GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, October 17, 2014

Punca rasuah dari Sistem di Kementerian Kewangan - Ku Li

Pendedahan dan pengakuan yang berani dari seorang bekas Menteri Kewangan yang berpengalaman selama 8 tahun. 

Beliau mengakui mengenai kelemahan yang ada dalam sistem kewangan negara dan mengakui telah menyalah guna kuasa yang ada itu  (Akta Prosedur Kewangan) semasa beliau di Kementerian Kewangan dulu. Baca seterusnya :

Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar Akta Rahsia Rasmi (OSA) dikaji semula bagi menangani masalah rasuah di negara ini.

 Tokoh Umno itu juga berkata Akta Prosedur Kewangan 1957 juga perlu dikaji semula memandangkan akta tersebut memberikan kuasa mutlak kepada menteri kewangan.

 "Saya minta supaya semak semula kerana OSA ada menyembunyikan ribuan dosa. Kalau benda itu melibatkan pembiayaan rasuah, saya rasa sesiapa boleh dedahkan.

 "Kalau pendedahan tak betul, boleh dakwa. Janganlah segala-galanya mesti dirahsiakan. "Saya tak marah kerajaan tapi ini adalah kelemahan yang ada dalam sistem kita, kerana kita salah guna kuasa yang ada. Saya tahu akta ini (Akta Prosedur Kewangan) kerana saya gunakan kuasa ini semasa saya di Kementerian Kewangan dulu," katanya.

 Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada forum 'Barah Ali Baba Di Bumi Malaysia' di Kuala Lumpur hari ini.

 MP Gua Musang lebih kenali sebagai Ku Li berkata beliau pernah menjadi menteri kewangan selama lapan tahun, mengetahui bahawa wujudnya kelemahan dalam sistem kewangan negara.

 Masalah rasuah, kewangan

 Beliau yang pernah menjadi pengerusi bank dunia turut mencadangkan supaya tender secara terbuka diamalkan bagi memastikan masalah rasuah dan kewangan negara dapat diatasi

 "Kalau kita nak kawal soal rasuah, kita kena lihat pada Akta Prosedur Kewangan. Semak. Saya tahu ini kerana pernah jadi menteri kewangan. Sebab itu bukan sebarang orang yang boleh menjadi pemangku menteri kewangan kalau dia bercuti.

 "Jadi, banyak kelemahan di situ. Contohnya, menteri kewangan mempunyai kuasa dalam rundingan terus. Tanggungawab kita kepada rakyat besar. Ini bukan harta mak bapa kita.

 "Ini harta rakyat. Yang kita nak guna duit ini, duit rakyat. Yang kita nak kumpul macam-macam cukai, kita tak boleh guna sewenangnya duit yang kita kutip daripada rakyat," katanya.

 Sehubungan itu, beliau mencadangkan kepada supaya kerajaan menggunakan cara yang betul dan adil dengan membuat tender terbuka kepada pihak yang layak.

 "Kalau ada yang bida rendah tetapi bermanfaat kepada rakyat, kita beri sahajalah. Saya bukan marah kerajaan tapi inilah kelemahan yang ada dalam sistem kita. Jangan kita salah guna kuasa yang kita ada," katanya lagi.SUMBER
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...