GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, October 25, 2014

Ooo...baru aku tahu kenapa dua Adun Selangor itu tidak dihadapkan ke Badan Disiplin parti.......

Sebelum 2 Adun yang dituduh pengkhianat itu dihukum gantung, sudah terbayang kepelikan yang akan menimpa mereka berdua: 

1) Pada 28 Sept, 2014 
dikhabarkan mereka berdua ini akan dihadapkan ke badan disiplin

2) Pada 30 Sept, 2014 
Kenyataan Mustafa Ali :

Kedua-dua mereka diminta hadir menemuinya semalam bagi menjelaskan tindakan yang telah dibuat mereka sebelum ini.

Turut serta dalam pertemuan itu, Penolong Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan.

Hasil pertemuan itu kata Mustafa, akan dibawa ke dalam Mesyuarat PAS Pusat sebelum menentukan bentuk tindakan selanjutnya. Keputusan sama ada menyerahkan kepada Lembaga Disiplin atau tidak berhubung dua Adun PAS Selangor hanya akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat. 

3) Pada 07 Oktober, 2014

 Mustafa Ali buat kenyataan:

PAS akan membuat keputusan berhubung kes dua Adun Selangor, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), pada mesyuarat PAS Pusat 12 Oktober ini. Segala butir-butir percakapan mereka dalam pertemuan dahulu itu, saya akan laporkan kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat nanti


Sebelum apa-apa pertimbangan diputuskan oleh JKPP maklumat yang ada hanyalah berdasarkan kepada laporan Mustafa Ali dan Takiyuddin Hassan.Persoalannya ialah kenapa JKPP sendiri tidak mendengar sendiri dari mereka berdua? Tentunya itu lebih telus kerana JKPP boleh mengemukakan sendiri sekiranya ada penjelasan dari keduanya yg kurang jelas...

Tambahan pula sebelum JKPP memutuskan hukuman keatas mereka berdua itu, beberapa kenyataan oleh mereka yang terlibat telah tersiar dimedia :


Sep 17, 2014 Dewan Ulama PAS:
Telah sebulat suara meluluskan usul supaya mendesak Lembaga Displin PAS mengambil tindakan tatatertib kepada dua ADUN PAS Selangor yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor. Lihat di sini

Sep 26 , Ahli Majlis Syura Ulama PAS:
Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata kedua-dua Adun Hulu Kelang dan Morib tersebut wajar dipecat. Lihat di sini

Patutlah kedua mereka ini tidak jadi dihadapkan ke badan disiplin sebagaimana yang dilaporkan pada mulanya. 

Rupa-rupanya  separuh daripada JKPP itu merupakan dari kalangan MSU. Kalau sudah begitu ramai bilangan mereka dalam JKPP, apa perlunya MSU? Bukankah Ulama sudah cukup ramai memberi pandangan dan nasihat sewaktu mesyuarat JKPP bersidang? Ikuti penjelasan berikut :


ذوالحزم شاريف 


 Malam tadi aku kata nak tulis dan ulas panjang sikit berkaitan proses rayuan dua (2) Adun PAS Selangor yang digantung keahlian iaitu YB Shaari Sungip dan YB Hasnul.


 Kedua-dua mereka digantung keahlian oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) pada 12 Oktober 2014. Dalam sidang media memaklumkan keputusan itu, Dato' Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS memaklumkan bahawa mereka diberikan masa 15 hari untuk membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulamak.


JKPP telah mengambil keputusan menggantung kedua-dua Adun tersebut atas peruntukkan Fasal 82(9) Perlembagaan PAS yang menyebutkan bahawa :

"Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam keadaan tertentu adalah berhak mengambil apa-apa tindakan tatatertib dengan sendirinya tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tatatertib ke atas mana-mana ahli PAS yang dianggap melanggar Ceraian (1) Fasal ini."

 JKPP boleh mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Fasal 82(6) dan JKPP telah menggunakan para (c) Fasal 82(6) iaitu :

a) Memberi amaran 
b) Melucutkan hak-hak dalam parti 
c) Menggantungkan keahlian dan Memecat dari menjadi ahli. JKPP boleh mengambil tindakan tatatertib seperti di Fasal 82(9) ke atas mana-mana ahli PAS yang engkar dan/atau melanggar Fasal 82(1) iaitu :- 

a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS. 
b) Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya. c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti. 
d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh Parti sedaya upaya yang boleh. 
e) Menjaga dengan cermatnya segala rahsia-rahsia Parti. 
f) Mengamal akhlak Islam. 
g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti. 
h) Menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di dalam negara ini. 

Maklumat daripada sumber terdekat memberitahu bahawa JKPP juga menggunakan Fasal 16(3) dalam mengambil tindakan tersebut. Fasal 16(3) ialah berkaitan hak-hak dan kewajipan ahli iaitu :

a) Menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa. 
b) Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus. 
c) Menghadiri mana-mana kursus-kursus, tamrin-tamrin atau perhimpunan-perhimpunan parti sebagaimana yang ditetap dan diarahkan. 
d) Memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam. 
e) Memperkuat kedudukan dan menjaga kehormatan parti samada di dalam atau di luar negeri. 
f) Pada amnya melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti. 

Setiap ahli yang dikenakan tindakan tatatertib, Perlembagaan PAS memberikan hak kepada mereka untuk membuat rayuan seperti yang disebutkan di Fasal 83 Perlembagaan PAS. 

Bagi ahli yang dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib, mereka boleh merayu kepada JKPP melalui Setiausaha Agung dalam tempoh 30 hari seperti yang disebutkan di Fasal 83(1) seperti berikut :- 

"Ahli-ahli PAS yang dikenakan tindakan tatatertib di bawah Fasal 82 Perlembagaan ini yang tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Tatatertib bolehlah mengemukakan rayuan bersurat kepada Setiausaha Agung PAS dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Tatatertib untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat" 

Bagi ahli yang diambil tindakan oleh JKPP di bawah Fasal 82(9), mereka boleh terus merayu kepada Majlis Syura Ulamak (MSU) dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan seperti yang diperuntukkan di Fasal 83(3) seperti berikut : - 

"Dengan mengabaikan Ceraian (2) Fasal ini, ahli-ahli yang dikenakan tindakan mengikut Fasal 82(9) Perlembagaan ini hendaklah mengemukakan rayuan terus kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 30 hari" 

Apabila Setiausaha Agung PAS memaklumkan kedua-dua Adun tersebut digantung dan mempunyai tempoh 15 hari membuat rayuan kepada MSU, ianya amat pelik kerana Perlembagaan memberikan tempoh 30 hari. Pelik bertambah kerana tidak nampak alasan kukuh kedua-dua mereka diambil tindakan kerana melnggar tatatertib parti yang mana satu daripada lapan (8) yang diperuntukkan di Fasal 82(1). 

Adakah Setiausaha Agung tidak tahu, tidak faham Perlembagaan parti sendiri atau tidak dinasihatkan dengan betul? Amat malang malah amat malu apabila seorang seperti Setiausaha Agung yang begitu lama dan berpengalaman dalam parti malah bersama menggerakkan gerakan menjatuhkan Yang DiPertua PAS suatu ketika dulu tidak tahu Perlembagaan parti sendiri. Aduh... malang... kenapa 15 hari dan bukan 30 hari? Apa alasan penggantungan? 

Kemudian, Naib Presiden PAS, Tuan Haji Salahuddin Ayub pula mengalu-alukan rayuan oleh kedua-dua Adun tersebut. Katanya, beliau menaruh harapan yang tinggi kepada MSU untuk "fleksible" dalam memutuskan rayuan. 

Ha ha ha.... harapan yang tidak realistik. Langsung tidak berpijak di bumi yang nyata. Masih terapung di awangan Naib Presiden tersebut. Turun la jejak bumi sekali sekala wahai Naib Presidenku.... 

Untuk makluman semua, Majlis Syura Ulamak PAS (MSU) dianggotai oleh 17 orang ahli di mana empat (4) dilantik oleh Dewan Ulamak, empat (4) dilantik oleh JKPP, dua (2) dilantik oleh Dewan Pemuda dan dua (2) dilantik oleh Dewan Muslimat, manakala baki lima (5) dipilih dan dilantik oleh MSU sendiri. 

Sekarang MSU dianggotai oleh 16 orang ahli iaitu : 
a) Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am) 
b) Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din (Timbalan Mursyidul Am) 
c) Dato’ Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh (Setiausaha) 
d) Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang (Ahli) 
e) Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (Ahli) 
f) Dato’ Hj Abdul Halim Abdul Rahman (Ahli) 
g) Dato’ Hj Ahmad Yaakob (Ahli) 
h) Dato’ Dr Hj Mahfodz Mohamed (Ahli) 
i) Dato Hj Muhammed Daud Al-Iraqi (Ahli) 
j) Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi (Ahli) 
k) Ustaz Hj Hashim Jassin (Ahli) 
l) Ustaz Zaharuddin Muhammad (Ahli) 
m) Ustaz Idrid Ahmad (Ahli) 
n) Dato’ Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri (Ahli) 
o) Ustazah Wardah Tahir (Ahli) 
p) Ustazah Nadzirah Mohamad (Ahli) 

Daripada 16 orang ahli sedia ada, lapan (8) daripadanya ialah Ahli JKPP. Mereka ialah : 
a) Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang; 
b) Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man; 
c) Ustaz Idris Ahmad; 
d) Ustaz Nasruddin Hassan; 
e) Dato' Nik Zawawi Nik Salleh; 
f) Dato' Dr Mahfodz Mohamed; 
g) Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri; dan
h) Dato' Ahmad Yaakob

 Lapan (8) orang ahli MSU ini juga turut sama berada di dalam JKPP sebagai ahli dalam proses menggantung dua (2) Adun tersebut. Bagaimana mereka akan bertindak semasa proses rayuan dibuat nanti? Mereka menggantung dan sekarang mereka juga akan mendengar rayuan? Timbullah apa yang kita sebutkan sebagai pertembungan kepentingan (conflict of interest) dan akan melibatkan berat sebelah (bias). Bolehkah mereka ini berkecuali? Bolehkah mereka ini bersikap adil dan dilihat adil dalam memutuskan rayuan? 

Selain mereka berlapan ini, Tuan Guru Musrsyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat juga telah mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan penggantungan keahlian dua (2) Adun ini.

 Justeru di mana kita hendak mengharapkan fleksibiliti pada MSU dalam memutuskan rayuan? Kalau aku di tempat kedua-dua Adun tersebut, aku tidak akan merayu melainkan MSU dianggotai oleh ahli-ahli yang boleh dipercayai keprofesionalan mereka dan tidak berkepentingan seperti yang ada sekarang.

Atas dasar itu sebelum ini aku memohon mencadangkan agar MSU dirombak bagi memantapkan institusi tersebut supaya dihormati, dipandang tingggi dan tidak diperkotak-katikkan demi kepentingan sesuatu pihak. MSU adalah institusi mulia, jangan dihinakan dengan tindakan berkepentingan.

ZULHAZMI SHARIFF 
24 OKTOBER 2014 
29 Zulhijjah 1435
Comments
12 Comments

12 comments :

Anonymous said...

Pada pandangan saya saudaraf zulhazmi shariff wajar dilantik sebagai al mursyidul am jika rombakan msu diadakan...dengan ketokohan dan pengalaman beliau yg luas didalam pas sy pasti dia boleh memacu pas ke arah dimensi yg baru...zulhazmi adalah calon yg paling tepat untuk menjawat jawatan al mursyidul am...saya yakin dengan beliau...minta tuan hussin promote dan war2 kan ketokohan beliau untuk menggantikan tok guru nik abd aziz...zulhazmi terbaik yang kita ada dalam pas...sokonglah beliau maka pas akan menuju gelombang baru...

Anonymous said...

Akhlak zulhazmi ini adalah akhlak yg terbaik dalam pas...ketakwaan beliau...ilmu yg beliau ada adalah mantap...beliau lah contoh masa depan pas...saya pasti didalam pas dari mursyidul am hinggalah ahli pas yg baru hari ini daftar ahli tidak ada yg dapat tandingi ketokohan saudara zulhazmi ini...undang2,politik,agama dan segala macam ilmu ada pada beliau...wajar beliau dilantik sebagai presiden...sayang ahli pas tidak pandai menilai beliau...patut beliau bertanding kerusi presiden bukan kerusi ketua pemuda...harap beliau tanding kerusi presiden akan datang...wajar kita sebagai ahli angkat beliau sebagai presiden...tidak ada ahli yg lebih menyayangi parti pas lebih dari saudara zulhazmi...cinta beliau itu akan membawa beliau ke jawatan presiden even mungkin ke jawatan mursyidul am

bat8 said...

Tuan

Qnon 12:46 dan Anon 12:54 adalah orang yang sama. Nak sindirpun biarlah bertempat...hahaha.

Sebenarnya tindakan JKPP mengantung kedua2 Adun t3rs3but adalah satu tindakan yang bijak dari segi politik dalaman PAS. Ia bol3h dilihat sebagai satu m3nouvre politik yang g3nius. D3ngan tindakan ters3but, ia be4jaya untuk sil3nc3 puak-puak UG terhadap kedua Ad7n. Sudah tidak kedengaran tuduhan-tuduhan di media bahawa kesuanya adalah pengkhianat dsbnya oleh pemimpin2 UG dan pentaksub mereka.

Keduanyan pihak JKPP t3lah menendang isu ini kepada puak-puak UG yang bersarang didalam MSU untuk membuat keputusan. Secara langsungnya k3putusan JKPP ini memberi tekanan k3pada puak UG yang menguasai MSU dan kepada MSU itu sendiri yang digambarkan sebagai badan yang paling berkuasa didalam PAS.

Apapun k3putusan MSU ia akan m3mberi kesan kepada puak UG. Jika MSU mengurangkan hukuman te4s3but atau memberi amaran sahaja, bermakna MSU aka puak UG akhirnya mengakui tindakan kedua ADUN itu betul.Tak kira apa alasan mer3ka, ia akan d8lihat sebagai men3gak benang basah.

Jika MSU mengekalkan hukuman ters3but, ini m3ngesahkan tindakan balas d3ndam puak UG. Jawabnya, ibarat main baling duit syiling - Head MSU loose, tail kedua Adun m3nang.

Saya amat berminat m3ndengar pandangan tuan haji m3ng3nai angle yang saya k3mukakan.

Anonymous said...

assalamualaikum.kedua-dua Anonymouse 12.46 dan 12.54 adalah manusia yang sama .menulis dengan panjang lebar tetapi isinya sama.tulisanya sinis mneyindir Zulhazmi seolah olah Zulhazmi sesuai untuk di lantikl sebagai Mursidul am.dari tulisan kamu dapat di fahami kamu jenis bertopengkan manusia tapi jiwa kamu jiwa syaitan .inilah manusia dalam Pas yang merosakan Pas.MuUNGKIN berjubah dan berserban TAPI jubah dan sernamya tidah di cuci.bau hangitnya menyentap hidung sesiapa yang solat di sebelahnya.

Anonymous said...

BUKAN cuma satu FITNAH
cer fikir..
-pilkuda
-komunis
-lenin karlmark
-beli
-brokar
-barua

nik aziz maseh brNAKHODA kan tukang FITNAH ini & sekepala dgn nya!

kita sama2 jd SAKSI diMAHSYAR nanti adakah sifakeh2 ulamak & musyidool kamu itu..yg berSEKONGKOL dgn FITNAH itu ada "nilai"nya dsisi ALLAH

sama2 kita berdoa & kita tggu disana

Anonymous said...

BUKAN cuma satu FITNAH
cer fikir..
-pilkuda
-komunis
-lenin karlmark
-beli
-brokar
-barua

nik aziz maseh brNAKHODA kan tukang FITNAH ini & sekepala dgn nya!

kita sama2 jd SAKSI diMAHSYAR nanti adakah sifakeh2 ulamak & musyidool kamu itu..yg berSEKONGKOL dgn FITNAH itu ada "nilai"nya dsisi ALLAH

sama2 kita berdoa & kita tggu disana

Anonymous said...

Apa yang nak dipelikan... presiden yang tak berkuasa mutlak dikatakan ada kuasa mutlak... apabila mereka yang pakar di dalam perlembagaan berucap mereka dibooo oleh anjing (anjing haram disentuh secara suka-suka, tapi kalau jadi anjing UG... tak apa kot).

Jadi apalah yang nak diharapkan keadilan di dalam PAS? Ahli dilarang (satu lagi perlanggaran perlembagaan oleh golongan UG) sertai PASMA sedang PASMA adalah ngo yang ingin PAS kekal di dalam Pakatan Rakyat (aku tau UG takut jika ahli adalah anggota PASMA, mereka boleh menurunkan kepimpinan cawangan yang pro UG, kemudian mereka boleh singkir kepimpinan Kawasan yang pro UG, kemudian mereka boleh singkirkan kepimpinan UG di dalam PAS Pusat di dalam pemilihan muktamar yang pastinya dianggotai oleh PASMA.... itu yang sebenarnya mereka takut... sedangkan perkara ini UGlah yang mulakan dulu di Wilayah Persekutuan namun gagal disebabkan melanggar perlembagaan PAS)

Jadi berhati-hatilah di dalam tindakanmu... ALLAH MAHA MELIHAT dan ALLAH JUGA MAHA MENDENGAR tak kira kau UG, PASMA, BARUA mahupun BROKER.

Anonymous said...

MSU mulia !!! Boleh pergi mampus

Anonymous said...

Ada yang marah pulak...kamu orang ni cepat sangat marah anon yang kamu marah tu belum tentu seorang ustaz mybe dia seorang profesional jgn cepat melatah wahai org yg marah...mana tahu kot2 anon tu ikhlas dalam pandangan dia...salam...

Anonymous said...

Kenapa tak yakin ke zulhazmi boleh jadi mursyidul am?

Sokong salah tak sokong salah apa pun tak boleh hahaha

Anonymous said...

Marah la lagi hahaha...marah takkan membawa kita kemana mana pub melainkan ke bawah hehege

Anonymous said...

pil kuda...apa hal..meme benor..ajen pil kuda..huhu..itu pon nak jd calon...pkr..bro...jgn makan ketum lak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...