GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, October 20, 2014

Wahai Tuan Man.... ketahuilah siapa syaitan itu


Berikut ini adalah tulisan ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Aku cuma cuba tolong bagi sedikit pencerahan ikut apa yang aku fahamlah...korang tak setuju, korang bagilah hujah korang pula....kalau hujah aku tak betul, tang mana salahnya... tolong ajarkan aku dengan petunjuk dari Allah dan rasul...

Wahai anakku,
Andainya engkau kecewa kerana pandanganmu tidak dihargai atau ditolak oleh jamaah, sedarlah bahawa syaitan telah menguasai perasaan dan fikiranmu. Ia berusaha agar engkau bersedih, marah dan kecewa. Syaitan akan terus menghasutmu untuk memecah-belah jamaah melalui lidah dan tanganmu. Awasilah. 

Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu menjadi punca yang menghancurkan keputusan jamaah.

Wahai anakku,
Awasilah golongan yang kecewa kerana mereka akan dikumpulkan bagi menyemarakkan kekecewaan dan kemarahan terhadap keputusan jamaah, sehingga ia akan membentuk gelombang kemarahan dan pemberontakan terhadap jamaah. Di kala itu mereka akan merosakkan perjuangan ini.

Wahai anakku,
Musuh ingin melihat perpecahan di kalangan kita dengan menimbulkan buruk sangka dan hilangnya hormat antara satu sama lain. Mereka gembira apabila kita hilang adab dalam memberi pandangan. Di kala itu segala pandangan baik tidak lagi menjadi kebaikan. Kerana kebaikan hanya akan lahir bila kamu berkasih sayang serta hormat yang tinggi pada seseorang. Bilamana hilang hormatmu pada mereka, maka hilanglah hormat mereka kepadamu.

Wahai anakku,
Kalau kamu dibenci kerana kamu membenci dan kalau kamu mengasihi kamu akan dikasihi. Janganlah engkau melampau dalam kasih sayang kepada seseorang melebihi apa yang diizinkan Allah. Kerana terlampau kasih dan sayang akan cepat mengundang rasa kecewa. Bersederhanalah dalam segala tindakan, kerana engkau akan lebih tenang dalam pandangan penghormatan.

Benar sungguh madah itu mu itu  Wahai  Tuan…

Pada mesyuarat 17 Ogos lalu, mesyuarat AJK PAS pusat memutuskan hantar dua nama calon MB Selangor, WAWI dan Azmin. Kemudian bermesyuarat lagi pada 25 Ogos cuba nak pinda keputusan mesyuarat 17 Ogos tu, tetapi bertelagah dan gagal melakukannya. 

Kemudian seperti kata tuan, "syaitan telah menguasai perasaan dan fikirannya..." lalu dia buat keputusan sendiri, hantar nama calon sendiri. Hinggakan Timbalan Presiden, Hj Mohd Sabu pun tidak tahu mengenainya.



Ketika ada wartawan bertanya kepada Wan Zawawi, Setiausaha MSU, dia (Wan Zawawi) mengesahkan bahawa Majlis Syura Ulama PAS bertanggungjawab memutuskan senarai calon bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Dengan angkuh dia jawab secara sinis  “Ya… ya betul. Majlis Syura yang putus nama. Majlis Syura ini badan tertinggi (dalam PAS),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Dan apakah benar ada orang berniat jahat nak memburukan MSU dengan menyebarkan surat arahan palsu sebagaimana kenyataan menantu suci ini:



Kalau arahan tersebut benar 'palsu' bagaimana pula tuan, dan lain-lain PJ negeri selain Selangor telah keluar arahan menyokong arahan MSU tersebut?

Tindakan tuan dan PJ negeri yang melarang ahli PAS di negeri masing-masing menyertai PasMa, memperlihatkan kecenderungan atau simpati kepada PasMa dengan menghadiri program pertubuhan itu, kalau ikut kenyataan menantu suci diatas tu, Tuan dan PJ semua itu adalah: "berniat jahat mengimejkan MSU extreme"  Tak gitu? Bukan aku kata... Menantu suci itu yang kata!

Wahai tuan, bukankah sudah jelas siapa yang menjadi punca yang menghancurkan keputusan jemaah? Syaitan bertopengkan ulama ramai dalam MSU tu kan? Elok sangat tukar maksud akronim MSU tu jadi  Majlis Syetan Ulama!
Comments
15 Comments

15 comments :

Mansor bin Junus said...

Saya nampak formulanya satu saja. Tukar presiden dan balaci2nya semua akan kembali normal.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Salam Mansor nin Yunus, ramai yg telah berkata demikian. PAS kena lakukannya jika mahu terus berada dipersada politik negara sebelum ini. Keadaan PAS semakin merosot.Orang yang masuk PAS pun dah ramai yg keluar senyap-senyap, apalah nak diharap untuk menambahkan ahli yg baru.Demi kelangsungan perjuangan PAS, saya bersetuju dgn pandangan saudara dan yg lain itu.

Anonymous said...

Tuan al hussin...

Kenapa tidak berhujjah depan2 pergi terjah ulama2 syetan yg tuan kata 2....

Emosi tuan ini macam tuan antara yg kecewa...jgn termakan hasutan syetan wahai tuan...

Kalau hanya berani dialam maya sebagai keyboard warrior tp takut nk berdepan x gentleman la tuan...bak kata org kampung tuan presideng yg tuan kata ulama syetan itu org mcm tuan ni "takde batu"...pong pang dlm blog saje tuan punya badan tu xtau tuan kutuk dia...patut tuan pergi rusila tu time hj hadi tengah bg kuliah tuan bangun dan kata "kamu ini ulama syetan!!!" haaaa mcm tu baru gentleman...brani tak?

Anonymous said...

al-Husseyn.. dari merosakkan parti dari dalam lebih baik join pasma atau dap.

saya rasa tindakan presiden tu btol. sampai bila 'orang gila kuasa' suka hati nak keluarkan arahan walaupun tak setuju.

Anonymous said...

Fitnah ni...ramai yg keluar?bg la bukti tuan hussin...kalau org lain pandai kata fitnah hahaha kalau dia takpe plak fitnah hahaha

kereta kuning said...

Memang btul tu..presiden pas wajib ditukar..sbb dia dh tak boleh mengawal diri...memgeluarkan pertuturan yg banyak mengaibkn org...sbb tu klu nk bercakap hati2 didepan khalayak plak tu..syaitan tetap membisikkan perkara yg tidak baik tidak terkecuali kpd para ulama sbb tu hati2 bila brucap....marah mcmana pun kita tak boleh sesuka hati melepaskn kemarahan kita dipentas..jagalh aib org..nescaya Allah jaga aib kita....ucapan pil kuda..WAWI tak tau jd pemimpin..barua ini lh yg menjatuhkn maruah presiden

Anonymous said...

Perlu dengar nasihat Ustaz Muhammad Husin mantan MP PAS supaya adakan tapisan untuk melantik ahli MSU. Kebanyakan ahli MSU puak ustaz yg ada bisness dan dari keluarga elit yg tidak pernah merasa kesusahan. Lantiklah dikalangan tok guru2 pondok seperti Tuan Guru Hj Salleh Sik yg mana boleh menasihati dengan cara yg baik. Malangnya puak dalam MSU memandang lekih pada golongan tok guru yg sebenar ini apabila Dewan Ulamak PAS Kedah minta tukar Ust Azizan golongan MSU dan Presiden yg dikuasai golongan ustaz muda menolak cadangan ini. Rujuk balik pada kenyataan Dewan Ulamak PAS Kedah pada Mac 2013.

bunbinban said...

apa yg aku paham kata2 Tuan Ibrahim Tuan Man ni sebnarnya di tuju kepada Tuang Presideng...hahaha...pukul mentua sindir menantu hahaha...

Anonymous said...

Terima kasih Al Husseyen yang masih lagi gigih memberi penerangan yang jelas,tapi masih ada juga manusia yang tidak mahu memperakui kelemahan diri.tolong katakan kepada bapak bapak.Wahai bapak fikirlah secara matang antara kiri dan kanan jangan fikir sebelah kanan sahaja otak akan jadi biru.Jangan berdodoi untuk anak sahaja.sebab sekarang anak anak bercempera kerana tak tahu nak ikut haluan mana kerana bapak bapak telah membina dua haluan yang berceranggah.

Anonymous said...

PAS tak merosot la..yang merosot PKR tengok la nanti

Anonymous said...

Meludah ke langit. Jatuh atas muka sendiri dan muka Tuang Presideng.

Qaseh Bonda said...

Presiden baik turun secara hormat agar dhormati sampai mati.

Kalau nak stay jadi alim ulamak ikut rasmi Tuan Guru Nik Aziz. Xpun jadi mcm tok guru Hj Salleh Musa.

Nak hidup glamour mcm orang lain, rentikan masuk zon alim ulamak.

Sama juga macam Harun Din. Fokus pada Syifa' yg ditubuhkan. Jangan dok lahirkan anak-anak murid yg taksub serupa uols tu mcm ckit saja lg nk jadi maksum.

PAS bg Mad Sabu handle. Yang dok perasan alim serupa nik abduh tu silalah keluar dari parti perjuangan politik. Cipta parti sendiri khusus utk pecah belahkan iman, Islam dan Ehsan,

Naik menyampah dah dgn org yg alim2 kucing ni semua. Bukan Islam pun kalau dicampakkan hidayah Islam lebih mulia dari tuan presiden.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Anon 7:04:00 am :Kenapa tidak berhujjah depan2 pergi terjah ulama2 syetan yg tuan kata 2....

Ini aku berhujah berdepan-depanlah ni.Mana ada sembunyi-sembunyi? Aku ulas tulisan TITM, tulisan lawan tulisanlah.Nak apa lagi? Nak suruh aku pergi London jumpa Hj Hadi?
==============================================
Anon 7:06:00 am : dari merosakkan parti dari dalam lebih baik join pasma atau dap.

Siapa yg rosakan parti? Umno pun tak buat kerja sehodoh pemuda PAS yg buat kurang ajaq kat Timbalan Presiden sendiri masa Muktamar 60 hari tu
==============================================
Anon 0:06:00 am : Fitnah ni...ramai yg keluar?bg la bukti tuan hussin...
Anda sedang tidur lagi...bangunlah dari tidur anda itu

Anonymous said...

Berhujahlah depan2 dia pergilah rumah dia kt rusila tu bukan jauh pun...ni bukan depan2 tuan hussin sebab tuan punya badan tak boleh nak jawab terus...tuan hussin kata majlis ulama syetan dalam blog ni senang la sapa pun boleh tulis...pergi la kata depan hj hadi tu majlis syetan ulama...

Bangkit dari tidur?itu je yg mampu tuan hussin jawab kat anon tu...senanglah kalau mcm tu je kita buat statement hahaha...fakta takde...patut tuan hussin buatlah bancian brape ribu dah ahli pas keluar pas baru betul dan tidak menimbulkan fitnah...kelakar lah tuan hussin jawab mcm tu...

Anonymous said...

tuan..hati-hati la bila berkata majlis ulama ape yang kamu gelarkan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...