GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, October 14, 2014

Orang lain minum, orang lain pula yang mabuk...

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Dewan Ulama Pas kesal dengan tindakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang seperti menunjuk-nunjuk 'kemenangan mereka' apabila berjaya menganjurkan pesta minum arak, Oktoberfest di Petaling Jaya, baru-baru ini.

 Lebih dikesalkan jelas Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad ialah Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak mengendahkan bantahan dilakukan oleh parti tersebut sebelum ini.

 Tegasnya, bantahan Pas sewajarnya didengari oleh sekutu-sekutu parti itu memandangkan Selangor merupakan sebuah negeri pakatan pembangkang dan bukannya milik mutlak DAP dan PKR terutama apabila melibatkan soal sensitif seperti penganjuran pesta arak.

 "Mereka kena patuhi budaya timur dan Islam yang tidak menggalakkan minum secara pesta sedangkan sebagai komponen pakatan, kita berikan bantahan. Pandangan daripada pihak ulama nampaknya tidak diendahkan pakatan pembangkang, lebih-lebih lagi oleh Menteri Besar baharu. Artikel Penuh: UTUSAN MELOYA

Komen saya : Untuk pengetahuan Dr Mahfoz, acara Oktoberfest ini bukan sahaja disambut di Selangor sahaja, tetapi dilain-lain negeri di Malaysia ni! Jadi adalah tidak adil bila Mahfoz kata "lebih-lebih lagi oleh Menteri Besar baharu". Mengapa hanya hentam Selangor ? Ada udang di sebalik mee kan?

 Bukan tahun ini sahaja ianya diadakan di Malaysia (bukan hanya di Selangor sahaja), tetapi telah berlaku beberapa dekad tanpa banyak kekecohan atau notis. Inilah masalahnya apabila ia didedahkan kepada ramai kerana ada udang di sebalik mee...

Pada tahun 2010, dua pengeluar bir tempatan, Carlsberg dan Guinness Anchor Berhad, memutuskan bahawa mereka akan menaja acara ini setiap tahun.


Tetapi tiba-tiba, ahli politik, kumpulan-kumpulan agama dan kumpulan hak Melayu, ISMA telah memutuskan untuk membuat kekecohan. Persoalannya, mengapa bersusah payah sekarang apabila mereka telah membisu sejak empat tahun yang lalu? Ada udang sebalik mee kan?

Hujah bahawa acara yang diadakan oleh orang bukan Islam mestilah menghormati konteks Islam negara dan sensitiviti orang Islam. Tapi bukankah acara tersebut dibuat ditempat-tempat yang tertutup? 


Mestikah mereka melakukannya hanya dalam satu ruang bilik? Dalam dewan?Dalam stadium? Persoalan ini agak subjektif. 

Kalau nak dilayan tuntutan seumpama ini, maka eloklah kalangan ini juga menuntut supaya perayaan Deepavalee yang bakal disambut pada 23 Oktober nanti dilarang melakukannya di Batu Caves kerana demi menjaga sensitiviti orang Islam dan ianya menganggu lalu lintas awam.

Katakanlah kepada penganut Hindu, "Kamu semua bebas beragama dengan agama kamu, tapi kamu jangan berpesta besar-besaran dengan ugama kamu itu...buat diam-diam dalam kuil kamu sudahlah, jangan berarak-arak melimpah keluar jalan raya..." sila lakukanlah  wahai Dr Mahfoz, Tantawi, ISMA dan UG! 

Tentunya penganut Hindu juga akan kecuh kepada Islam kerana berpesta menyembeleh lembu sewaktu nyambut 'Aidul Adha...Lembu merupakan binatang yang suci bagi Hindu. 

Apakah manusia macam Mahfoz ini hanya mengharapkan agama lain sahaja yang perlu menghormati agama Islam? Apakah kebebasan dan toleransi yang bukan Islam perlu didiktasi (dictation) oleh Islam? 

Mahfoz orang 'alim, bukan calang-calang orang. Aku apalah sangat, cuma nak mengajak supaya kita ada sikap bertolaransi kepada yang bukan Islam sebagaimana maksud ayat berikut: 
Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan). (Ash-Shura:15).

Ittaqullah, wallahu a'lam.
Comments
20 Comments

20 comments :

mosabit said...

bukan pkr yg berdendam dengan pas...tapi pas yg sangat2 berdendam dengan pkr....

dah tu kuar pulak cakap pas dalam utusan meloya@utusex...

elok laaa tuuu....kah kah kah kah

Anonymous said...

Makin lama makin bangang mamat ni..

Anonymous said...

Bila orang kafir masuk masjid marah dan kata hina kesucian masjid. Bila mereka buat aktibiti ikut kepercayaan mereka pun marah.

Sepatutnya PAS & Perkasa berdakwah pada mereka bukan cara sekarang ni. Ditakuti nanti di Padang Masyar orang orang kafir tu terlepas kerana mereka berhujah tiada dakwah/penerangan yang mereka terima kat dunia dan golongan "mulia" Perkasa dan PAS masuk neraka kerana gagal berdakwah pada mereka, sebaliknya hanya bersikap benci dan memusuhi mereka tanpa dakwah yang sebenar

Anonymous said...

Bebal melantun-lantun status Ulama dalam PAS ini. Syarat untuk menjadi meteri UMNO mestilah seorang yang bodoh dan syarat untuk mendapat status Ulama dalam PAS mestilah juga seorang yang banggang terlampau. Macam mana bangsa Melayu nak maju ke hadapan kalau individu seperti Ulama PAS ini sentiasa mengeluarkan pelbagai kenyataan dan hukum ikut golongan Khawarij. Bila sesuatu perkara menguntungkan Ulama PAS/UG maka perkara yang nyata haram akan jadi halal hukumnya manakala sekiranya Ulama PAS/UG tidak mendapat keuntungan duniawi maka perkara yang tidak sepatutnya dihukum akan menjadi suatu dosa besar. Wallahuallam

Dollah Ubai said...

ust UG ni memang kurang cerdik.

bukalah hati kau yg tujuh lapis tu, kau akan tau bahawa kau marah pesta arak selangor bukan kerana Allah.

tp kerana nk dendam dgn PKR dan DAP selangor.

apa kata PAS ajak umat Islam seluruh negara berhimpun bantah arak sebagaimana anwar memimpin BERSIH.

kita bersihkan arak dpd bumi malaysia ini.

jgn nk fokus selangor je. apa kata bersihkan arak di kelantan dan tganu dulu. jgn ada sebotol pun arak kat sana.

nk tunjuk dendam kt MB baru Azmin. kau ingat azmin mcm kau ke tak tau undang2. MB mesti bertindak mengikut undang2. jika bersalah selepas pesta pun penganjur boleh diambil tindakan.

kau tk peduli pun kenaikan minyak dan GST yg sangat memberi kesan kpd umat islam tua muda kecil besar lelaki wanita.

yg kau sibuk pesta arak.

SILA BENTANG CADANGAN HARAM ARAK DI MALAYSIA KAT PARLIMEN, KITA UMAT ISLAM MESTI SOKONG.

jgn munafik dlm perjuangan, Allah kan Maha Mengetahui.

Anonymous said...

ularmak kimak double standard. tuiiii.....

Anonymous said...

Tk salah klu dlm kwn2 kita nk betegur..aku suka klu aku terbuat salah n ada org tegur..aku bleh repair blik..hehe..cmtu lh jugk dlm konteks besar..lpas dtegur nk buat gk...em..kami berdoa je la kot2 tebukak hati..n klu sampai bala pun...insyaAllah.. tengok masjid yg kena tsunami kt Aceh..pasai banyak doa2 la yg masjid tu tk runtuh..jgn maraaa..aa..

Anonymous said...

ulamak pas? syarat wajib menjadi ulamak pas
1. pandai mencari hujah nas dan alquran utk hancurkan islam
2. Pandai fitnah
3. Pandai bercakap apa saja tanpa fakta
4. Berani kutuk org
5. Pandai jual beli kereta
6. Pandai jilat pemimpin
7. Mesti dilahirkan bodoh

Anonymous said...

Itu FITNAH pilkuda tuu..
Itu FITNAH kena-beli jd BARUA tuu..
Itu FITNAH auta Lenin-Karl Mark tuu..
Itu korup ESOS 500,000 tuuu..
KHIANAT sokong Khalid Ibrahim tuu..

Itu kes2 sgt2 SERIOUS kat atas tu..
apa pasal tak diBANTAH?
apasal tak diBARUAkan!?
apasal jd SETAN bisu!!?

nape nik aziz SENYAP buat2 bodoh?
nik aziz tak nampak ke TAIK depan batang HIDUNG sendiri??

klu dah nik aziz pon seNAKHODA dgn kaki FITNAH pilkuda..
klu dah nik aziz pon seNAKHODA sokong ularrrMA sedap2 ghoyat BARUA..
klu nik aziz pon dah BUTA dgn FITNAH FITNAH FITNAH FITNAH yg nyata ini..

TAK yah lah lagi sebuk2 pasal hudud..
Tak yah lah nak sebuk2 pasal arak..
lu worang jaja FITNAH lg bagooss!!

lu worang semua adalah setan2 SARBAN auta PEMBOHONG nak mamposss!

Anonymous said...

Pasni tak rasional la...Patutnya Pas kena rasional.Biorlah mereka nak minum bertong2 pon.Biorlah mereka nak minum sampai terberak2 pun.Bior cepat sikit mampooos.

Yang korang tu, rasionallah sikit. Berilah sokongan penuh pada Dap dan ketua betina PKR tu. Alahhh...dia cuma nak promosi air kencing setan aje..tak lebih dri ptu. Pasal hukum sokongan pada kaki promosi arak tu, tak payahlah nak fikir sangat. Korang masih muda. Mati lambat lagi. Dah tua besok masih boleh bertaubat. Alahhhhh apa salahnya pilih pemimpin exco promosi air kencing setan dalam botol besar. Rasional la sikit..

Anonymous said...

1:17:00...tak kan lah pasal kena GST dah tak boleh sebut tentang haramnya arak pulak?

Lagi satu, kalau bawak pengharaman arak kat parlimen, dah tentu Pas akan kena reject. Ko tau sebab apa? Sebab PKR dan umno datentu akan tolak mentah2 apatah lagi dap, mic dan mca. Hudud yang wajib pun geng korang tolak, inikan pulak arak.... Lo tau kenapa? Sebab wakil pkr dan sekutunya Dap tu otak dia sama dengan otak ko.

(Kalu nak melantak arak sampai pecah perut pun buat la kat rumah sendiri. Bukan tayang botol besar apatah lagi kalau pempromosinya tu seorang exco. seorang pemimpin rakyat selangor yang majoritinya beragama islam, melayu!. Nak mampoos cepat pun, tongganglah kat rumah pak sedara ko tu sendiri. Kalu dah kapiaq tu kapiaq jugak)

Anonymous said...

"SILA BENTANG CADANGAN HARAM ARAK DI MALAYSIA KAT PARLIMEN, KITA UMAT ISLAM MESTI SOKONG" Quote 1:17:00

Anuar akan sokong ker?
Azmin akan sokong ker?
Rafizi akan sokong ker?
Najib akan sokong ker?
Wan Azizah akan sokong ker?
2 adun pas selangor akan sokong ker?

Ko sokong?

Anonymous said...

Anon Tuesday, October 14, 2014 1:17:00 pm...
Agama apa yang membenarkan penganutnya minum arak? Hindu? Budha? Kristian? Cuba bagi tau aku... boleh jugak aku tanya kat kawan2 aku yang kapir tur... Manalah tau kalu kat kitab depa ada tulis arak boleh diminum dalam gelas besar ramai2.

Tolong bagitahu...

Anonymous said...

"bukalah hati kau yg tujuh lapis tu, kau akan tau bahawa kau marah pesta arak selangor bukan kerana Allah.
tp kerana nk dendam dgn PKR dan DAP selangor" Quote anon Tuesday, October 14, 2014 1:17:00 pm....

Mana ko tau Pas marah pesta arak sebab marah kat PKR ngan Dap? Hebat ko ni. Hati manusia pun boleh baca.. Tentu ilmu agama ko tu terlalu tinggi dan maha hebat.

Aku no komen.
Tapi kalu dema nak minum sampai buncit pun aku tak kisah kalu dema minum kat rumah dema. Kalu dah sampai promosi, bergaya dengan gelas besar penuh arak, tentulah kurang sopan. APATAH LAGI KALU YANG PROMOSI TU SEORANG EXCO.....

Anonymous said...

Kalau korang nak minum sama pun minum la... Kita org tak kisah pun. Minumlah sampai kembung bior Cepat sikit kojol.

Anonymous said...

PESTA minum air kencing setan!!
Huhuhu....

PESTA PESTA PESTA

(Kalu Pesta hasil pertanian ker, Pesta buku ker, pesta pakaian tradisional ker....seronok jugak kita dengor. ni PESTA MINUM ARAK!!)

Anonymous said...

1:17:00 pm....

Tang GST bukan main bising satu donia. Tang anuar pun bising satu donia. Tang MCDogal pura2 hibuh satu donia. Tang air kencing setan..... buat bodo aje...

"jgn munafik dlm perjuangan, Allah kan Maha Mengetahui" Quote

Anonymous said...

Geng geng UG (ulamak gelojoh) kebelakangan ini makin menyerlahkan kebodohan mereka. Idea dan kenyataan ulamak so-called ni bila keluar ibarat tahi yang sedang keluar dari lubang jubor UMNO. Bodoh punya ulamak !!!

Anonymous said...

yg membuat..
yg mengedar..
yg membawa..
yg menghidang..
yg mengeluarkan lesen permit..
yg meminum..
semua dilaknat Allah
termasuklah yg menyokong

Anonymous said...

sebelum ni aku tak tau pun ada Oktoberfest dimalaysia. bila isma dan geng yogi bear buat demo dan buat billboard palsu, baru aku tau. fest ini ada diKL, Melaka juga. tapi knp demo kat Selangor je. adakah arak ini halal diKL dan Melaka tapi haram diSelangor.

INGAT!!! sptmana babi, tenung nasib, zina, judi, dan mkn harta anak yatim, arak adalah haram pd umat Islam shj.

kpd org kafir tiada hukum keatas mereka. hari kiamat nanti org2 kafir ini akan dimasukkan kedalam api neraka tanpa hisab. itulah balasan atas kebebasan mereka didunia. begitu juga org2 Islam yg bebas spt org2 kafir, akan mengikuti jejak mereka juga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...