GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, October 03, 2014

ULAMA' MUDA DALAM PAS LEBIH SUDU DARI KUAH

Berikut merupakan keluhan seorang veteran PAS, Dr Fauzi Zakaria mengenai perkembangan PAS hari ini...

Para ex-activists Pemuda sejak awal 1980an seperti Mad Sabu, Khalid Samad dan Husam Musa tlh terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kpd Jamaah (PAS). Berjuang sejak drp zaman kelam. Menginfaqkan tenaga, masa muda dan harta yg tak seberapa.

 Tetapi mereka inilah yg berjuang sejak zaman kelam, sejak umum Masyarakat Malaysia tak faham sangat apa itu Islam. Sejak zaman masyarakat umum Islam tak mengenali taraf Ulama melainkan hanya sebagai tukang2 baca Doa selamat.

 Para ex-aktivist PEMUDA inilah yg berjuang menegakan politik Islam,mereka inilah yg memperjuangkan kedudukan Ulama sehingga kepimpinan Ulama diterima sebagai kepimpinan tertinggi dlm Jamaah. Kini nama2 mereka ini di jaja oleh sekumpulan Ulama muda pendatang baru dlm Jamaah, sebagai munafiq Jamaah.

 Apakah saudara ahli2 PAS boleh melabel sahabat dgn label begitu?

Ana sezaman dgn Husam zaman tidur-bangun di Pej PAS Jln Dato Pati. Husam baru grad UM (1984). Ana pelajar UM Nilam Puri. Kami pernah sama2 menerbitkan GEMA PEMUDA sebelum adanya akhbar Harakah. 

Setelah zaman berlalu (sejak era 2000 berlalu) Sejak 2003-2008 kami sekeluarga dijemput Allah menjadi jiran-Nya di Mekkah/Madinah.

 Sebagai "org Mekkah" ana mendapat maklumat sebebasnya mengenai perkembangan Politik-Jamaah di Malaysia hatta dpt berbincang dgn sebebasnya dgn bekas pimpinan UMNO.

 Ana mendengar kenaikan Maqam Husam di dlm Jamaah.

 Di Satu Majlis Hariraya di Konsulat Malaysia Jeddah,saya berbicara dgn Tan Sri Sanusi Joned pasal masa depan politik Malaysia sampai subuh. ( 3.00 pg waktu Saudi).

 Beliau nampak potensi pimpinan masa dpn politik Melayu Islam dlm barisan muda PAS. Antara yg kerap di sebutnya, Husam Musa.

 Sepulang saya ke Malaysia 2008, saya join semula dunia akademik di UM. Sejak itu saya lbh jadi pemerhati akademik. Sekali sekala jumpa (Dato) Husam di majlis2 akademik di kampus2.

 Memang zaman semesra sama2 melepak di Pej PAS Jln Dato Pati dulu sukar sudah nak wujudkan kembali. Sukar saya nak panggil dia Dato' sukarnya dia nak panggil saya Doktor....

 Namun jauh di sudut hati barangkali kami saling mendoakan kejayaan sahabat2 lama ini. Sebagai org akademik yg tidak ada kepentingan politik, melihatkan karismanya..hati saya semacam mengesahkan apa yg pernah di sebut oleh Tan Sri Sanusi Joned 2008 di Jeddah dulu..

 Namun org akademik berhadapan dgn realiti hanya blh berharap dan mengimpikan.

 Para pemain politikus lbh cekap mengelecek kan bola2 politik mengalahkan kami dan ramai lagi yang mengimpikan sesuatu yg mungkin ideal....... Hanya kpd Allah .
 "Ya Allah. Engkaulah Yang Maha Mengetahui betapa kasih dan sayangnya kami kpd pemimpin kami sejak lebih 30 tahun semenjak waktu pemimpin kami ini di kenali sebagai tokoh Ulama Muda Nusantara, kami dengan penuh kasih sayang terus menerus mendokong kepimpinannya.
 Tiba2 di akhir2 ini petaka apakah yg menimpa, pemimpin yg kami kasihi selama ini kelihatan tidak mesra lagi kpd kami ex anak2 muda yg yelah mendokong begitu lama. Apakah dgn gara2 kemunculan kumpulan anak2 muda baru yg menggelarkan diri mereka "Ulama Muda", maka kami para ex Pemuda ( non-Ulama) tidak di kasihi lagi.Dlm ucapan2 terakhir pemimpin yg kami kasihi ini kedengarannnya mcm menghalau saja kami dari lengkongan Jamaah yg tercinta ini.
 Ya Allah Ya Rabbi, Tak adakah sesiapa lagi di kalangan Umatmu yg mampu menangani...."
Apabila ada perwakilan suruh keluar Pas dlm muktamar..... 

Tidak ada sapa2 berhak menghalau sapa2 dari Jamaah ini. Allah dan Rasulnya yg meminta umat ini bersatu dlm Jamaah. Maka sesiapa berjamaah kerana Allah sesungguhnya dia telah menyahut seruan ALLAH.Siapa kita yg boleh berasa org lain blh berambus dr jamaah yg kita syangi bersama.

 Kenapa sehari dua ni pimpinan Ulama kita menggesa ahli2 bawahan menghormati Ulama. Rasanya ada sesuatu yg Allah swt nak tegur ni.

Selama ni sejak lbh setengah abad PAS meredah Perjuangan Siyaasah Islamiyyah. Pendokong bawahan sememangnya mendokong dan menjunjung tinggi kedudukan Ulama tanpa dipinta2.

 Masa tu rasanya tak ada anak menantu pimpinan Ulama turut nak membolot persada kuasa. Namun kini setelah adanya fitnah penglibatan anak menantu bersama. Rakyat dan ahli bawahan berhak utk berkata-kata. Kepatuhan membuta tuli atas apa2 nama yg agak rasmi blh diminta. Namun Penghormatan yg hakiki tidak boleh di paksa2

 Ana dan Pimpinan Tarbiyyah kampus UM memang pernah menangguhkan Wala' kpd Mad Sabu yg menaiki TK DPPP. Kami bantah kerana kempennya menaikkan Allahyarham Ust Dato Abu Bakar Chik dgn menjatuhkan kepimpinan Ust Ab Halim Arsyad.

 Kami satu rombongan dtg ke Rusila menemui Timb Presiden (TGHH) menyatakan stand kami. TGHH menasihatkan kami bersabar dan tidak menentang Jamaah. Kami terima. 

Bila program Tarbiyyah kami hanya jemput pimpinan Ulama seperti alMarhum Ust Haron dan Ust Yahya Uthman. Memang kamu tak jemput Mad Sabu dan Pimpinan Pemuda bagi pengisian.

 Namun apabila Mat Sabu bertanding di Kelantan PRU 1991 kami buat kerja bagi nak mati memenangkanya.

 Puas hati dgn prestasi nya sebagai ahli Parlimen. Sebagai wakil rakyat PAS beliau beraksi bagaikan Singa di Parlimen. Beliau menjadi kebanggaan Jamaah. 

Ini bukan kereta Mat Sabu

Beliau hidup sederhana, sepanjang 2 penggal sebagai Ahli Parlimen beliau tidak beli walaupun sebuah kereta buruk. Elaun ahli parlimen memang dihabiskan bersama petugas Jamaah di Kelantan. Kehidupan keluarganya di Shah Alam di pikul sepenuhnya oleh isterinya Puan Normah. Masuk ISA berkali2 kerana perjuangan.

 Begitu hebat pengorbanannya dlm perjuangan. Saya cabar adik2 baru dlm Pemuda yg duk kutuk Mat Sabu. Kamu yg hidup dgn imej kehidupan mewah dgn kereta2 mewah, sanggup kamu kutuk org yg tidak pernah berkereta sepanjang jadi Ahli Parlimen, Kamu diangkat ke pentas2 ceramah/kuliah berbayar RM Ratusan sejam, sanggup kamu kutuk org yg berceramah dgn dibayar dgn harga ISA.

 Silakah berMUHASABAH.

 Posted by Pasma Ngo 
Comments
20 Comments

20 comments :

Amuraria said...

banyak daki geng pro 'UG' dah dalam parti yang konon berjuang atas nama islam daa ! ABU !

Anonymous said...

aku kalau ada kuasa aku pecat!

Anonymous said...

Saya sokong. Yg dituduh pengkhianat PAS (kecuali 2 ADUN) memang pejuang PAS. Yg bergelar ustaz (yg kemudiannya digelar ulamak muda) tak nampak jasa mereka. Mungkin tak mahu riak. Ahli PAS tahu sangat perangai yg bergelar ulamak muda. Di kawasan sendiri kami tahu perangai mereka. Mereka utamakan org di luar drp kawasan mereka - tunjuk baik, penuhi jemputan dsb. Di kawasan sendiri: jemputan tak hadir, beri macam-macam alasan. Nantilah, kita dedahkan salah laku mereka apabila PRU 14 hampir menjelang agar pucuk pimpinan PAS tapis kewajaran ulamak muda utk dijadikan calon pilihanraya.

Anonymous said...

Lidah panjang telor kemuruk banyak dah timbul dalam PAS. The group abused the sacred brand. Now use strategy of branding is a way of marketing. But the facts they are using are not applicable. Instead they become long-tounge and bad eggs.

Anonymous said...

Bila minda keduniaan...taksub bkn berdasarkan iman tapi nafsu...tu yg benci ulamak...pasti main tafsir islam guna akal bkn quran dan sunnah...akhirnya...menghalalkan pesta arak...nauzubillah.

Anak pelacur klu org kata mak dia pelacur pun dia marah...tp org lajnah pkr...mm sah maruah diri xder.

Bergembiralah dgn kesenangan yg sekejap.

Anonymous said...

Abu lahab sedara nabi...tp kerja dia xder lain melainkan meyakiti hati nabi. Sama lah dgn setgh org tu...ngaku ahli pas..sedara sesama jemaah...kononnya sanggup dokong quran dan sunnah utk diutamakan...tp kerja xder lain menyakitkan hati jemaah Islam...tambahkanlah keseronokan mereka menghina pewaris2 rasulmu ya allah.

Anonymous said...

Anon 9:51

Betul la jika berminda kedunian

Bukan mereka-mereka yang berp3ndidikan ugama macam si Padhil atau Nik Abduh atau Din Ayam. Semua berminda akhirat. S3bab berminda akhiratlah Din Ayam perlu pakai BMW 7 series. Sebab berminda akhiratlah di sabotaj calon PR dengan bantuan pak mertuanya di kota Damansara.

Kamu jangan guna perkataan ulamak untuk m3nghalalkan perbuatan s3g3lintir mereka seperti Din Ayam, si padhil ni dan sejenisnya. S3benarnya dengan memukul rata menggunakan gelaran ulamak kepada mereka, kamu t3lah menghina ulamak-ulamak yang s3benar yang telah m3ncapai tahap ulamak pewaris Nabi-nabi.

Kamu kena membezakan antara ularsemak dengan ulamak. Jangan kamu menghina ulamak yang hakiki dengan m3ngolongkan ularsemak kedalam golongan ulamak.

Kamu tidak berjaya mempertahankan ularsemak seperti Din Ayam dan sejenisnya .

Anonymous said...

anon 9;51am
anon 9;57am

adakah pewaris2 rasul mu itu yg tuduh org sbg BARUA?

adakah pewaris rasulmu yg akan kau warisi itu tukang FITNAH pil kuda??

coba jwb..
sape yg syok buat FITNAH pil kuda itu klu bukan sbijik mcm Abu Lahab?

bukankah tuduh2 BARUA itu spesis tolol mcm Abu lahab jugak??

Anonymous said...

Akhir zaman, Rasulullah saw ingatkan akan ada ulama - 1. Ulama Su' (jahat) 2. Ulama Bisu . Al Ghazali pernah menukilkan (Ihya Ulumuddin II hal. 381) "Sesungguhnya, kerosakan rakyat disebabkan oleh kerosakan para penguasanya, dan kerosakan penguasa disebabkan oleh kerosakan ulama, dan kerosakan ulama disebabkan oleh cinta harta dan kedudukan; dan barangsiapa dikuasai oleh cita=cita duniawi ia tidak akan mampu mengurus rakyat kecil, apatahlagi penguasanya. Allahlah tempat meminta segala persoalan"

Anonymous said...

Kuasa punya pasal, bro..

Hafal 2,3 potong ayat alQuran.., hafal 2,3 potong hadith.., pastu bersyarah & berceramah..: Orang dah panggil 'ulamak' dah dalam politik ni.

Nafsu tak terkawal jugak.

Aliyya Najihah said...

Geng Ulama Muda
Ni lah yang dimaksudkan Dr Mahathir , Melayu yang Bodoh Dan Malas. Geng ni tak payah nak cerita pasal Islam. Dia orang sama mcm Geng Ustaz Sampul.

Anonymous said...

Idea yang bernas untuk menentang kenaikan harga petrol. Sila ke:

http://manjongmari.blogspot.com/2014/10/jom-kita-semua-lawan-kenaikan-harga.html

Awang Chan said...

MasyaAllah... telah berjaya ubn dalam perkara memecahkan induk pr yakni Jamaah PAS.. dalam PAS ni semuanya sama saja semuanya nak memenangkan Islam..tidak lain dari itu... oleh itu hentikanlah melebel ahli parti dengan Ulama Muda/Tua...profesional...pekerja awam/Swasta...buruh/Petani/Nelayan... yg bahaya ni aliran NGO yg kecewa adalah pasma yg menjadi doktrin dlm perpecahan Pas kerana pimpinan Pusat tak restu apa yg pemimpinnya nak. Hat di Kedah tu exco negeri yg nak projek...dan s/u pulak yg tak dapat jadi calun dun...renung2kan lah... jangan marahkan nyamuk nak bakar kelambu...la ni orng tidur dlm aircond dah ooiii... cari kambing byk2 bayaq kifarah..raya qorban org sembelih korban bukan kifarah..

bat8 said...

Awang chan ni sorang lagi mangkok hayun.

Masaalah perpecahan dalam PAS ni timbul sejak timbulnya isu puak UG selepas PRU 2008 dulu. Ini membawa kepada lahirnya keputusan Muktamar Ipoh 2008.

Namun pendokong-pendokong UG ini masih berleluasa di dalam PAS. Bagus awang chan menyebut perbuatan label melabel sesama jamaah di dalam PAS. Tetapi awang chan sorok punca, dia tak mahu cerita siapa yang dok jaja perbuatan ini. Cuba petgi ke forum tranungkite kalau nak tengok puak mana yang dok menuduh orang lain dengan pelbagai label.

Aku kata awang chan ni mangkok kerana masaalah kerja hendak memecahbelahkan jamaah PAS ni dah bermula sejak cerita pemecatan Hassan Ali dulu lagi. Sejak tahun 2008.

PASMA baru je ditubuh dalam sebulan dua . Si awang chan tuduh kerja memecahbelah jamaah PAS yang bermula sejak 6 tahun dulu dibuat oleh PASMA yang baru ditubuhkan s3bulan dua.

Bertaubat dan berhentilah buat kerja jahat UMNO ni awang chan. Berdosa menyamar untuk memecahbelah dan mengapu permusuhan sesama Islam. Itu ketja syaitan. Taksub orang PAS bukan seperti kamu. Kamu orang UMNO yang buat kerja syaitan nak memecahbelahkan sesama Islam.

Anonymous said...

Dlm prjuangan x perlu dabik dada bahawa kamu org lama..Allah nilai keikhlasan bukan tempoh perjuangn...ramai lagi pejuang yg x ddendang yg walaupun x masuk kamunting dan x dibuang daerah tetapi istiqamah sampai skrg dlm perjuangan. Berkorban masa dan tenaga utk melihat undang2 Allah tertegak di bumi Malaysia ini. Sudah2 lah mengikut rentak lagu yg dimainkan oleh musuh. Ikhlaskan niat. Bulatkan tekad. Islam tetap tinggi dan tiada yg lebih tinggi daripadanya. والله اعلم

Anonymous said...

Ana selagi hj hadi,harun din,nik abduh,hassan tantawi ada dalm pas tak akan bagi kerjasama lagi dengan pas

bat8 said...

Anon 10:30

Cantik dan menyejokkan hati apabila sdra menceritakan pengorbanan ahli-ahli PAS yang tidak dikenali ini yang berjuang dengan penuh ikhlas, istiqamah menempoh pelbagai keperitan, tidak mengharapkan imbuhan dunia, melain redha Allah dan RasulNya.

Kerana insan-insan yang tidak bernama ini saya dan ramai lagi bangkit menentang dan membongkar usaha dan agenda segelintir kecil puak UG yang cuba mengkhianati perjuangan PAS kerana kepentingan peribadi mereka.

Kumpulan ini sebenarnya ingin melemahkan PAS dari dalam. Mereka mencipta perpecahan di dalam jamaah dengan membawa ratib-ratib puak ulamak/profesional. Inilah modal mereka untuk melemah dan memecahkan ukhuwah dan kesatuan perjuangan ahli-ahli PAS.

Bukan semua Ulamak yang ada dalam PAS itu puak UG. Hanya segelintir kecil sahaja dan sebahagian besar mereka dari PAS Terengganu. Ini perlu difahami oleh semua ahli-ahli PAS.

Dalam dunia tanpa sempadan hari ini, PAS amat memerlukan kesepaduan antara golongan ulamak dan profesional untuk memacu PAS agar berada dibarisan. Kedua-dua golongan perlu menjadi satu. Almarhum Dato Fadhil Noor melihat visi ini. Selama 13 tahun beliau memimpin PAS, beliau telah cuba untuk mewujudkan jalinan didalam satu pasukan yang padu antara golongan ulamak dan prof3sional. Jerit dan perit usaha ini kita lihat didalam PRU 13.

Pertama kali dalam sejarah negara kita, Islam itu dilihat indah. Islam dilihat dengan cahaya indah yang membawa harapan kepada s3mua rakyat.

Tengok apa iadi dengan PAS dan Islam hari ini hasil permainan seg3lintir puak ulamak UG. Kalau tak nampak tak tahulah lagi.

Tidakkah s3jok hati kita, tidak kah s3jok mata kita apabila TGNA telah muncul di p3ntas negara s3bagai lambang dan ikon k3l3mbutan Islam, kerahmatan yang Islam bawa untuk sekalian alam, keindahan Islam yang dapat dilihat oleh orang Islam dan bukan Islam di negara ini.

T3ngok apa jadi dengan imej PAS s3karang. PAS yang mempamerkan keindahan Islam kepada rakyat negara ini melalui TGNA satu masa dulu!

Jadi apakah kita mahu PAS dihancurkan oleh beberapa tangan pemimpin PAS yang mempunyai kepentingan dan agenda peribadi? Percayalah, UG tiada kaitan dengan sikap konservatisma Ulamak didalam PAS. Mereka ini juga berada didalam PAS semasa TGNA begitu aktif di pentas perdana politik dulu. UG adalah ag3nda peribadi beberapa kerat pemimpin PAS Terengganu yang h3ndak membawa PAS berada dibawah kawalan dan pengaruh UMNO kerana kepentingan peribadi mereka sahaja!

anakdesa said...

Kapada anonymous oktober 04 2014 10.30 am

Jadi anda anggap orang seperti Mat Sabu tak ikhlas dalam perjuangan.. tak istiqomah dalam menegakkan agama.. kenapa dangkal sekali anggapan saudara..

Sdr fikir baik-baik sebelum mengeluarkan pandangan..

T kasih.




Anonymous said...

Tapi melabel dan memfitnah bkn ke cara utama Md Sabu berkempen? Ada hikmah di sebaliknya. Mungkin cara DAP yg menentang keras hukum Allah menamatkan tahaluf siyasi dan perjuangan utama PAS. Mungkin parti DAP merupakan parti multiracial dan mempunyai Melayu Islam tapi tiada golongan ulama' di situ. Mengapa? Rasulullah tidak pernah menyerang bukan Islam tetapi bertindak balas terhadap serangan kafir terhadapnya yg ingin melaksanakan hukum Allah. Mungkin ahli akademik tidak nampak yg ini kerana terlalu dahagakan kemenangan. Sepatutnya golongan profesional perlu terus setia meneruskan perjuangan Allah tanpa dikawal oleh nafsu kerana syaitan akan terus mencuba merosak dan menyesatkan kita.

Anonymous said...

yg kate disingkirkan, telah tersingkir..yg kate nk ber UG, telah naik takhta... bila nk UG ni..??XUG pon... lagu lame didendang idea UG 2008...update la skit kot ade UG 2015..ade?? semua sepakat tau ISLAM perlu DIDAULATKAN..semua sepakat tau perbalahan ni UMNO punye angkara.. kenapa dilayan perangkap UMNO? Kenapa Xlayan hasrat murni bersama..? Sudah sudahlah... mazlan aliman bkn ahli chai pon tp masih menang.kenapa ditolak pula...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...