GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, November 14, 2014

'Kalau Ibrahim telanjang, tiada siapa nak tengok'

Aktivis siswa Universiti Malaya Fahmi Zainol membidas bekas naib canselor Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Ibrahim Abu Shah berhubung kebebasan akademik dan kewajaran mematuhi undang-undang.

 Fahmi berkata ulasan Ibrahim mengenai perkara itu dengan memberi contoh kebebasan beliau untuk bertelanjang "tidak ilmiah, sangat memalukan dan menunjukkan akhlak dan sikap yang tidak baik sebagai seorang akademik".

 "Kalau dia (Ibrahim) telanjang, tak ada siapa pun yang mahu tengok dan dia harus komen secara ilmiah yang menunjukkan dia seorang pensyarah yang baik. Dan dia langsung tak faham apa itu kebebasan akademik.

 "Tapi pandangan yang diberikan tidak menunjukkan pembacaan dan penilaian mengenai kebebasan akademik," katanya ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi.

 "Dia sebagai seorang pensyarah dan bekas VC UiTM, dia seharusnya menunjukkan akhlak yang baik," katanya yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) lagi.

 Fahmi mengulas kenyataan Ibrahim tentang kebebasan siswa menganjurkan aktiviti tanpa mematuhi undang-undang yang ditetapkan dengan menyamakan kebebasan melakukan sesuatu sesuka hati seperti bertelanjang.

 "Apabila saya berbuat sesuka hati saya ini adalah kebebasan saya. Waima kalau sekarang ini saya telanjang depan ni, jangan tangkap. Ini kebebasan mutlak saya. Baca lagi di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Biarkan Ibrahim nak telanjang.Biarkan ,biarkan,bukanya nampak sebab semuanya GELAP

Anonymous said...

Kecuali gay... sebab dia boleh lihat dara tua bermisai mexico.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...