GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, November 20, 2014

Hadi Awang patut berundur cara terhormat

Saya terkejut membaca luapan kemarahan Wakil Pemuda dalam suratnya. Mengusik nama Datuk Asri Muda (Allahyarham) sebagai perbandingan, bukanlah satu kaedah bijak untuk menggesa Haji Hadi Awang melepaskan jawatan sebagai presiden parti PAS. Ianya satu pendekatan yang teramat kasar. 

Keputusan mengekalkan Hadi tanpa sedikit pun cabaran (kecuali satu daripada PAS cawangan Tanah Merah sewaktu pencalonan), membuktikan cengkaman beliau yang masih kuat dalam PAS.

 Hakikatnya 'seperti sudah terang lagi bersuluh' dan dimaklumi oleh semua pemerhati politik. Hadi sudah tidak diperlukan dalam barisan kepimpinan PAS, tetapi disebabkan beberapa kumpulan dalam parti itu yang tidak sampai hati dianggap 'tidak mengenang budi', maka Hadi dikekalkan. 

 Sedangkan, tanyalah kepada semua saf kepimpinan, terutamanya Pemuda, ternyata suasana Hadi sekarang samalah seumpama situasi Tun Dr Mahathir Mohamad pada akhir era pemerintahannya. Tun Mahathir telah melakukan tindakan terhormat dan bertindak sebagai seorang negarawan. 

 Tetapi Hadi masih menunggu isyarat-isyarat yang semakin banyak terkumpul. Ini adalah sebahagian isyarat-isyaratnya. Hadi ternyata sudah menjadi satu liabiliti dan beban teramat berat kepada PAS dan bukan lagi aset.

 PAS di bawah Hadi akan dikaitkan dengan imej kafir mengkafir, sembahyang dua imam, penghinaan kepada pemimpin parti lain dan juga peristiwa Memali yang cuba dilupakan oleh semua orang Islam di Malaysia. 

 Hadi tidak perlu menunggu ahli-ahli PAS menyebut 'Marakbar Hadi' sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Pemuda zaman Hadi kepada Datuk Asri. Marakbar Asri mengikut buku 'memoir' Asri digunakan oleh penyokong Khomeini di Iran untuk menghalau pengaruh Amerika melalui pimpinan Shah Iran. 

 Dengan slogan 'Marakbar Amerika', Khomeini berjaya. Dengan jeritan 'Marakbar Asri' kumpulan Hadi dulunya telah berjaya. Dan kini sudah sampai masanya Pemuda PAS baru ini menjerit 'Marakbah Hadi'.~ 30 Jun 2005 Umar Zain
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Kita semua sokong agar Hj Hadi terus kekal menjadi Presiden seumur hidup,biarkan dia jadi presiden dalam keadaan dia sihat atau uzur,Sebab tidak ada seorang pun dalam Pas yang layak menggntikan beliau,Ini menunjukan peminpin pas lain semuanya dungu,lembab,lemah,tidak ada karisma sebagai peminpin agung,Hanya Hj hadi seorang sahaja yang ada kelebihan dalam semua segi.Kita sokong ramai-ramai.

Anonymous said...

SETUJu bangat

Anonymous said...

tak abis@ pasal TGHAA la...byk isu kerajaan umno patut diketengahkan. mcm dah jadi macai UMNO nak laga2kan dlm PAS

Anonymous said...

Amat wajar Haji Hadi berundur secara terhormat sbb kepimpinan beliau sdh tidak sesuai lagi dengan tuntutan politik semasa. Kita mahu Haji Hadi berundur sebagai seorang pejuang yang berjasa dan sentiasa dikenang. Kita tidak nafikan tentang sumbangan beliau, namun politik masa kini memerlukan PAS dipimpin oleh tokoh yang mampu meletakkan parti sebagai milik semua golongan.

bat8 said...

Banyak isu yang h3ndak diketengahkan? Nasihat ini patut diberi kepada Nik Abduh dan Tantawi v3llfire. T3ngok apa Rafizi, Tony Pua, Nurul Izzah dll p3mimpin muda PKR dan DAP sedang perjuangkan s3karang.

Tengok isu apa Nik Abduh dan Tantawi dok kompang? Isu yang membabitkan rakyat yang terhimpit yang disuarakan di parlim3n oleh Nik Abduh ialah t3ntang mutu p3ngadilan dalam liga M. Sudah la isu itu dalam bidang kuasa FAM bukan kerajaan. FAM bukan kem3nterian dalam sistem bekerajaan mangkok woiii.....

Anonymous said...

Toni pua sedang menyokong isu bina kidex hahahahq...penipu punya MP!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...