GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, October 12, 2014

Pakatan gesa Gani dedah sama ada kes Akta Hasutan kerana tekanan Umno

 – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Oktober, 2014.

OLEH MD IZWAN  
Pakatan Rakyat (PR) hari ini menggesa Tan Sri Abdul Gani Patail mendedahkan sama ada menerima tekanan daripada Umno atau tidak dalam membuat pendakwaan terpilih ke atas pemimpin pembangkang akhir-akhir ini.

 Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu berkata, peguam negara perlu tampil menjelaskan berkenaan pertemuan yang diadakannya dengan pemimpin Umno pada 14 Ogos lepas.

 "Adakah peguam negara bertindak menurut arahan daripada pemimpin Umno?" kata Mohammad atau Mat Sabu, selaku jurucakap PR, pada satu sidang media di ibu pejabat PAS pagi ini.

 PR mendakwa pertemuan yang diadakan tersebut melibatkan ketua-ketua bahagian Umno dan juga Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Setakat ini, Gani belum dilapor membuat sebarang penafian menghadirinya.

 Susulan itu, Mat Sabu meminta Gani mendedahkan senarai nama pemimpin Umno yang menghadiri pertemuan tersebut.

 "Siapakah dan bahagian Umno manakah yang terlibat dalam pertemuan kontroversi tersebut?" katanya.

 Pemimpin PR lain yang turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok.

 Ironinya, Mat Sabu juga berkata, selepas pertemuan tersebut, berlakunya beberapa siri pendakwaan yang bermotifkan politik ke atas pemimpin pembangkang yang dilakukan pendakwa raya.

 "Mengapakah peguam negara baru sekarang mengambil tindakan terhadap laporan polis yang sudah lama dibuat oleh ahli Umno (yang jelas bermotifkan politik) sejurus selepas pertemuan pada 14 Ogos itu?" – 12 Oktober, 2014.~ SUMBER

Jawapan lazim Gani Patail : Tuduhan Mat Sabu itu tidak ada cukup bukti .... Kah! Kah! Kah!
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

knp dlm perkara yg menghentam bn tiada satu pun geng ug? tp dlm kes hentam rakan pkr, ada pula sibahdul, vellfire. knp mrk tak demo bantah oktoberfest melaka?

Anonymous said...

MSU dan Presidan PAS akan dilindungi dari sebarang tuduhan yang berhati dengan Akta Hasutan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...