GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, October 12, 2014

Perlembagaan PAS : Ahli-ahli PAS berhak untuk dicalonkan untuk memegang sebarang jawatan dalam PAS


Presiden PASMA menjelaskan bahawa Ustaz Haji Abdul Hadi Awang bukanlah Presiden PAS seumur hidup. Beliau menjelaskan demikian semasa menjawab soalan daripada peserta Dialog PASMA Daerah Kuala Muda yang diadakan malam tadi bertempat di Dewan Hotel Seri Malaysia, Sungai, Petani, Kedah Darul Aman. 

Beliau juga menjelaskan bahawa jawatan presiden yang disandang beliau sekarang akan berakhir pada tahun depan apabila muktamar diadakan. Pada masa itu, para perwakilan PAS yang berhak menentukan siapa presiden PAS yang seterusnya. Mengiktu perlembagaan PAS, ahli-ahli PAS berhak untuk dicalonkan untuk memegang sebarang jawatan dalam PAS.

 Di samping itu, semasa menjawab soalan daripada pendengar WADAH.FM yang mengadakan siaran secara lansung ke seluruh negara, mengenai kejatuhan Kerajaan PAS Kedah yang dikatakan beliau menjadi faktor utama. 

Dato Phahrolrazi menjelaskan bahawa beliau adalah Exco Kanan Kerajaan Negeri Kedah pada masa itu. Beliau sedar tentang apa yang berlaku dalam kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak.

Beliau telah bertemu Presiden PAS beberapa kali untuk memberikan pandangan dan teguran agar Pas Pusat mengambil tindakan segera, namun tidak ada sebarang tindakan yang dibuat. 

Menurut beliau, buku yang bertajuk “ KEJATUHAN KERAJAAN PAS KEDAH”, yang ditulis oleh Mohd Sayuti Omar menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Beliau telah ditemui penulis semasa berkunjung ke Kedah.

 Turut hadir dalam dialog yang diadakan semalam ialah Ustaz Muhammad Husain ( Timbalan Presiden PASMA), Ustaz Zulkarnain Zainal Abidin( bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis), Ustaz Aziz bin Abbas ( bekas ADUN Negeri Terengganu) serta Saudara Safuan Anang ( LENSA). 

Pada malam esok 11 hb Oktober, majlis pelancaran PASMA Negeri Pulau Pinang akan diadakan di Hotel Pearl View, Seberang Jaya, Pulau, Pinang. Pada pendengar juga boleh mengikuti siaran langsung melalui WADAH.FM yang boleh diakses melalui TUNEIN RADIO komputer dan handphone. 11 OKTOBER 2014

SUMBER Ucapan Phahrolrazi  : KLIK UTK VIDEO UCAPAN
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Penyokong PASMa tidak akan mendapat sebarang jawatan di semua peringkat dalam pemikiran 2015. Tahun 2015 juga akan menyaksikan PAS keluar Pakatan Rakyat dan menyertai BN. PAS akan bertanding menggunakan tiket BN dalam PRU14. Sekarang sudah wujud usaha untuk kewujudan kawasan parlimen dan DUN baru untuk membolehkan PAS bertanding tanpa menjejaskan UMNO.

Anonymous said...

Dia ni kemaruk nak jawatan dulu tak Berjaya jadi MB Kedah la ni dapat priseden PASMA pun jadilahhhhh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...