JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, October 19, 2014

Larangan kalimah ‘Allah’ tak masuk akal, kata pemimpin Ikhwanul Muslimin

Oleh Mohd Farhan Darwis 
Published: 19 October 2014 

Larangan menggunakan kalimah "Allah" bagi bukan Islam "tidak masuk akal", kata pemimpin Ikhwan Muslimin Kuwait, Dr Tareq Suwaidan.

 Dalam ceramah anjuran Lajnah Antarabangsa PAS dengan kerjasama Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS di Kuala Lumpur Malam tadi, Tareq berkata tiada undang-undang Islam berhubung larangan penggunaan Allah oleh komuniti bukan Islam.

 "Saya mengikuti perkembangan di Malaysia, berhubung kalimah Allah, ia tidak masuk akal... tidak ada undang-undang Islam untuk perkara ini," katanya.

 Beliau berkata terdapat ribuan bukti yang menunjukkan tidak terdapat larangan penggunaan perkataan Allah oleh bukan Muslim.

 "Jangan keliru, ini salah, saya ada ratusan, malah ribuan bukti, kita perlu efektif," katanya, di hadapan lebih 100 hadirin di Hotel Vistana, Kuala Lumpur malam tadi.

 Mahkamah sebelum ini memutuskan larangan penggunaan perkataan Allah kepada penerbitan Mingguan Herald berbahasa Melayu, dengan merujuk konteks perkataan itu digunakan merujuk kepada Tuhan.

 Perkataan Allah dikatakan hak eksklusif penganut Islam, dan penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu didakwa akan memesongkan akidah dan menjadi ancaman kepada umat Islam.

 "Benar Islam harus memerintah dunia, dan Allah memilih Islam untuk itu.

 "Tetapi ia tidak akan berfungsi tanpa usaha manusia," kata Tareq.

 Pihak berkuasa agama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) turut merampas Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia di Damansara kerana mengandungi perkataan Allah di dalamnya.

 Kesemua 300 Bible berkenaan dikatakan masih lagi berada dalam simpanan pihak berkuasa berkenaan meskipun Jabatan Peguam Negara berkata agensi berkenaan harus mengembalikan kesemua kitab penganut Kristian itu kepada pemiliknya. – 19 Oktober, 2014. - SUMBER
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Siapakah Dr Tariq Suwaidan jika dibandingkan dengan MSU dan Presiden PAS?

Alhusseyn Alhusseyn said...

Satu persoalan yg menarik..nantikan pencerahannya....dientri seterusnya nanti

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...