GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, November 02, 2014

Fahmi hadapi 9 tuduhan

PM Najib kata dia tak suka pelampau...
"Penyelesaiannya adalah dengan cara pemimpin politik menunjukkan jalan dengan menolak ekstremisme. Barisan Nasional menolak sebarang bentuk ekstremisme, dan ini termasuk Umno!" kata Najib.

"Kita perlu mendidik rakyat Malaysia untuk bukan sahaja berilmu, tetapi untuk menjadi rasional dan berfikir matang secara menyeluruh," kata Najib. 


"Malaysia mahu menjadi sebuah negara demokrasi yang matang sepenuhnya, dan untuk mencapai itu, kita mesti berfikir untuk kepentingan ramai." - Sila baca di sini
Tapi ini bukan melampaukah?:

Universiti Malaya (UM) mengambil tindakan tatatertib terhadap presiden persatuan mahasiswanya Fahmi Zainol berhubung perhimpunan bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim awal minggu ini.

 Menurut surat jawatankuasa displin pelajar yang diterimanya awal malam ini, presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) itu akan berdepan dengan sembilan pertuduhan.

Pertuduhan-pertuduhan itu:
1. Menganjurkan satu perhimpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor.
2. Memanggil satu himpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor.

3. Menghadiri satu perhimpunan yang tidak dibenarkan universiti.

4. Menjalankan urusan yang "merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan atau nama baiik universiti" di kampus.

5. Menjalankan urusan yang "merosakkan atau memudaratkan ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tatatertib" di kampus.

6. Melakukan perbuatan yang menyebabkan apa-apa halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian atau kerosakan kepada mana-mana orang dalam universiti.

7. Memiliki alat pembesar suara atau alat-alat serupa tanpa kebenaran naib canselor.

8. Gagal mengikut arahan kakitangan atau pegawai universiti semasa perhimpunan.

9. Gagal mematuhi surat tunjuk sebab pada 23 Oktober. 

 Perbicaraan kes disiplin itu dijadualkan pada 7 November.

 Perhimpunan 27 Oktober lalu disertai kira-kira 2,000 pelajar dan aktivis selepas merempuh pintu pagar universiti berkenaan.

 Universiti itu menutup pintu masuk utama dari arah Kuala Lumpur bagi menghalang acara tersebut yang tidak mendapat kelulusan pihak pentadbiran.

 Fahmi memberitahu Malaysiakini malam ini bahawa lapan lagi pelajar menerima tindakan tatatertib berhubung program tersebut tetapi hanya beliau seorang yang dikenakan sehingga sembilan pertuduhan. 

 Denny O'Lear:
 Siapa yang mahasiswa jemput untuk masuk kampus bagi ceramah tu bukan isu yang paling penting. Isu yang lebih penting ialah mahasiswa sepatutnya ada hak dan kebebasan untuk jemput sesiapa saja untuk masuk kampus bagi ceramah atau perkongsian ilmu tanpa sekatan dari pihak penguasa universiti, dan tak patut rasa takut akan diambil tindakan oleh pihak penguasa universiti.

 Mahasiswa yang tak bersetuju dengan pilihan penceramah tu bebas untuk tak menghadiri program tu, tapi pada masa yang sama patut bebas untuk hadirkan diri untuk menyoal atau mencabar mana-mana idea atau perspektif yang disampaikan oleh penceramah tersebut dalam suasana akademik. Bukankah ini salah satu fungsi gendung ilmu dinamakan universiti?

Mior Rosli :
Patutlah pemimpin umno semua bodoh binghai ..belajar politik bila dah graduate...Di university kita bukan belajar akademic sahaja...kita harus belajar non akademik seiring..baru jafi rayat dan pemimpin yang serba boleh dan berkalibar...dalam umno menteri yang dapat cgpa 3.8 pun bodoh ninghai ~ SUMBER
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

ini kes PENAKUT namanya!

dgn anwar pun takut(sangat2)!

dgn anjing pun takut!

dgn mahasiswa pun takut!

dgn rosmah pun takut!

ambil rasuah, salah guna kuasa, ambil duit secara haram TAK takut pula!

dgn ALLAH tak takut!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...