JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, November 21, 2014

Apakah pemuda yang menyanggah arahan komandan itu 'Jebon' ? Jawablah Razman!

 AGENDA MENURUNKAN TGHH SEBAGAI PRESIDEN ANGKARA SIAPA? 


1. Saya menggesa agar mana mana individu yang terlibat dalam agenda ini supaya fahamkan erti sebenar perjuangan PAS yang meletakkan Allah dan Rasul sebagai kuasa pemutus yang tertinggi. Bukanlah muktamar, mesyuarat AJK PAS Pusat atau sesiapa pun termasuk Presiden PAS sendiri. Apabila Presiden membuat keputusan yang bercanggah dengan Allah dan Rasul, kita tolak. Sekiranya tidak, wajib bagi kita untuk mematuhinya. Sabda Nabi SAW "لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق" Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang menjadi maksiat kepada Allah.
 Ulasan aku mudah dan ringkas.Ulasan dari orang bodoh, tapi bukan membabi buta. Ada hujjah walaupun bodoh. Kalau cerdik tak berani nak berhujah, bila masa orang bodoh macam aku ni nak dicerdikan?

 Aku sekadar nak ulas bahagian atas tu saja, itu pun dah memadai untuk membuktikan betapa Razman Zakaria ni adalah seorang yang kaki bodek nombor satu! 

 Kalau korang belum baca ulasan Zulhasmi Shariff , sila klik di sini. Ulasan Zulhazmi itu belum ada sesiapa pun yang berani nak ulas. Kalau dengan loyar pun ponggah, bersaralah lagi baik! 

 Saya sekadar ingin bawakan suatu kisah dizaman Rasulullah SAW, supaya kita tidak ikut wala' membabi buta sebagai mana Razman Zakaria, yang mahukan kita semua ikut macam dia!  

Saya yakin kita semua dah tahu cerita ini pun, tapi mungkin Razman dah lupa sejak Hj Hadi lantik dia jadi PJ yang kini adalah PJ paling wala' dalam Malaya!
Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Ali, ia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengutus satu pasukan khusus dan mengangkat salah seorang Anshar menjadi komandan mereka. 
Tatkala mereka telah keluar, maka ia marah kepada mereka dalam suatu masalah, lalu ia berkata: 
“Bukankah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memerintahkan kalian untuk mentaatiku?” 
Mereka menjawab: “Betul”. 
Dia berkata lagi: “Kumpulkanlah untukku kayu bakar oleh kalian”.
Kemudian ia meminta api, lalu ia membakarnya, dan ia berkata: 
“Aku berkeinginan keras agar kalian masuk ke dalamnya”.
Maka seorang pemuda diantara mereka berkata: 
“Sebaiknya kalian lari menuju Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dari api ini. Maka jangan terburu-buru (mengambil keputusan) sampai kalian bertemu dengan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Jika beliau perintahkan kalian untuk masuk ke dalamnya, maka masuklah”. 
Maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam pun bersabda kepada mereka: ‘Seandainya kalian masuk ke dalam api itu niscaya kalian tidak akan keluar lagi selama-lamanya. Ketaatan itu hanya pada yang ma’ruf’. (Dikeluarkan dalam kitab ash-Shahihain dari hadits al-A’masy)
Kalau pasukan khas itu  wala' membabi buta macam Razman Zakaria, terjun ke dalam api.....apa macam? Terpanggang macam sateylah jadinya! Apakah pemuda yang menyanggah arahan komandan itu 'Jebon'?

Eh! Aku baru teringat , ada pasar malam kat tempat aku ni....teringat nak makan satey pulak....bye... lepas makan satey nanti aku akan ulas bersandarkan nas al-Quran pula....insya'Allah.
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

Dalam Pas kini orang sebeginilah yang menjadikan Pas semakin di pinggirkan.mereka sedar bahawa setiap peminpin yang buat silap tak perlu kita patuhi arahanya.tetapi disebab taksub membabibuta mereka pertahankan.UMPAMA sekiranya ada kesan kincit dibalkang jubah tok guru yang nampak kekuningan mereka akan kata itu bukan kincit tetapi itu adalah pewangi.Begitulah ibaratnya,susah orang begini kita nak nasihatkan.

Anonymous said...

Hujah terbaiiiiik.... tiada wala yang mutlak kepada pemimpin kecuali kepada wala Allah dan Rasulullah.

Anonymous said...

Klu dh mengaibkn org dikhalayak ramai itu kah yg patut kita contohi atau wala' ...kita terlajak kata kita minta maaf bukan lg angkuh dan sombong...

Anonymous said...

Camne le kome boleh kata terbaik..maknanya kome lebih bodoh dari org yg bodoh yg beri pandangan..ahaaa..tengok camne balasannya..sendiri dah mengaku bodoh..maaf bukan saya yg kata org itu sendiri mengaku bodoh..betul kata Ahmad Nisfu..BODOH!! ..dah tua pun BODOH!!! Gamaknya ni le orgnya bukan saya cakap..tuan punya diri yg cakap..maaf..terpulang pada tuan nak publish ke tak..sebab buatpun bodoh tak buat pun memang dah bodoh..sekali lagi maaf

Anonymous said...

Laaa..selama ni aku baca blog org bodoh ke,...maka pendapat yg dikeluarkan pun kemungkinan ikut tuan dia jugak le bodoh..maka org yg setuju dgn ñya kata org lebih boddoh..maaf saya bukan kaki bodek takut nanti dikatakan merosakkan jemaah..kalau tuan badan dah ngaku bodoh takan saya nak cakap cerdik pulak...ish ish ish

Anonymous said...

Tu yg payah tu..rupa2nya bodoh orgnya tuan nie..secara tak langsung tuan mahu beritahu pada org lain bahawa selama ini org yg setuju dgn tuan adalahsamada bodoh atau lebih bodoh dari tuan..begitu le sifatnya..akhirnya org yg selalu buat tindakan bodoh akan mengaku sendiri dirinya bodoh...taubat le tuan,..sama2 kita taubat

Anonymous said...

kene nyet sikit menggelupor habis... kalau tak ada angin masakan pokok boleh bergoyang... Kalau nak jatuhkan seseorang pemimpin untuk rebut kuasa, jangan kata Tuan Guru Hadi Awang yang disanggah oleh geng jebon, Saidina Ali r.a pun dikafirkan oleh khawarij... Puak-puak ni la yang sebenarnya mengkucar-kacirkan PAS...

Alhusseyn Alhusseyn said...

Ramai juga yang baca blog org bodoh! Itu yang buat aku seronok!

Anonymous said...

Menamai diri Bodoh bermaksud merendah diri .

Tok Kong tukang komen mengapa harus Hilang Kewarasan dgn mengulangi perkataan Bodoh sambil mencaci .

Apakah Hj.Hadi tak boleh ditegur atau dikomen atas.sifat Hj.Hadi adalah Makhluk - Hamba kpd Allah - Tuhan Seuruh Alam.

Apakah Hj.Hadi telah diKurniakan Allah sebagai manusia MA'SUUM setaraf dgn Aulyia2 { Nabi } Allah.

Untuk pencerahan - Buktikan dalam surah mana Allah meWajibkan taat dan patuh kepada Hadi.

Jgn jual ayat Al Quran dikaki2 lima semata-mata
berhujjah untuk mendapat keuntungan peribadi diDunia Yg Sementara ini.

Jagan kita berlagak Zuhud bila berkata sedangkan Hawa Nafsu.mengejar.Dunia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...