JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, November 16, 2014

Dialah penyelamat Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - Syabas Saari Sungib!

Saya menerima surat yang menyatakan pada 12 Oktober 2014, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mendapati saya bersalah dan membuat keputusan menggantung keahlian saya sebagai ahli PAS selama setahun berkuatkuasa dari tarikh keputusan.

 Berulang kali saya cuba mencari dan memahami apakah kesalahan saya yang dimaksudkan sebagai bersalah.

 Bagi tujuan pembelaan diri seperti yang saya jelaskan dalam siasatan awal pada 29 September, 2014 kepada Pejabat Setiausaha Agung, bolehlah saya letakkan bersalahnya saya ada kaitan dengan tindakan menandatangani akuan bersumpah (SD) pada 14 Ogos 2014.

 Perkara ini saya jelaskan sebagai berikut:

 1. Kemelut pertukaran menteri besar Selangor meresahkan kami di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) kerana ada ura-ura akan berlakunya perpecahan sokongan di kalangan Adun daripada PKR dan DAP yang setia kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) dan mereka yang akan patuh dengan keputusan parti menolak TSKI.

 2. Setakat itu tiada apa-apa isu timbul atau dibangkitkan berkenaan Adun PAS. Pada masa itu saya merasakan pendirian Adun dan parti PAS adalah jelas, iaitu menolak TSKI.

3. Namun keadaan ini berubah secara yang amat menggusarkan saya setelah TSKI dipecat daripada PKR. Perubahan yang jelas itu adalah DAP menjadi padu dengan semua 15 Adun dan 13 daripada PKR (tidak termasuk TSKI kerana dipecat daripada PKR) menolak TSKI. Namun tiada sebarang arahan mahupun pendirian daripada PAS, sama ada pimpinan Selangor mahupun pimpinan Pusat.

 4. Saya bertanya pimpinan PAS Negeri Selangor dan juga beberapa pimpinan PAS Pusat tentang perkara ini. Namun tidak mendapat jawapan daripada kedua-dua pimpinan negeri mahupun Pusat.

5. Keadaan menjadi bertambah gawat apabila TSKI mengumumkan pada 11 Ogos, 2014 beliau mendapat sokongan majoriti Adun di Dewan Negeri Selangor.

 6. Reaksi saya pada masa itu adalah TSKI berbohong. Mana mungkin setelah semua Adun DAP dan PKR iaitu 15 campur 13 itu sudah jadi 28. Angka itu pun belum lagi dicampur dengan seluruh atau mana-mana daripada 15 Adun PAS.

7. Apabila masa berlalu dan tiada sebarang arahan daripada PAS Negeri Selangor mahupun PAS Pusat, maka mulalah saya dengar kata-kata yang berupa jangkaan atau tekaan pimpinan PAS Pusat sedang memikirkan satu formula baru pembentukan kerajaan baru di Selangor.

8. Semakin lambat PAS Pusat membuat ketetapan dan arahan tentang kedudukan 15 Adunnya, semakin deras sangkaan dan tekaan yang saya dengar daripada beberapa Adun PKR dan DAP dan juga daripada penyokong PAS dakwaan TSKI memiliki sokongan majoriti ada asasnya.

9. Ini berlaku dengan gabungan TSKI sebagai Adun bebas bersama-sama 15 Adun daripada PAS dan 12 Adun Umno untuk menjadikan 28.

10. Dengan gabungan ini, iaitu 28 DAP-PKR dan 28 terdiri daripada Adun bebas (TSKI), 15 PAS dan 12 Umno akan membolehkan TSKI mengadap Tuanku Sultan Selangor memohon agar dibubarkan Dewan Negeri Selangor.

11. Mengimbau kehilangan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak pada 2009 kerana dua Adun PKR dan seorang Adun DAP menjadi Adun bebas dan menyokong BN, menjadikan saya amat berazam untuk tidak berulang di Selangor. Saya fikir sekiranya saya menyokong untuk bersama 15 Adun daripada DAP dan 13 Adun daripada PKR maka bilangan kami adalah 29. Ini akan menjadikan gabungan TSKI hanya 27.

12. Pada ketika itu saya berazam apa saja yang saya lakukan untuk menggagalkan usaha untuk menyelamatkan kerajaan PR Selangor adalah bertepatan dengan amanah dan mandat rakyat Selangor yang memberikan 44 kerusi Dewan Negeri pada PRU 13 (bilangan tersebut menjadi 43 setelah TSKI menjadi Adun bebas)

 13. Di atas keazaman untuk menyelamatkan PR Selangor, memenuhi amanah dan mandat rakyat Selangor dengan amanah 43 kerusi yang begitu kukuh dan berpandukan kepada keputusan Muktamar sejak 2008 untuk PAS bersama dan terus mengukuhkan PR, maka saya pada 14 Ogos, 2014 menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menolak TSKI dan menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

14. Saya begitu yakin apa yang saya lakukan tidak melanggar mana-mana ketetapan atau arahan PAS sama ada di peringkat negeri mahupun Pusat. Bahkan tindakan yang saya lakukan itu dianggap oleh rakan daripada PKR dan DAP, yang memang sekian lama menjadi rakan dalam PR, sebagai tindakan yang menyelamatkan kerajaan PR Selangor. Bahkan ada di kalangan mereka menegaskan tindakan saya menyelamatkan usaha pembinaan sejak 1999 melalui Barisan Alternatif satu kerangka demokrasi yang tegak di atas sistem demokrasi dwi-parti yang bakal memberi kebaikan kepada rakyat di negara ini.

Di atas penjelasan di atas, sukar saya memahami mengapa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mendapati saya bersalah sedangkan rakan-rakan PR, iaitu PKR dan DAP menganggap tindakan saya adalah tindakan yang menyelamatkan kerajaan PR Selangor.9 Apatah lagi, Alhamdulillah di bawah nama PR, pada hari ini, parti kita PAS terus memainkan peranan memacu kesejahteraan dan kemajuan Selangor bersama-sama PKR dan DAP di atas nama kerajaan PR Selangor.

 Dengan penjelasan di atas, saya meminta jasa baik dan kebijaksanaan Majlis Syura Ulama PAS untuk menarik balik keputusan penggantungan keahlian selama setahun ke atas diri saya yang dibuat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

 Demikian juga di atas nama kebenaran dan keadilan, saya merayu Majlis Syura Ulama PAS mengisytiharkan saya sebagai tidak bersalah.

 Sekian. Diterang dan dihuraikan atas nama kebenaran dan keadilan. Kepada Allah kita berserah. – 11 November, 2014.9 * Saari Sungib ialah Adun Hulu Klang.SUMBER
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Presiden PAS keliru dengan ape yg berlaku n tiada kepastian jalan penyelesaian yang nak dilakukannya...saudara YB dihukum sebab nak menutup kesilapan TGHH, dan pada masa yg sama PAS menerima JAWATAN EXCO...kecelaruan dalam PAS makin menjadi2 sbab banyak tengok kesalahan n kesilapan orang lain.

Anonymous said...

selagi yg di atas tu tidak ditukar atau mana2 pimpinan baru tetap berideologi ug, selagi itulah PAS yg seperti ulat bulu bakal menggondolkan pokok teduhan pakatan

4G said...

Memang jelas pk abu dn adun morib ta bersalah malah patut dberi pengharrgaan oleh azmin mb kerana tindakam pk abu mematikan atau chckmate langkah tski...tpi dek kerana ust hadi n the geng ana rasa ada niat ta jelas terhadap isu mb selangor mka dia marah laa dgn tindakan pk abu nie mngagalkan plan dia yg hnya Allah yg tahu....tahniah pk abu orng yg hati tidak bersih jea akn mengecam anta...

Anonymous said...

yang jelas bersalah ialah TSKI, kerana enggan berundur setelah partinya sendiri mengarahkan untuknya berundur.
begitu juga presiden PAS, TGHA juga bersalah kerana tidak peka dengan kerjasama dalam pakatan rakyat.

semoga semua pihak lebih berhati-hati dalam bermain politik sebelum politik pula mempermain-mainkan kamu...

Anonymous said...

Jangan kecewa dengan hukuman yang di jatuhkan oleh sekumpulan manusia yang memikirkan bhawa tuan bersalah dalam hal mempertahankan kebenaran di mata rakyat ramai.Mereka merasakan mereka ulamak yang arif dalam ilmu tetapi jahil dalam mepraktik ilmu.Dikatakan tuan salah kerana ingkar parti tapi mereka sengaja pekakkan telinga dan buatkan mata dengan orang yang menyokong individu yang jelas ingkar parti.Apakah ini adil dalam Islam?Masa dan sejarah akan menetukan bahawa tuan berdua adalah pejuang sebenar.sepatutnya tuan berdua diangkat di lantik Exco tetapi orang yang menyerang tuan dilantik exco sepatut mereka tidak terima lantukan tersebut dan sepatutnya MSU mengharamkan mereka menerima apa juga lantaikan dalam kerajaan selangor.DAN itulah ujian Allah kepeda mereka semua.Tuan berdua teruskan perjuangan iklas kerana Allah bukan kerana manusia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...