapi, jika yg dlm gambar itu, org bosnia atau eropah bukan bangla maka ceritanya mungkin berbeza.

Anonymous said...

inilah terjadi bila faham islam secara MELAYU

Anonymous said...

dikwsn perumahan kami, stiap rumah akan dpt kupon utk daging korban. tp aku tak ambil dah 2 thn sbb ditulis atas kupon tu "sila datang awal, bekalan daging terhad." bila terhad, elok diberi pada yg terhad rezekinya...

Anonymous said...

Kesian kalau kita tengok raut wajah bangla tu.Petugas korban tu menganggap mereka ni bangsat sangatkah sampai sanggup menghalau mereka seperti anjing yang mahu mencuri daging korban. Merekapun Islam & hamba Allah juga, Kalau anjing sekalipun apakah tidak boleh diberi daging korban tersebut w/pun secebis?
Fikir-fikirlah wahai Melayu/Islam jgn. Islam pd nama tapi budipekerti tak melambangkan Islam

Mereka tu menumpang mencari rezeki ditempat kita, munkin mahu bersama-sama meraikan Hari Raya Korban di sini.

Dlm seramai-ramai petugas korban tu, tak kan tak ada walau seorangpun yg berjiwa murni agar dpt memberi nasihat kpd individu yg menghalau bangla ni.

Kalau macam nilah perangai petugas korban berkenaan, kita boleh simpulkan bahawa : SEBAB NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA.

Anonymous said...

Petugas-petugas korban tu ada otak tapi tak guna akal.

Anonymous said...

Petugas-petugas korban tu ada otak tapi tak guna akal.

Anonymous said...

Petugas-petugas korban tu ada otak tapi tak guna akal.

abuamir said...

Tapi bukannya nak hina mereka ni tetapi bila ada pilihanraya umno akan gunakan mereka utk mengundi umno/bn. Sekarang ni 20% penduduk negara ni rakyat asing, macam mana umno/bn takbir sampai jadi negara caca mamba. Nepal,bangla,vietnam, indonesia, filipina,nigeria, pakistan dll.

Hancur negara ni selagi umno berkuasa.............ABU.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...