JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, October 31, 2014

Tragedi Kg Chubadak - teguran ikhlas dari anak muda

Sekadar gambar hiasan

Ini satu teguran ikhlas dari anak muda kepada pimpinan mana-mana parti politik. Isu robohan Kampung Chubadak bukanlah isu baru, sepatutnya sudah mampu diselesaikan atau paling tidak dibawa ke Parlimen.

 Ini tidak, rumah sudah roboh barulah nampak muka. Datang melawat orang kampung bagi sumbangan kemudian ambil gambar letak di FB kononnya akulah yang paling berjiwa rakyat. Tidak salah untuk menempel muka sebegitu rupa, tapi biarlah sepadan dengan tindakan yang sekufu dengan jawatan kita. 

Tolonglah fikir jauh sedikit, agak-agak sampai bila kita ingin bersikap sedemikian rupa. Apa guna jadi ahli Parlimen kalau gagal bawa isu rakyat untuk dinasionalkan? Bawa isu ini ke Parlimen, bahaslah berdasarkan Tanah Rizab orang Melayu ataupun Akta Tanah Negara. 

 Kalau tidak, kita akan sibuk mengulangi kitaran yang sama yang sudah boleh diramal. Rumah diroboh - Kecoh di media - politikus datang tunjuk muka - Isu tidak selesai - Rumah diroboh balik - Kecoh balik -

Datang tunjuk muka balik. Aduhai, malanglah kalau lebih ramai ahli parlimen yang bersikap populis dan sibuk meraih kredit politik sedang masalah tidak selesai-selesai pun. ~  Abdul Muqit Bin Muhammad
Comments
2 Comments

2 comments :

C++ said...

Bhai Al-Husseyn ...

Gua suka la tengok mamat yang pakai tali leher kat belakang tue... Nampak ciri-ciri wakil kepada rakyat..... Hahahaha

Dier Ostad ka???

Alhusseyn Alhusseyn said...

Bhai C++ , nampak mengepak dan berkuak dada....perasan tak? Dia orang ni datang tempat macam tu pun nak tunjuk exclusif...hancus lah Bhai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...