GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, October 02, 2014

Perasan seorang bakal MB tak jadi.....

Kegaglannya untuk jadi MB Selangor suatu ketika dulu tidaklah menjadikannya berputus asa...masih lagi berangan dirinya seolah-olah MB yang sepatutnya...

Itulah perasan namanya!Dia kata Zaidy tu layak pegang portfolio agama menggantikan tempata lamanya dulu tu...Alahai, Zaidy tu kan baru dilantik jadi exco ...biarlah dia buktikan kemampuannya dahulu....


Tiga Adun Pas Selangor layak dapat portfolio kanan

Jika Pas masih diketepikan, katanya, sudah tiba masanya parti itu bangkit membawa usul kepada peringkat Pusat supaya keluar daripada PR.

 “Sudah dua kecacatan yang dilakukan Mohamed Azmin di mana pertama, beliau mengurangkan kuota Exco Pas daripada empat menjadi tiga. Keduanya apabila beliau menawarkan jawatan timbalan speaker yang dilihat peranannya tidak kuat untuk membawa perjuangan.

 “Dan jika berlakunya kecacatan ketiga pula di mana Pas tidak diberikan portfolio peringkat kedua, saya rasa sudah sampai ke kemuncaknya apabila Pas Selangor perlu memikirkan membawa usul keluar PR.

 “Saya yakin apabila Pas tidak dapat portfolio kanan, exco, ahli Pas malah penyokong pun tidak reda perkara itu berlaku kerana ia menampakkan kelemahan Pas satu persatu. Pas perlu bangkit mempertahankan maruah,” katanya.

 Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga berkata, kemungkinan Pas keluar daripada PR bukan lagi perkara yang mengejutkan kerana ia telah dibayangi golongan pemuda dan ulama parti itu sebelum ini ketika krisis Menteri Besar Selangor sedang memuncak.

 Dalam isu portfolio exco baharu katanya, Pas paling layak memegang exco agama dan infrastruktur bagi mengelakkan Selangor menjadi bandar ‘johan’ menyumbang kepada penyakit sosial yang selalunya berlaku di kawasan pembangunan pesat.

 Hasan berkata, Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib dirasakan layak memegang portfolio itu kerana beliau aktif dalam gerakan memperjuangkan Islam. Baca sepenuhnya di sini

Maklumat berkaitan:

Pada 18 Januari 2012, Dr Ahmad Yunus dilantik sebagai Exco negeri Selangor menggantikan Dr Hassan Ali yang dipecat dari PAS pada 8 Januari 2012.

 Dr Ahmad Yunus mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam . Beliau dipertanggungjawabkan terhadap Kebudayaan Melayu, Belia dan Sukan negeri Selangor.

 Hassan Ali sebenarnya menjadi Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Calon pilihan iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menolak jawatan tersebut.


Portfolio Exco Kerajaan Negeri Selangor

 Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah, Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan Penerangan dipegang Menteri Besar Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan - Datuk Teng Chang Khim 

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar - Iskandar Abdul Samad. 

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongann, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna - Elizabeth Wong.

 Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu - Ean Yong Hian Wah.

 Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi - Dr Ahmad Yunus Hairi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita & Keluarga - Dr Daroyah Alwi.

 Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang - Ganabtirau A/L Verman.

 Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi - Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pengerusi Jawtankuasa Tetap Pembangunan Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan - Amirudin Shari.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrstruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani - Zaidy Abdul Talib. - HARAKAHDAILY
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

aku bersetuju 100% dengan apa yang di sarankan oleh hasan ali.Pas perlu mempertahan MARUAH dengan kelaur dari pakatan.lebih cepat adalah lebih bagus.Dan adalah lebih bermaruah Pas terus bergabung denngan Umno seta memungut semula hasan ali,nasarudin mat isa.dan lain-lain yang sewaktu denganya.CEPATLAH IKUT NASIHAT HASAN ALI.

Anonymous said...

Betui..betui...antara parasit hamblau dlm pas ketika dulu....

bat8 said...

Anon 2:56

Majoriti ahli PAS mahu kekal dengan PR kerana itu adalah dasar PAS sehingga hari ini setelah muktamar Ipoh telah membuat keputusan dalan tahun 2008.

Yang nak bawak PAS keluar dari PR dan bekerjasama dengan UMNO hanyalah TGHH dan puak UG yang beberapa kerat. Kebanyakan mereka dari Ganu - geng yang kempunan kerana belum puas menikmati kemewahan hidup menjadi kerajaan negeri dah kena tendang keluar oleh rakyat Terengganu selepas sepenggal

Nko paham betul2 masaalah TGHH dan geng UG ini. Mereka hanya beberapa kerat je dah hanya kuat di Terengganu. Mereka tidak mempunyai sokongan yang cukup untuk mengubah keputusan muktamar Ipoh 2008 supaya boleh bawa PAS keluar dari PR.

Hangpa puak-puak UMNO kalau gila sangat nak kepada puak UG ni, hangpa pujuklah TGHH dan geng UGnya masuklah UMNO terus secara peribadi macam Ustaz Nakhaei Ahmad dulu. Nasihatlah TGHH dan UGnya usah bermimpi nak bawa PAS bersama sebagai cengkeram untuk masuk UMNO kerana mustahil mereka boleh mengubah keputusan muktamar Ipoh.

Bagitau depa....jangan malu-malu. Masuk UMNO hanya bertukar parti bukan tukar ugama. Islam UMNO pun serupa dengan Islam puak UG. Apasal TGHH dan geng UG Ganunya nak join UMNO!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...