GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, October 28, 2014

‘Saya tidak kenal plaintif’, kata Hadi dalam kes saman calon PKR

"Saya tak kenal langsung plaintif. Macamana saya nak fitnah dia?!" kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kandang saksi Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini.

 Presiden PAS itu berkata demikian ketika memberikan keterangan sebagai saksi utama terhadap saman bekas calon PKR Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

 Dalam saman itu, Shamsul mendakwa Hadi menuduh beliau menjual pil kuda.

 Hadi memasuki kandang saksi kira-kira jam 10 pagi ini bagi memberikan keterangan dengan diiringi para penyokong yang memenuhi perkarangan mahkamah itu, termasuk isterinya, Datin Seri Zainab Awang, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Ketua Wanita PAS Siti Zailah Mohd Yusof dan Dr Syed Azman Ahmad Nawawi. Sebelum Hadi memberikan keterangan, Adun Bandar yang juga Ketua PKR Terengganu, Azan Ismail, memberikan keterangan sebagai saksi plaintif.

 Hadi selesai memberikan keterangan kira-kira sejam kemudian.

 Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa kemudiannya menangguhkan perbicaraan kepada 23 November ini.

 Hadi disaman Shamsul kerana mendakwa ada calon PKR semasa pilihan raya umum ke-13 lalu menjual pil kuda, iaitu sejenis dadah.

 Dakwaan itu dibuat Hadi dalam ceramahnya di Alor Limbat, Marang, Terengganu menjelang pilihan raya itu.

 Ekoran itu, PAS meletakkan calonnya juga di tiga kawasan DUN yang sepatutnya ditandingi calon PKR bagi pihak Pakatan Rakyat termasuk Bukit Besi. Ini disusuli tindakan saman oleh Shamsul.

 Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu membuat penghakiman engkar ke atas Hadi dan meminta beliau membayar RM2 juta kepada Shamsul.

Bagaimana pun, mahkamah kemudiannya mengenepikan perintah itu selepas rayuan Hadi.

 Ketika Hadi menghadapi saman dari bekas calon PKR ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berada di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, tetapi dalam kandang tertuduh.

 Anwar sedang merayu kepada Mahkamah Persekutuan bagi membebaskannya ekoran keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas beliau. – 28 Oktober, 2014. -  SUMBER
Comments
13 Comments

13 comments :

bunbinban said...

mcm sial je hadi awang ni jwb ek. Kalau aku carutkan kang di kata x hormat dan hina ulamak. Hadi Awang ni x caye jugak ke janji2 ALLAH?.

Anonymous said...

Nak fitnah seseorang itu perlukah kita mengenalinya terlebih dahulu? Apara lu!
Dulu cakap ada bukti...mana itu bukti??

Anonymous said...

Hadi oh hadi...siapa yang kau nak kelentong ni? okay lah dengan manusia kau boleh bersilat hujah menafikan kesilapan diri,tapi dengan Allah nanti kau bolih beretorik begini ke??

Anonymous said...

Masa pru13 calon pkr ada 3 orang nk bertanding kt terengganu...jd mana lg 2 orang kenapa tak saman jugak tak malu ke orang tuduh jual pil kuda?haji hadi sebut secara open tak sebut nama jadi lg 2 orang turut sama terpalit tapi kenapa tak saman?ke yg terasa pedas mkn cili sudah melenting hahahaha...

Alhusseyn Alhusseyn said...

Anon 15:00 am, Ada lagi saman dari yg lain selepas ini.Sabarlah satu-satu...Kah!3

Anonymous said...

aku tak heran klu org mcm aku dan pngkomen2 yg lain NAMPAK jls lg TERANG sgl FITNAH2 presideng TUANG..
-pilkuda
-kominis
-Lenin Karl Mark
-"BELI"
-Brokar
-BARUA!!

Malangnya yg "KONON2" mengaku sbg "morsyidool" mngapa diam & BISU?

bukan sekadar BISU "morsyidool" pon dah sekepala senakhoda dgn tukang FITNAH yg brsarban itu..

BUKAN sekali FITNAH
BUKAN dua kali FITNH??
"morsydool" apa kebenda nya tu???

Anonymous said...

Dgn jls..sama sprt dia mula2 baca SKRIP utk buat FITNAH...krn geng2 yg ngaku "ulamak" nih sbnr2nya IQ very LOW & "IDEA" jahat tu ada yg sponsor..

Skrg dia coba pusing2 cerita ikut sijahat yg SPONSOR idea BODOH itu, tanpa dia sendiri SEDAR betapa IQ nya trsgt2 very2LOW dijdkan lawak paling BODOH & bahan ketawa!?

Dia tuduh 'ada' org edar pilkuda..
tetapi seolah2 TIADA sesiapa???
konon2 TIDAK kenal sesiapa???
merapu BODOH apa kjadahnya??

klu IQ very2 LOW, tapi sggup jd pakturut baca SKRIP nak AUTA/fitnah maka terang2 lah nampak sesgt jls keBODOHan nya..

Anonymous said...

Tak de sapa pun nk fitnah dia...ingin nk glamor mcm anuar...so dia buatnya fitnah pd org lain supaya rakyat simpati pd dia... lu p mamposs la hadi..

Kalo hadi ni d uji semacam anuar...lama dah hadi masuk umno...tpi bodoh mcm ni jd pemimpin PAs..selanat umno..!!!

abuamir said...

Kasihan, buat fitnah ikut sedap lidah aje. Ada buktilah, bla,bla,bla.....ikut kata penasihat 10sen menantu ayam. Bila minta bukti kata tak kenal pula. Kalau betul ada bukti sila kemukakan, tak ada bukti itu fitnah namanya.

Jgn ingat ulama itu maksum macam nabi pula? Ulama pun ada yg baik & jahat spt kata nabi SAW ulama yg jahat tu serupa anjing yg menjelirkan lidahnya.

Kasihan berjuang Islam berdekat-dekat tetapi kerana menantu & penasihat haprak, semuanya hancus.

bat8 said...

Mengapa 2 lagi tak saman? Perhatinnya nko....tolonglah saman bagi 2 lagi tu kalau xsabar.

Bagi le alasan yang lebih munasabah untuk menghalal tindakan fitnah pil khuda tanpa bukti. Sebenarnya bukti fitnah tersebut sudah dirakam dan boleh ditonton oleh sesiapapun di utube. Jadi apapun helah hendak menafikan atau untuk menghalalkan fitnah tersebut tidak akan mengubah hakikat bahawa TGHH dah buat fitnah tanpa bukti. Dan siapa TGHH? Tok lebai kg ke? Bukan....dia adalah Timbalan ulamak dunia!

Itu hakikatnya wahai Anon 7:15!

Anonymous said...

Ok kita tungguuuuuuuuuuuu...kita lihat siapa yg kenaaaaaaaaaa...

Anonymous said...

Hadi buat fitnah kat pokok...

Anonymous said...

Mana bukti hj hadi fitnah dia dlm video 2 hj hadi x sebut nama dia kata open ada org jual pil kuda nk jadi calon hahaha...dh nanti hakim mesti tanya mana nama awak yg disebut dlm video ni hahahaha...org yg jual pil kuda sebenar tak saman hj hadi tp geng dia budak dungun ni lebih2 nk defend kawan dia calon seberang takir tu hahahaha...bangkai gajah tak payah nk sorok la budak dungun calon bukit besi org dah tau sapa calon seberang takir tu jd rahsia umum dah...cuma hj hadi tu tak nak aibkan dia je tak bg tau nama...dalam video tu hj hadi ada gak sebut calon pkr yg datang lambat nk serah borang mcm nk jual diri kt umno nk bg menang free bila pas masuk hntar borang tetiba dia pun hantar jugak hahaha pelik pkr ni...calon tangkap muat je tak pilih betul2 lepas menang lompat parti jd mcm perak tu sapa yg susah hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...