GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, November 15, 2014

Dia kurang sihat adalah lebih baik untuk dia BERUNDUR .....

Kita perlu belajar melalui lipatan sejarah.Tanpa ini semua, kita tidak akan mengetahuinya membaiki segala kesilapan yang pernah kita lalui...

Antara punca kejatuhan PAS di Kedah perlu sama-sama kita pelajari agar wabak kejatuhan PAS dapat dibendung dan dipulihkan.

Adalah baik jika benar adanya pemimpin yang dah letih dan selalu keuzuran supaya berundur segera dan beri laluan kepada pemimpin pelapis yang ada.Kita akan hormati keputusan untuk mengundur dari dari semedang ponteng ....

Cer perhatikan komen  dari 2 pembaca artikel di bawah berikut. Seorang memberikan pandangannya dengan alasan yg rasional. Seorang lagi tipikal penyokong PAS yang bongkak, dia ingat yang beri undi kepada PAS 'hanya orang yang berada dalam harakah Islam sahaja' ....??


Jayagopal Adaikkalam : PAS tidak akan dapat kejayaan sepertimana pada tahun 2008. Selepas kemenengan pada Tahun 2008 dalam Ucapan pertama di Markas PAS batu 9, Azizan Razak telah memberitahu bahawa dia akan lepaskan Jawatan selepas 3 tahun kepada pelapisan... Saya adalah antara orang yang telah duduk di atas pentas bersama-sama berapa tokoh yang lain... Azizan telah gagal... patutnya dia kena beri Jawatan MB kepada Phakrulrazi... Azizan juga kina terpaksa mendapat rawatan buah pingang, dengan matanya kurang nampak dalam keadaan seperti itu di mana dia kurang sihat adalah lebih baik untuk dia BERUNDUR... Dia tak akan maka Kerajaan PAS akan jatu tersendiri...

Arifin Othman : Pas bukan hanya partai politik tetapi Pas gerakan Islam. Hanya orang yang berada dalam harakah Islam sahaja yang tahu.

`Krisis’ Kedah yang dipandang enteng

PETALING JAYA: Masalah PAS Kedah ialah pertembungan antara kumpulan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan exco kanan berpengaruh Datuk Phahrolrazi Zawawi. Kedua-dua mereka merupakan orang nombor satu dan dua PAS di negeri itu.

 Mengejutkan kerana pergeseran yang terjadi itu menyusul beberapa bulan selepas pelan damai PAS Pusat terhadap PAS Kedah ekoran Phahrolrazi dan rakannya Dr Ismail Salleh menolak perlantikan semula sebagai exco kerajaan negeri.

 Kedua-dua mereka membantah pimpinan Azizan sebagai Menteri Besar Kedah.Bagaimanapun, serangan itu tidak memberi kesan kerana PAS Pusat mempertahankan Azizan sebagai Menteri Besar Kedah. Malangnya serangan terbaru Phahrolrazi ke atas bosnya itu berlaku ketika pilihan raya umum ke 13 berada di depan mata.

 Tetapi mengingatkan Phahrolrazi telah melancarkan serangan serupa, ia tidak pelik walaupun beliau tahu ia tidak akan berjaya kerana PAS Pusat akan menyebelahi Azizan.

Seorang pemimpin PAS Kedah memberitahu selagi Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Presiden PAS dan Datuk Mustafa Ali sebagai Setiausaha, Azizan akan selamat kerana mereka mempunyai hungungan sangat rapat sejak sekian lama.

 Masalah dalaman.

 Bolehlah kita mengatakan bahawa PAS berdepan dengan masalah dalaman sejak menjadi kerajaan negeri selepas kemenangan dalam pilihan raya umum 2008.9 Isu terpendam ibarat api dalam sekam ini, jika tidak diurus dengan baik, apatah lagi mengambil sikap “tidak apa” tidak mustahil akan menyebabkan akar umbi patah semangat dan daya juang.

 Kehilangan semangat dan daya juang ini akan membuka ruang yang luas bagi lawan menyelinap dan merampas semula Kedah.

Barangkali hujah bahawa rakyat atau penyokong Pas dan PR inginkan perubahan, tidak boleh diterima sepenuhnya. Apa perlu rakyat bersusah payah, sedangkan pemimpin tidak menjaga amanahnya.

 Penentangan terbuka oleh ahli-ahli PAS terhadap Azizan mula tercetus dan mula merebak dan rasa tidak puas hati semakin membiak.

Soalan-soalan yang sering diperkatakan oleh rakyat terutama penyokong dan ahli PAS berlegar kepada isu-isu berikut:

 Banyak persoalan

Bagaimana Azizan mengurus tadbir kerajaan negeri Kedah dan menyelaras dasar-dasar negeri seiring dengan semangat Pakatan Rakyat.. Sejauh mana exco-exco dapat berperanan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah – pandangan dan kehendak setiap exco diterima dan dapat dilaksanakan dengan sokongan MB.

Sejauh mana tender-tender kerajaan dan projek-projek kerajaan diurus dan pihak mana yang memperolehnya.


  • Sejauh mana akar umbi dapat manafaat daripada kerajaan. Ke mana perginya lebihan wang berjuta-juta yang didakwa MB disalurkan? Adakah peruntukan untuk pembangunan Islam ditambah seperti dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang? Adakah sekolah-sekolah agama di bawah kerajaan negeri dibantu secukupnya? Perumahan rakyat miskin yang diurus oleh kerajaan negeri di luar daripada peruntukan Persekutuan, adakah dilaksanakan dengan baik dan sampai ke golongan sasar?

  • Pelantikan pegawai tinggi seperti Kedah Civil Services dan Ketua Pegawai Eksekutif dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan di bawah kerajaan negeri adakah diberi kepada individu yang layak dan serasi dengan aspirasi Pakatan Rakyat, atau sebaliknya?

  • Sejauh mana persepsi umum, rakyat dan penyokong dan ahli parti terhadap hala tuju urus tadbir kerajaan negeri Kedah?

  • Akhirnya, siapakah yang berperanan menentukan hala tuju urus tadbir kerajaan negeri?


  •  Tuduh menuduh.

     Pelbagai pihak telah mempertikaikan Azizan. Dalam usia yang semakin lanjut, beliau sudah beberapa kali dimasukkan di hospital. Sebahagian penentangan dan rasa tidak puas hati berpunca daripada masalah kesihatan Azizan.

     Tuduh menuduh antara dua puak dalam PAS Kedah ini hanya memburukkan lagi keadaan. Apabila gajah sama gajah bertembung, rusa mati di tengah-tengah.

    Tidak ada tanda-tanda Azizan akan mengundurkan diri dalam PRU 13. Malah beliau mengumumka akan mempertahankan kerusi Sungai Tiang.

     Masa depan Phalrozi menjadi tanda tanya. Begitu juga dengan beberapa kerat orang kuatnya termasuk Dr Ismail Salleh, exco kerajaan negeri.

     Jika krisis ini tidak diselesaikan segera, harapan rakyat Kedah kepada PAS akan berkecai. Mereka mungkin akan mengalihkan sokongan kepada BN.~ Muda Mohd. Noor |March 14, 2013
    Comments
    6 Comments

    6 comments :

    Anonymous said...

    Ulama dari Rusila perlu menjadi pemimpin sampai mati. Kalau setakat PASma nak syorkan supaya Hadi Awe berundur ibarat anjing menyalak bukit. Kemungkinan Hadi Awe akan berundur apabila datang wahyu dari Izrael A.S supaya beliau berundur dari dunia ini.

    Anonymous said...

    bukti gambar MH17 ditembak jatuh oleh pesawat

    http://en.itar-tass.com/world/759835

    bat8 said...

    Tuan

    Samada.PAS.sebagai sebuah jamaah Islam atau gerakan Islam atau parti politik, pemimpin dan kepimpinan adalah satu amanah ugama yang besar.

    Pemimpin dan kepimpinan PAS bukan seperti pemimpin atau kepimpinan pertubuhan atau parti politik sekular.

    Ini harus difahami ol3h semua terutama ahli-ahli PAS yang melihat PAS sebagai jamaah atau gerakan Islam atau parti politik Islam.

    Pertama, jika sudah tidak mampu untuk memikul amanah jawatan secara aktif diatas apa juga sebab samada sering uzur, masaalah peribadi atau merasakan sudah tidak mampu meneruskan kerana tuntutan semasa diluar kemampuan diri - eloklah melepas jawatan yang disandang. Jika diteruskan juga maka akan berlaku kezaliman kepada amanah jawatan yang disandang.

    Pemimpin datang dan pergi apabila tiba masanya. P3mimpin tidak boleh merasakan diri begitu penting dan besar, sedangkan hakikatnya dia sudah sampai kepada kemampuan maksima yang ada, sedangkan tuntutan zaman meme4lukan kepimpinan yang l3bih tinggi dari yang dia ada.

    Kita qmbil jawatan Presiden PAS yang disandang oleh TGHH sekarang kerana artikel ini sebenarnya cuba membicarakan t3ntang TGHH.

    Sebenarnya kemampuan TGHH untuk terus memimpin PAS sudah sampai kepenghujungnya. Maksud saya, kepimpinannya yang cemerlang cemerlang dimasa lalu sudah sampai had kemampuan beliau yang ada berbanding dengan tuntutan jawatan dimasa kini. Ini bukan kel3mahan tetapi realiti yang dihadapi oleh PAS sebagai jamaah, sebagai gerakan Islam dan sebagai parti politik.

    Jangan kita sekali-kali menafikan sumbangan TGHH kepada perjuangan Islam selama ini apabila melihat realiti yang ada hari ini!

    Tuntutan semasa jawatan Presiden PAS masa kini dan dimasa hadapan bukan sekadar mempunyai ilmu ugama yang tinggi dan yang diakui tinggi s3luruh dunia. Ia memerlukan individu yang mempunyai kepimpinan yang tinggi, bijak mengatur politik berasaskan Islam dengan bijak, boleh memahami dan membaca perjalanan dunia hari ini yang tiada sempadan, mempunyai visi dan matlamat perjuangan yang jelas.


    Anonymous said...

    Husein bawa2 tobatlah lah, jgn kerana penyakit hati kau yg penuh dendam, irihati dsbnya dibawa sampai ke mati. Ingat husein, iblis satu ketika dulu pun hamba yg kuat beribadat dan taat kpd tuhan beribu2 tahun tp diakhirnya hatinya berubah.Kita pun tak mustahil jd mcm tu kalau tak berhati2 sbb hati ni sentiasa berbolak balik. Jgn lupa singgah web ameno world tlg baca article hari ni (

    Anonymous said...

    phahrolrazi dah lama menongkah arus...org yg kecewa tak boleh pergi jauh...sejarah jadi bukti...kita tengok sejauh mana phahrolrazi boleh pergi dan setinggi mana cita2 beliau dalam politik...nk jadi mb rupanya bila tak dapat mula mengamuk tak habis2 sampai la ni...tunggu kedah jatuh kt pr balik mybe pharolrazi ble jadi mb kot

    Anonymous said...

    ameno world blogger pakatan terbaik tibai kiri kanan...blogger contoh yg tidak berpihak kepada sape2 hahaha

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...