GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, October 02, 2014

Nasrudin Tantawi, Hang tunggu sat, Writ Saman nak mai !

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih meneruskan saman ke atas MP PAS, Nasrudin Hassan yang mempersoalkan satu projek pembinaan terowong bawah laut bawah kerajaan negeri itu.

 Peguamnya, Mureli Navaratnam berkata writ dan kenyataan tuntutan telahpun difailkan dan dikemukakan ke pada semua pihak pada 20 Ogos lalu.

Penjelasan itu timbul susulan dakwaan bahawa beliau telah menggugurkan saman ke atas Nasrudin.

 “Ketika pengurusan kes, kami dimaklumkan bahawa kami dengan tidak sengaja tidak menandatangani writ tersebut.

 "Atas kesilapan teknikal di pihak kami itu, kami memohon maaf kepada KM,” kata Mureli dalan kenyataannya.

 "Dokumen kes tersebut akan dikemukakan pada peguam Nasrudin sebaik ia dikeluarkan dari mahkamah,” katanya.

 Nasrudin dalam tulisannya di Facebook pada 6 Ogos lalu mempersoal mengapa Menteri Besar Selangor pada masa itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dikecam berhubung projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).

 Anggota jawatankuasa pusat PAS itu turut mempersoalkan mengapa tindakan sama tidak ditujukan kepada Guan Eng dalam pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.


komen menarik pembaca

Hucare Hucare : apa-apa projek kerajaan, pihak audit yang buat siasatan kalau tiada penyelewengan maka tiada cacat cela pada projek tersebut. Nampaknya dalam projek tersebut pihak audit dah buat siasatan dan didapati tiada unsur yang meragukan, maka kita nantilah hukuman apa si lebai malang ini akan terima.

Mnazrima Mdb : Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana...

Margono Gombal : LGE dah bagi 6 bulan utk Nassaruddin memohon maaf , krana tuduhan itu tidak bnar dan tidak brasas...tapi Nasaruddin langsung tak ambil indah..inilah akibat sombong bodoh..dlm PR tapi mngutuk PR..Sama dgn persiden nya pun mcm tu juga,

Tg Hakimie Rizal : Bkn xdk kompromi..org dh bg pluang utk mnta maaf tk nk..nk tnjuk bebal bodoh sombong.

Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...