GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, November 22, 2014

Bila Orang Gila Nak Kuasa....

"Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka handaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al Quran) dan (Sunnah) RasulNya -jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. " (Surah an Nisaa': 59)

Asbabul Nuzul :

 Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa penurunan ayat di atas adalah berkenaan dengan Abdullah bin Hudzafah bin Qais yang pada ketika telah diutuskan oleh Nabi s.a.w. untuk memimpin suatu pasukan. (Diriwayatkan oleh al Bukhari dan perawi lainnya dari Ibnu Abbas dengan riwayat yang ringkas)

Menurut pendapat Imam ad Dawudi riwayat tersebut menyalah gunakan nama Ibnu Abbas kerana cerita mengenai Abdullah bin Hudzafah itu adalah sebagai berikut: 

"Ketika Abdullah marah kepada pasukannya, dia menyalakan unggun api dan memerintahkan pasukannya untuk terjun ke dalam api tersebut. Pada waktu itu, sebahagian diantara mereka menolak dan sebahagian lagi hampir melakukan apa yang diperintahkan." 

Sekiranya ayat ini turun sebelum kisah Abdullah bin Hudzafah mengapa ayat ini dikhususkan untuk mentaati Abdullah sahaja sedangkan pada lain tidak. Akan tetapi jika ayat ini turun selepas peristiwa tersebut, maka berdasarkan kepada hadis yang telah mereka ketahui, perkara yang wajib ditaati adalah di dalam perkara maaruf (Kebaikan) dan tidak boleh dikatakan kepada mereka mengapa tidak taat.

 Manakala menurut pendapat Ibnu Hajar peristiwa Abdullah bin Huzaifah ini boleh dijadikan alasan munasabah berhubung sebab penurunan ayat ini (Surah an Nisaa': 4: 59) kerana di dalam kisah ini dituliskan adanya batasan untuk taat kepada pemimpin dan menolaknya dengan tidak terjun ke dalam api. 

Sesungguhnya pada waktu itu mereka memerlukan petunjuk dengan apa yang harus mereka lakukan. Maka penurunan ayat ini (Surah an Nisaa': 4:59) memberi petunjuk kepada mereka, apabila mereka berbantah-bantahan hendakiah kembali kepada Allah dan RasulNya.

Bahawa semua kita sudah maklum bahawa ketaatan kepada Allah dan Rasulnya adalah ketaatan yang mutlak, tidak boleh dibantah melainkan sami'na wa ata'na.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengaitkan ayat 59 an-Nisaa itu kepada kenyataan Hj Razman, PJ Perak :

AGENDA MENURUNKAN TGHH SEBAGAI PRESIDEN ANGKARA SIAPA? 



2. Maka, persoalan yang saya ingin lontarkan ialah, kenapa terlalu menggilakan jawatan tersebut sehingga merancang untuk menjatuhkan Presiden yang sedia ada, sedangkan kamu juga perlu ikut al Quran dan Sunnah. Inilah bezanya antara wala dalam Islam dan wilayatul faqeh dalam ajaran sesat. Iaitu, pimpinan tertinggi dibenarkan membuat keputusan atau arahan selagimana tidak bercanggah dengan syarak. Konsep wilayatul faqih pula, pimpinan tertinggi wajar membuat keputusan atau arahan, walaupun bercanggah dengan syarak. Yang mana kalian cari? Mengapa perlu gilakan jawatan itu sedangkan kalian juga terikat dengan dasar syarak.


Hj Razman kata...


1) Adanya seseorang yg 'terlalu menggilakan jawatan tersebut sehingga merancang untuk menjatuhkan Presiden yang sedia ada , sedangkan kamu juga perlu ikut al Quran dan Sunnah'

2) Konsep wala dalam Islam dan konsep Wilayatul Faqeh dalam ajaran sesat.


Ulasan al-Husseyn

Bahawa dalam perkara dua ini, jelas Hj Razman melontarkan andaian dan mengarut semata-mata. Cerminlah diri dulu....Duk tuduh orang tergila-gilakan jawatan; ingat macam diakah? Perlukah aku bangkitkan semula pasal pelantikan PJ Perak? Cukuplah gambar bawah ni menceritakannya.


Apakah kalangan kamu sahaja yang wala' ikut al Quran dan Sunnah? Yang ikut perlembagaan PAS itu sesat?

Jelas segala tuduhan Hj Razman itu memaparkan kepada kita semua bahawa ada perselisihan pendapat. Maka apa yang perlu dibuat bila kita ada perbezaan pendapat? Gelar orang 'ajaran sesat'?

Allah SWT perintahkan  kita sebagaimana firmanNya melalui ayat 59 an-Nisaa:

fa in tanâza‘tum fî syay’[in] faruddûhu ilâ Allâh wa ar-Rasûl.

Kata tanâza’tum berarti kalian berselisih, baik yang terjadi di antara kalian atau antara kalian dengan umara kalian.

Jika hal itu terjadi, kita diperintahkan mengembalikan perkara yang diperselisihkan itu kepada Allah dan Rasul, yakni pada al-Kitab dan as-Sunnah. Demikian penafsiran para mufassirin.

Kemudian Allah Swt. berfirman:

in kuntum tu’minûna bi Allâh wa al-yawmi al-âkhir. 

Mengulas kalimat ini, as-Sa’di berkata, “Hal itu menunjukkan bahwa orang yang tidak mengembalikan masalah yang diperselisishkan kepada keduanya (al-Quran dan as-Sunnah) pada hakikatnya bukanlah seorang Mukmin, namun beriman kepada thâghût, sebagaimana disampaikan dalam ayat selanjutnya.”


 Hal senada juga dinyatakan oleh Ibnu Katsir. Ayat ini kemudian diakhiri dengan firman-Nya: 



Dzâlika khayru wa ahsanu ta’wîl[an]. 

Kata Dzâlika menunjuk pada tindakan mengembalikan perkara pada al-Kitab dan as-Sunnah.

 Qatadah menyatakan, maksud farasa ini adalah: ahsanu tsawâb[an] wa khayru âqibat[an] (sebaik-baik pahala dan seutama-utama akibat).


Harap Hj Razman ingat amaran  Ulama' as-Sa'di 

“Hal itu menunjukkan bahwa orang yang tidak mengembalikan masalah yang diperselisishkan kepada keduanya (al-Quran dan as-Sunnah) pada hakikatnya bukanlah seorang Mukmin, namun beriman kepada thâghût, sebagaimana disampaikan dalam ayat selanjutnya.”  
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

cuba hj hussin cari plak ayat quran untuk selesai masalah bila kita berselisih pendapat dengan ahli politik kafir yg pandai bermuka muka...macamna hj hussin kita nk buat bila jumpa problem mcm tu...?

Anonymous said...

Wah..dasyat ni ada nas dan hujah serta ayat alquran..ni taraf ustaz ni..kalau memang diamal dan ingat bagus le..atau sekadar mencari hujah utk mengaibkan org lain apatah lagi pemimpin negeri itu menunjukkan sikap yg tak elok..saya rasa ada sahabat dah pujuk tuan ..tapi masih melakukan perkara yg tidak elok maka tindakan oerlu diambil...agak2 tuan le kalau tuan buat pada lim guan eng camni apa agak2 jadi pada tuan..ahaaa..bertuah le PJ kita tak camtu..

Anonymous said...

Apabila berselisih maka perlu kembali merujuk al-Qur'an dan Sunnah... Untuk memahami al-Qur'an dan Sunnah perlu merujuk ahlinya... Tetapi ada satu golongan yang lebih cenderong untuk mengambil kefahaman lawyer sesat yang selari dengan hawa nafsu mereka daripada merujuk para ulama' yang bertentangan dengan kehendak nafsu mereka...

Alhusseyn Alhusseyn said...

Ramai juga yg baca blog bodoh ni?Kah!3 Macai oh macai!

Hussin Mohd Rejab said...

Assalamualaikum selamat pagi
Dalam keadaan yang tak tentu arah ini demi sayangkan Pas, sayangkan Pakatan Rakyat agar tak terburai. usahlah diracuni lagi perhubungan yang hampir terbelah ni.
Ambillah jalan tengah atau wasatiyyah kata Najib PM 47% agar dapat mengukuhkan lagi ikatan kita lebih baik dari tahun2 sebelum ini.
Tulisan ini dituju kepada bloger-bloger, fbker2 dan semua pembaca-pembaca.
wassalam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...