GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, November 04, 2014

Hujah balas pendakwa yang tidak kukuh....


Berikut hanya komen dari pembaca sepintas lalu. Korang boleh baca berita asalnya di sini. Hari ini adalah keputusan perbicaraa, Sementara itu, layanlah hak ni dulu....

Shafee berkata ....

10.40am: Shafee berkata Lelaki Y adalah Anwar.

10.55am: Shafee berkata DNA Anwar dan Saiful ditemui pada seluar dalam kelabu Saiful. Katanya, dalam swab peri-anal dari Saiful, DNA Anwar dan Saiful terdapat dari "atas ke bawah". Beliau menambah bahawa DNA Anwar juga ditemui pada ekstrak bukan sperma pada rektum tinggi. Katanya, ia terdapat pada setiap locus. Shafee menjelaskan bahawa orang ketiga boleh jadi hasil daripada Saiful duduk di atas tempat duduk tandas. 

Komen pembaca ....

Ika Arbaen : Tadi Shafee Abdullah mengatakan bukti DNA BERADA diseluruh rektu atas dan bawah sipol. Ini terjadi mungkin sipol duduk diatas mangkok tandas. Ini menghirankan kata sipol tidak mandi, buang air besar dan tidak mencuci duburnya selama dua hari... jadi buat apa dia duduk atas mangkok tandas tu.... fikirkanlah shafee jgn auta sangat

Shafee berkata ....

12.25pm: Shafee berkata, ketika disoal balas oleh (Peguamcara II ketika itu) Yusof, Dr Osman berkata laporan bertaip itu disediakan pada 30 Jun, dua hari selepas memeriksa Saiful. 

 Shafee seterusnya membaca soal balas terhadap Osman, berhubung akuan berkanun yang dibuatnya. 

 "Pihak pembelaan mahu kita (pihak pendakwa) memanggilnya. Ini jelas merupakan saksi yang berbohong," katanya. 

 Hakim Arifin bertanya sama ada Osman telah dicabar (impeached), dan Shafee berkata tidak ada.*

 Ram Karpal mencelah dan berkata terdapat tiga kenyataan yang diambil dari Dr Osman. Shafee berkata kenyataan Dr Osman tidak ditambah, dan berkata ia jelas menunjukkan doktor itu menambahnya (tentang objek plastik) selepas pertemuan itu dan menambahnya untuk kepentingan seseorang.

Komen pembaca....


Undilah Pakatan Rakyat : Menurut keterangan Saiful di Mahkamah dia telah berjumpa Najib pada 24hb dan mengadu pada Najib dia diliwat, Najib mengatakan dia memegang tangan Saiful yg sejuk...

Saiful kemudiannya mengatakan bahawa dia berjumpa Najib untuk minta biasiswa...amboi senangnya Saiful dpt jumpa Najib??? Jgn2 Najib yg meliwat Saiful...


Manakala pertuduhan liwat bertarikh 26hb, jadi kenapa dia jumpa Najib, lepas tu jumpa Ketua Polis Negara, jumpa Ezam, Jumpa Mumtaz...ini membuktikan perancangan jahat Umno nak mengaibkan dan menghancurkan karier politik DSAI dgn mengupah Saiful sebagai mangsa liwat! 


Yg pelik lagi, Doktor Pusrawi mengesahkan tiada kesan tusukan di jubur Saiful, hanya kesan tusukan menggunakan plastik...Doktor HKL juga mengesahkan tiada kesan tusukan di jubur Saiful. Kalau inipun x nampak, tak tahu apa nak kato!!! memang buta penyokong2 jubur Saiful!!!



Shafee berkata ....

1.00pm: Shafee kini berhujah mengenai Anwar tidak memanggil saksi alibi. "Tidak seorang pun saksi tersebut dipanggil untuk membuktikan alibi itu," katanya. Hakim Arifin berkata pendengaran akan disambung esok untuk Shafee menyambung hujahnya. Shafee berkata beliau akan berhujah selama satu setengah jam lagi dan ianya selesai.


Komen Surah An-Nur: 12-13 ....

Sepatutnya Shafee atau Saifol yang kena bawa saksi sebagaimana yang Allah ingatkan kepada kita, manusia yang beriman :

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: Ini ialah tuduhan dusta yang nyata (12). 


Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta. (13).


* Malaysian Insider menjelaskan : 

Shafee berhujah yang Dr Osman mungkin dipujuk memasukkan maklumat berkenaan objek plastik itu dalam laporannya. 

 "Saksi ini perlu dicabar. Dia menambah (dalam laporannya) objek plastik dimasukkan beberapa hari kemudian bagi menguntungkan individu tertentu," katanya. 

 Pihak pembela meminta pihak pendakwa memanggil Dr Osman sebagai saksi, tetapi Shafee berkata timbalan pendakwa raya akan "hilang kerjanya" sekiranya beliau berbuat demikian kerana doktor itu berbohong. 

 Ketua Hakim Arifin bertanya adakah Dr Osman dicabar, dan Shafee menjawab tidak, kerana testimoni doktor itu sudah pun ditolak semasa pemeriksaan balas. / end.


Sodap kaulah Shafee...tuduh Dr Osman membohong, tapi tak panggil doktor tu untuk kamu grill supaya pembohongannya terbukti dimahkamah! Kelakar betul Mamak ni!
Comments
1 Comments

1 comment :

Amuraria said...

putarbelit seorang mamak ? ABU !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...