GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, November 23, 2014

Inilah akibatnya bila PAS semakin ego...

PAS kehilangan seorang lagi penyokong tegar...Entah berapa ramai yang senyap-senyap merajuk membawa diri. 

Aku ucapkan terima kasih diatas sumbangan peribadi Saudara Mohammad Asri kepada cawangan aku selama ini. Banyak jasa dan pengorbanannya kepada kami. Aku tak akan melupakan jasa-jasa kamu selama ini ... Selamat berjuang wahai Asri!

Mohamad Asri A. Bakar :
Kepada Ahli Ahli PAS seramai 1.5 juta org khususnya di N43 Sg Rapat di bawah Pas Gopeng..aku minta maaf selama ini mengada ngada lebih sudu dari kuah menyokong pergerakan Jemaah Syurga Islam PAS...sedangkan aku tak ada no ahli syurga pun...aku minta maaf keluar belanja beli bendera syurga hijau putih tu, suruh org rumah jahit sendiri, pacak sana sini , tanpa kebenaran Al syurga Tuan Guru Hj Hadi..aku minta maaf kerana menyumbang serba sedikit dana kepada markas markas PAS di sekitar Kg Rapat Ipoh, memberi sumbangan derma kepada jemaah PAS, sedangkan rupa rupanya aku bukan ahli PAS berdaftar dan aku hanya di baruakan . 

Aku lupa itun semua...aku berjanji aku tak akan ambil kisah lagi tentang PAS..kerana PAS tak kedarah pun sokongan org atas pagar ini. aku baru sedar bahawasanya PAS mempunyai kasta yg amat tinggi . 

Kewalaan yg menjamin akidah dan syurga.sementara aku tak mampu setanding dengan org org PAS yg maha mulia. Org PAS boleh berguling guling di atas jalan raya menghalang Paduka Sultan , aku tidak boleh dan tak mampu..semoga PAS dengan 1.5 juta ahlinya berjaya menawan Putrajaya PRU14..selebihnya aku merayu pada Allah, walau aku bukan ahli PAS izinkan aku masuk syurgaMu..dengan rahmat mu..walau tanpa restu Tuan Presiden..amin amin.terima kasih.
Comments
17 Comments

17 comments :

Anonymous said...

adoi!! pedih ulu ati :)

Anonymous said...

aku pun sama. malah tiba2 aku rasa bersyukur pula pas tak menang malaysia dlm pru lepas. Dulu aku tertanya2 dan berdoa kenapa pas tak menang sedangkan berjuang untuk rakyat. dan sekarang aku dah dapat jawapannya. Alhamdulillah

Anonymous said...

Sebelum parah..
TGHH mesti berundur..
penyokong2 mesti desak TGHH bersara...
I gat..parti lebih penting dpd individu

Amuraria said...

amiin amiin ya rabbal alamiin, ABU & lawan gerombolan pro 'UG' sampai mati !

Anonymous said...

join pasma le. Dengor cerita ahli dah ada setengah juta. DAP sanggup gadai perjuangannya asal boleh sokmo dengan plasma.

Malaysiabaru said...

Ramai yg akn ikut jejak tamrin tun ghafar... Berjaya strategi umno akhirnya

Anonymous said...

sedih baca surat bro ni.

ni semua tuang presideng punya pasal, kan bro dh merajuk.

Anonymous said...

Berat bunyi ratapan perasaan kawan kita nih...!

1Crony said...

Tengok dan lihatlah.......Orang (Polis Pencen) pun dah merajuk kerana perangai khianat dan keras kepala Hj Adi Awe kebelakangan ini. Nak suruh semua orang keluar PAS baru nak letak jawatan kah? Tak lama lagi semua askar pencen pula akan keluar PAS, baru suka Hj Adi Awe dan kumpulan UG-nya kan?

lieh semanggol said...

sedihnya aku dengor!!

Anonymous said...

Betul tu bro
Pas utk hadi awe anak beranak dan penjilat2 tegar UG saja

Anonymous said...

Kenapa terlalu marah sangat dgn Dato'Presiden TGHH. Apa kah dosa besar yang telah beliau lakukan...sehingga bertempik ke seluruh pelusuk benua??? Mereka yang dok hentam TGHH kena chek diri masing2 termasuklah ALhussein. Apakah sumbangan kamu kepada perjuangan Pas..jika kamu benar2 penyokong dan ahli Pas????? Apakah dengan menurunkan TGHH Pas akan lebih cemerlang??? Lakukanlah perubahan secara terhormat. Tahun hadapan ada pemilihan....ayoh ...hantar wakil2 kamu untu membuat pemilihan (jika ada)......aku tetap bersama dan mendokong kepimpinan ulama.

Anonymous said...

Ingatkan teman sorang saja yang kecewa dengan sikap pemimpin pas masa kini.Walau bagaimana pun teman tunggu dan lihat. Teman dah tua nak pacak bendera pun tak terdaya tapi kalau nak bendera hijau puteh ada dalam simpanan sebanyak 2 guni baja 50 kilo. pesanan teman yop kalau dah tua tu letak jawatan beri laluan kepada orang lain. Pas dulu beri jawatan semuanya menolak tapi sekarang minta jawatan/pangkat.

Anonymous said...

Deritanya si pecinta demokrasi apabila tahap didikan agama dijadikan kayu pengukur...sedangkan perjuangan yg lebih suci dikatakan barua...mana presideng...mana tindakkan keatas zuhdi yg terangan kurang ajar...wahai pas setelah diterima, mana hrmat pada ahli bawahan yg tidak blajar agama sejauh al azhar...pcyalah setiap pnykong pas walaupn krg ilmu agama hatta beragama budha dan hindu juga mngharapkn Syurga....kini pas hanyalah angan2 para penganut UG yg tinggi ilmu agamanya bermazhab UG

Anonymous said...

Deritanya si pecinta demokrasi apabila tahap didikan agama dijadikan kayu pengukur...sedangkan perjuangan yg lebih suci dikatakan barua...mana presideng...mana tindakkan keatas zuhdi yg terangan kurang ajar...wahai pas setelah diterima, mana hrmat pada ahli bawahan yg tidak blajar agama sejauh al azhar...pcyalah setiap pnykong pas walaupn krg ilmu agama hatta beragama budha dan hindu juga mngharapkn Syurga....kini pas hanyalah angan2 para penganut UG yg tinggi ilmu agamanya bermazhab UG

bat8 said...

Tuan

Kita tahu TGHH dan UGnya hanya beberapa kerat sahaja. Kalau dibilang masih boleh dis3but satu persatu. Dikalangan pemimpin utama pun mereka minoriti. Bagaimana puak minoriti boleh dibebarkan menguasai PAS? Tak masuk akal. Malah puak UG ini bukannya kuat mana. Kompang ke deraih, p3nyokong pun takat di Ganu dan bertompok2 ditempat2 lain.

Keahlian PAS s3karang ini sudah menc3cah 1.3 juta. Kalau mereka kuat, mereka dah lama buat muktamar PAS khas untuk meneruskan ag3nda mereka. Sudah beberapa kali kita dengan dari puak mereka yang tahalul siyasi d3ngan PR perlu dikaji s3mula. Kalau mer3ka kuat, mereka dah panggil Muktamar Khas. Nak buat muktamar Khas kena melalui JKPP.

Dalam isu PasMa ini, beberapa kerat pemimpin PAS tertentu yang dis3but oleh Presiden PasMa kita bol3h dinamakan berdasar kenyataan mereka. Mereka ialah TGHH sendiri, Nik Zawawi, Dato Dr Mahfodz, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Satipul Bahri, PJP Terengganu. Nik Abduh dsn Tantawi V3llfire kita tak kiralah.

Anonymous said...

Aku tidak mempunyai no ahli PAS walaupun bersama berjuang lebih 30 tahun. Untuk apa no ahli? Nak jawatan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...