GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, October 22, 2014

Tidak solat 3 kali setahun kena penjara?


Saya percaya ramai orang Islam sendiri pun tidak berapa tahu dan agak keliru mengenainya kewajipan solat Jumaat ini dan permasalahannya.

 Kenyataan dari Ketua Penerangan Dewan Ulama' PAS Perak sendiri seperti yg tersiar di MK (atas)  boleh mengelirukan masyarakat . Saya tidak pasti samada wartawan berkenaan tersilap taip atau bagaimana. Tapi sehingga kini dah masuk hari ke-4, tidak ada apa-apa pembetulan dibuat mengenai kenyataan itu. Saya harap Norazli Musa sila buat kenyataan memperbetulkan kesilapan tersebut. Sila klik  di sini

Maka tidak hairanlah apabila Lawyers for Liberty (LFL) menyatakan penentangannya apabila Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud baru-baru ini mengumumkan, lelaki Islam yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut ketika berada di negeri ini boleh dipenjarakan selama setahun serta denda sehingga RM1,000.


Besar kemungkinannya LFL kurang memahami mengenai adanya beberapa kelonggaran bagi seseorang Muslim dalam menunaikan tanggung jawabnya melakukan solat Jumaat.

  Adalah lebih baik sekiranya LFL sendiri pergi menemui pihak yg berwajib untuk berbincang dan mengetahui duduk perkara yang sebenarnya. Cakap melepas macam tu saja hanya menampakan kegelojohan semata. 

  Kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, jangan lupa, kerja dakwah kita. Ambillah peluang ini untuk menyampaikan mesej dakwah kepada mereka. Jangan kita hanya tunggu mad'u datang mengadap kat kita sahaja ... kalau depa tak datang, pilah kat depa. Itulah adalah yg lebih aula.  

Walau apa pun, saya ucapkan syabas diatas usaha untuk membenteras kaki ponteng solat Jumaat. Membenteras ponteng mesyuarat dikalangan kita juga penting juga kan?
Comments
8 Comments

8 comments :

mosabit said...

orang islam kat malaysia ni memang kena tipu manjang...dan dizalimi di dunia...

kat dunia kena hukum kat akhirat pun kena hukum lagi...

tak solat jumaat kena penjara...
ada ker undang2 islam mcm tu...
pasti ker selepas dihukum denda dan penjara, maka diakhirat nanti tak kena hukum lagi..???

undang2 islam di namakan hudud...

kalau ikut hudud, mencuri jika sabit di potong tangan...maka di akhirat terlepas...

kalau mencuri kena penjara..
kat akhirat gerenti tak lepas....

peguam2 tu berpahaman mcm tu laaaa...

kah kah kah kah kah ...

Anonymous said...

Undang2 ni macam mana cara nak laksanakan? Adakah kariah ada senarai nama penduduk dan setiap jumaat diambil namanya dan tandatangan macam orang pergi kursus? Cukup 3 kali tangkap dan dakwa....Macam mana pula orang diluar kawasan perlu maklumkan pada imam masjid yg dia drp kariah lain atau sebagainya...Buat undang2 senang nak laksanakan susah? Kalau sakit kena bagi mc pada tok imam ke?....Mohon mereka yang gubal undang2 ni di Kelantan beri pencerahan dan kaedah...

Anonymous said...

Salam

lepas ni setiap masjid kena ada senarai nama bg setiap mukim. Mcm kat sekolah pulak.byk lg kalau benda ugama yg boleh di ketengahkan spt kebajikan org2 miskin tegar ibu tunggal bantuan pelajaran utk bakal siswa. Keberkatan dan ketaatan dlm agama akan menyusul dgn sendiri jika perkara kebajikan di utamakan.

wasalam

Alhusseyn Alhusseyn said...

Salam mosabit, memang kita semua pun tidak tahu bagaimana mekanismanya utk melaksanakan hukuman tersebut. Bagaimana kerja-kerja pemantauan dibuat? Apakah seseorang itu mesti berdaftar pada satu-satu masjid atau kariyah macam pakai punch kad? Nak tanya juga apa sudah jadi dengan etika berpakaian yg pernah dikuatkuasakan di Kota Baru dulu?

Anonymous said...

salam bai... k gak tu. yg penting ada usaha utk elak kaki ponteng solat. Yg kita dok kutuk dan tiada tindakan, apa kes? Lau crita bab hukum betul2 mmg lagi le dahsyat sampai kita boleh biarkan org tak sembahyang nie tak dismbhygkan.... apa makna tu... pa pun, ura2 nie sekurang2nya buka mata kita bhw tinggal solat tu amat teruk dlm islam

bat8 said...

Tuan Haji

Ini semua adalah reaksi tahap kepala apabila ramai orang mula mempersoalkan hudud PAS. Dalam kes di Kelantan ini otang mula mempersoalkan kecerdikakan yang terlampau Nik Amar/Ahmad Yaakob menyerahkan enakmen hudud Kelantan kepada UMNO.Juga kenyataan Exco Dato Nasarudin Daud mengenai mesyuarat jawatankuasa hudud negeri kelantan yang tidak dihadiri oleh UMNO dan Majlis Peguam.

Tindakan xpi sembahyang jummat 3x ni adalah percubaan nak tutup malu yang mereka sudah tersilap langkah menyerahkan enakmen hudud kelantan kepada UMNO dan sekarang ni UMNO dah buat pekasam. Sekarang ni mereka cuba menjaja idea hukuman penjara jika xpi sembahyang jumaat tu hudud jugak!....nampak tak cara geng Nik Amar/Ahmad Yaakob nak tutup kesilapan( kebodohan?) mereka. Mereka ingat kita ni budak umur 5 tahun yang baru tadika kemas kot....

Isu PAS sudah xde hudud ni agaknya puak UG dah sedar kot sudah "gain traction" dikalangan rakyat. Selain cerita sembahyant jumaat di Kelantan - PAS Terengganu pun nak buat seminar pasal hudud. Kita bersangkabaiklah dulu. Kita tengok perjalanan seminar itu.

Yang pentingnya, apa yang kita laungkan pasal UG, pasai PAS dah jual semua hududnya yang ada mula mendapat perhatian rakyat dan geng TGHH & UGnya. Kedua tindakan yang mereka rancang ini menunjukkan mereka sedang tekanan.

Apa yang perlu kita buat ialah keep up the pressure and keep exposing them

Anonymous said...

Sangka baik?bat8 pun ada sanfka baik jugak dlm hati hahahaha...org bincang bab lain dia pergi melilau ke lain...stop la bagi pandangan2 liar kau tu tunggu je la muktamar nanti kalau menang orang yg kau suka tepuk la tangan kalau kalah menangislah tak payah bising2...kerja macai umno dah ada org team up skang hahahaha

bat8 said...

Anon 1:07

Itu je ke? Jawab hujah-hujah aku kalau silap. Itu tanda orang yang berilmu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...