GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, November 07, 2014

Jangan hanya menerima pendapat kelompoknya sahaja dan menyalahkan pendapat kelompok lain


Ayat sebelum ini (19) yang menyebut bahawa hanya Islam agama yang diredhai di sisi Allah. Perselisihan yang berlaku antara orang berilmu menyebabkan seseorang menyekat berkembangnya ajaran ilmu orang lain. Dia cuma menerima pendapat dirinya sahaja dan menyalahkan pendapat orang lain. Sepatutnya, perbezaan dalam kefahaman ilmu boleh dilihat sebagai satu bentuk keluasan dalam memahami AL-Quran, dan hadis. Sesungguhnya, orang itu telah menyempitkan sifat keluasan yang ada pada sesuatu ilmu.

 Imam Malik menolak ketika diminta oleh Khalifah Harun Ar-Rashid agar kitab hadisnya iaitu Kitab Al-Muwattak dijadikan sebagai kitab yang wajib diikut oleh seluruh umat Islam. Imam Malik luas pandangannya dan beliau tidak mahu menyempitkan ilmu hadis dengan apa yang terkandung dalam kitabnya sahaja. Katanya: 

“Sahabat Nabi SAW itu ada di mana-mana, dan ada yang aku tidak berjumpa dengan mereka untuk mengambil sanad hadis Nabi SAW. Sekiranya kitab ini diwajibkan menjadi pegangan semua umat Islam, tetapi ada sahabat Nabi SAW menyebut hadis yang tidak terdapat dalam kitab ini, tetapi hadisnya memang benar. Maka kebenaran hadis Nabi SAW daripada sahabat itu akan ‘didustakan’ oleh kerana ianya tidak terdapat dalam kitab ini”.

 Ilmu itu luas sifatnya. Ilmu tidak boleh dihadkan seperti yang difahami oleh individu atau satu kelompok sahaja. Khilaf (perbezaan) pendapat perlu dihormati dan diraikan, dan tidak memenangkan kepada satu pihak sahaja. 

Pada zaman dahulu, antara anak murid dan guru juga boleh berbeza pendapat. Imam Abu Hanifah belajar dengan Imam Jaafar As-Saddiq selama 2 tahun, tetapi dia banyak berbeza pendapat dengan gurunya. Tetapi Imam Abu Hanifah tidak pernah mengatakan yang cuma pendapatnya yang benar. 

Imam Syafie pernah berguru dengan Imam Malik dan mereka berbeza pandangan dalam banyak hal. Imam Hambali juga sangat banyak memuji Imam Syafie walaupun mereka banyak berbeza pendapat. Perbezaan pendapat antara mereka tidak sekali-kali menyebabkan mereka hilang hormat antara satu sama lain atau menuduh ajaran orang lain yang bertentangan dengan fahaman mereka sebagai sesat.

 Sebaliknya hari ini, ramai orang yang baru sahaja memahami sedikit tentang pandangan Imam Syafie berkenaan masalah yang tidak difahaminya betul-betul, sehingga berani mengeluarkan kenyataan yang tidak beradab tentang Imam Syafie. Contohnya dalam hal batal wudhuk ketika melakukan tawaf. Pandangannya yang sempit menyebabkan dia nampak pemahaman Imam Syafie pun sempit. Sepatutnya dia perlu memahami dasar-dasar yang dipandang oleh Imam Syafie dan darjat taqwa Imam Syafie terlebih dahulu.

Dalam kisah yang masyur sekali, Imam Syafie pernah ke Baghdad, ke Masjid Imam Abu Hanifah dan diminta menjadi imam solat Subuh di situ. Diriwayatkan bahawa ketika Imam Abu Hanifah meninggal dunia, lahir seorang imam yang baru iaitu Imam Syafie. Hubungan Imam Syafie mesra dengan anak murid Imam Abu Hanifah, walaupun mereka berbeza pandangan. 

Ketika menjadi imam, Imam Syafie tidak menjaharkan bacaan Basmallah ketika membaca Fatihah dan beliau juga tidak membaca doa Qunut. Selesai solat, dia ditanya:

 “Adakah kamu telah keluar mazhab kamu sendiri?” 

Jawabnya, “Tidak. Dalam pegangan saya membaca Basmallah masih termasuk rukun dalam solat dan perlu dijaharkan dan doa Qunut merupakan sunat muakkad”. 

Orang bertanya lagi, “Jadi, mengapa tadi tidak didengari Basmallah dan ditinggalkan Qunut?”. 

Kata Imam Syafie, “Aku menghormati tuan punya maqam di masjid ini”. 

Imam Syafie merujuk kepada Imam Abu Hanifah yang dikebumikan di masjid tersebut. Imam Syafie tetap menghormati pandangan Imam Abu Hanifah, walaupun Imam Hanifah sudah pun meninggal. Inilah contoh akhlak yang ditunjukkan oleh Imam Syafie.

 Oleh itu, adalah sangat tidak patut apabila ada generasi hari ini yang tidak beradab dalam menyebut perkara berkaitan Imam Syafie. Tidak salah jika seseorang itu tidak setuju dengan pendapat, atau pandangan Imam Syafie, tetapi jangan diperli atau direndah-rendahkan martabatnya orangnya sekali. Itu perbuatan melampaui batas. 

Imam Syafie berakhlak mulia bukan semata-mata kepada orang yang hidup bahkan kepada orang yang telah meninggal juga.

Orang yang menerima pendapat dirinya sahaja sama seperti Firaun. Ketika memburu Nabi Musa dan bani Israel, sepupu Firaun yang beriman berkata kepadanya :

 “Adakah kamu akan membunuh seorang hanya kerana dia berkata tiada Tuhan selain Allah, sedangkan dia mendatangkan bukti-bukti terhadap apa yang disampaikan itu? Kalau dia berdusta, biarkan dia berdusta. Tetapi kalau dia benar, aku khuatir akan turun azab kepada kita”. 

Jawab Firaun, “Tiada pengetahuan selain apa yang aku tahu. Kamu salah. Aku ini tak tunjuk kepada kamu kecuali jalan yang lurus”. 

Firaun menyangka jalannya itu yang betul dan menolak jalan orang lain. Tidak, Allah tidak hadkan pemahaman sesuatu berdasarkan apa yang difahami oleh seorang individu sahaja. Oleh sebab itulah, setiap orang diberikan akal agar masing-masing dapat berfikir dan memahami.

 Perselisihan yang berlaku antara ahli kitab, antara ahli agama bukanlah berdasarkan ikhtilaf dan ijtihad, tetapi lebih kepada sikap untuk memenangkan pendapat dirinya dan menyalahkan pendapat orang lain. Inilah sumber malapetaka dan kehancuran umat Islam. Silapnya bukan pada perbezaanya tetapi pada tujuan dalam perbezaan itu.

 Perselisihan antara orang agama bukanlah kerana salah agama, tetapi kerana seseorang itu ingin mengikut hawa nafsunya sendiri. Ketika zaman Rasulullah SAW, ada beberapa kisah di mana sahabat berbeza pendapat dalam memahami arahan Nabi. Mereka masing-masing melakukan mengikut pemahaman mereka dan Nabi SAW membenarkan kedua-duanya. Antara mereka tiada yang menyalahkan pemahaman pihak lain.

 Inilah yang Allah maksudkan bahawa perselisihan yang berlaku antara mereka adalah mengikut hawa nafsu semata-mata (daripada hujung ayat 19 surah Ali-Imran).~ Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid MTDM 08.03.2013
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Yg terang2 salah itu FITNAH

FITNAH itu tipu dusta yg tiada BUKTI

FITNAH
FITNAH FITNAH
FITNAH itu dibuat krn "UPAH"
FITNAH krn upah itu adalah "RASUAH"

RASUAH adalah menTEKEDARAH harta rkyat yg sgt2 JIJIK disisi ALLAH!!

Utk tutup/sembunyikan RASUAH
krn TAKUT trbongkar 'rahsia' RASUAH
maka..wujudlah FITNAH demi FITNAH

maka..lahirlah pilkuda-broka-barua
...lahirlah lenin-Karlmark
..trjd lah tindih kerusi & khianat

BUKAN
BUKAN mudah dpt ESOS 500,000!?
BUKAN2 mudah gi LONDON selalu!?

Itulah punca UTAMA ummat jd BEJAT keliru, apb yg jd IMAM semayang adalah ularrrrMAK auta-pnipu yg dah pon mnjd hantu!?

Anonymous said...

Betul..betul kita tak semesti menolak pandangan SIS sebab senang kita nak berkawan dengan orang kapio Nanti boleh kita dapat merentoh negara.

Anonymous said...

Assalamu alaikum !

Akhir zaman ramai yg berserban mengaku Ulama akan menyanggah para imam mazhab terdahulu.

Penggilan Ulama di Akhir zaman ini hanya retorik semata . Soalanya berapa ratus atau setidak-tidaknya berapa puluh buah KITAB telah mereka terbitkan dalam bentuk ilmiah untuk tatapan umum umat islam.

Kalau hanya copy amd paste naskah surah yassin berserta doa tahlil . ,naskah tatacara haji/umrah , amalan puasa, naskah doa masuk tandas keluar tandas dan mencitak nama Ustaz A atau Tuan Guru A di kulit depan naskah tersebut ..... cermin muka dulu sebelum komen kitab - kitab besar Imam Imam Mazhab.

Ikut faham saya Imam Jaafar As Sadiq ialah guru kepada Imam Safei , Malik, Hanafi dan Hanbali.

Imam Jaafar as Sadiq nasabnya dari Saidinah.Ali Karamallahi Wajhu iaitu keturunan Bani Hashim.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Friday, November 07, 2014 11:51:00 am jangan tuduh tanpa asas. Keadilan unuk semua.Orang yg dituduh bersalah dihadapkan ke mahkamah untuk didengar hujahnya terhadap tuduhan yg dikenakan. Hakim akan mengadilinya dengan pertimbangan yg wajar sebelum dijatuhkan hukum jika dia didapati bersalah. Itulah proses keadilan namanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...