JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, October 12, 2014

PAS gantung keahlian dua Adun Selangor sokong Wan Azizah

PAS hari ini memutuskan menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.

 Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharudin digantung selama setahun dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti parti Islam tersebut.

Saari dan Hasnul, bagaimanapun, masih lagi ahli PAS.


Saari Sungib dan Hasnul Baharudin (dua dan tiga dari kanan) 
ketika hadir di sidang media menyatakan sokongan kepada 
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 14 Ogos lalu. 
– Gambar The Malaysian Insider, 12 Oktober, 2014 

 Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung hampir lima jam di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

"Keputusan yang diambil tadi memutuskan kedua-duanya digantung selama setahun," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di sidang media hari ini.

 Dalam reaksi segera mereka ketika dihubungi The Malaysian Insider, Hasnul berkata dia sedikit terkejut dengan keputusan itu tetapi memang menjangkakannya.

 "Saya akan pertimbangkan untuk membuat rayuan," katanya.

 Saari pula berkata dia akan menunggu surat rasmi parti mengenai keputusan itu dan memikirkan tindakan selanjutnya selepas itu sama ada untuk merayu atau tidak. – 12 Oktober, 2014. - SUMBER
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Menggantung keahlian ialah strategi rpuak UG untuk menghadapi pemilihan tahun depan. Mereka tidak boleh berkempen, apatah lagi bertanding. Ini memberi kelebihan kepada puak UG untuk menguasai pemilihan.

Ia lebih baik dari memecat, kerana kedua-duanya boleh melumpuhkan puak anti UG, tetapi menggantung dapat membunyikan tanda kebencian puak UG kepada puak anti-UG

Anonymous said...

Aku ahli Pas seumur hidup.aku harap kedua mereka jangan merayu sekiranya mereka merayu secara sedarnya bahawa mereka mengaku melakukan kesalahan.Pas treus mencipta masaalah .Apakah besar kesalahan yang mereka berdua lakaukan.?.Pening orang berfikir apakah salah menyokong pakatan sendiri dan tidak slah menyokong seorang ahli bebas.Ini keputusan mesyuarat apa?Aku mohon Saari biar tegak dengan pedirian kamu agar masyrakat di luar sini tahu niat kamu dan benar apa yang telah kamu lakukan.Apa kata sekiranya dulu kamu berdua terus kekal dalam 15 Dun Pas dan akhirnya sejarah tercipta Pas dan Umno berbagung memerintah Selangor.Jiwa kamu akan menangis mengenagkan nasib Pas sehingga kini.Srkalai lagi aku pohon kamu jangan merayu dan kita tunggu apa pula tindakn JPP untuk ambil tindakan .Apakah JPP sanggup hilang 2 ahli yang jujur.sama-sama kita tunggu.aku bukan batu api tapi aku benci dengan karenah Pas

bat8 said...

Tuan Haji

Pendapat.saya kedua Adun tak payah merayu. Lalui t3mpoh pengantungan tersebut. Merayu bermakna ada keraguan diatas tindakan menyokong DSWAWI dulu sekaligus menyelamat kerajaan PR Selangor.

Jalani pengantungan itu. Yang patut menghulur salam ukhuwah adalah pihak pimpinan PAS. Kalau mereka melihat keperluan PR dikukuhkan agar dapat menumpaskan BN dalam PRU 14 nanti, mereka akan mengkaji keputusan pengantungan ini selepas beberapa bulan. Kita tunggu dan lihat.

Bagi mengukur suhu pergolakan didalam PAS ketika ini, kita tunggu apa komen geng UG seperti Nik Abduh, Tantawi dll meng3nai pengantungan ini.

cikmatgelap said...

kenapa keahlian hj hadi tak di pecat sebab dia cuba bawa pas jadi UG

bunbinban said...

di hina di aib di gelar barua dan di tuduh kena beli...setahun je kena?. Pecat je kalau ada bukti. errr..oooo..xde bukti ek?.

bat8 said...

Jangan kata puak UG dan ustaz-ustaz mereka tak tahu berkempen. T3ngok apa yang berlaku dalam pemilihan lepas. Lebih terok dari kempen pemilihan UMNO.

Semua ada. Mereka fitnah, mencaci di dunia maya. Yang belum ada diamalkan oleh puak ni ialah politik wang yang menjadi ikon UMNO je. Sila kempen mereka dalam pemilihan jawatan ketua pemuda PAS yang lalu. 3 orang bertanding. Kat internet depa letak gambar ketiga-tiga calon. 2 memang mereka letak gambar calon yang betul. Tetapi gambar calon ketiga, Zulhazmi, mereka letak gambar anjing!

Boleh anda bayangkan akhlak puak ni? Leb8h terok dari perangai MIC yang kapir! Jangan terkejut didalam pemilihan peringkat akar umbi kali ini akan ada pesta baling kerusi, bertumbuk, padam lampu dsb.

Kita dah lihat bunga-bunganya dipamerkan oleh puak ini di Muktamar PAS ke 60 yang baru lepas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...