GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, November 17, 2014

Majlis Syura jangan keluarkan arahan begitu.....- Khalid Samad (video)

Moderator Wacana Semasa, Sdr. Fitri Asmuni diapit oleh dua panelis, 
YB Khalid Samad (kiri) dan Ustaz Hasrizal Abd Jamil (SaifulIslam)

Satu majlis Wacana semasa telah berjaya dianjurkan oleh sekumpulan Gabungan Anak Muda Perak (GAP), berlangsung pada 15 Nov 2014 di Jade Hall, Medan Istana, Ipoh.

Barisan panelis tediri daripada AJK PAS Pusat, YB Khalid Samad dan pendakwah terkenal, Ustaz Hasrzal Jamil, atau lebih dikenali dengan nama penanya, Saiful Islam telah berjaya memberikan kupasan yang baik terhadap tajuk wacana, Cabaran PAS Mendepani Anak Muda.

Ketua Pemuda PAS, Raja Is tidak dapat bersama pada malam tersebut kerana keudzuran. Walau bagaimana pun, tahniah diucapkan kepada pihak penganjur diatas usaha menghidupkan budaya wacana sebegini bagi percambahan minda.

Sewaktu sessi soal jawab sedang berlangsung

Berikut adalah antara kenyataan YB Khalid Samad pada malam tersebut :

00:06 ~ Majlis Syura dia ada perananya, AJK PAS Pusat ada peranannya.

 Majlis Syura ni dia punya peranan adalah tak tandfidzi iaitu yang menyalahi hukum, mengupas soal nas dan dalil dan menentukan samada sesuatu tindakan adalah syar’ie atau pun tidak syar’ie.

 Dan AJK PAS Pusat dia punya peranan adalah tandfidzi atau pun atau executive, maka dalam retreat itu telah dibincangkan dan disebut bahawa persoalan Pasma ini sepatutnya , Majlis Syura jangan keluarkan arahan dengan begitu sahaja. 

 Tetapi sepatutnya memberikan pandangannya kepada AJK PAS Pusat untuk dikenalpasti AJK PAS Pusat memikirkan samada kaedah yang dicadangkan iaitu untuk melarang ahli-ahli PAS daripada mengikuti program PasMa itu perlu dilaksanakan ataupun telah lulus.

 Sepatutnya ia dibawah bidang PAS Pusat. Kalau boleh adalah perbincangan dan akhirnya apa yg telah diputuskan ialah bahawa Naib Presiden iaitu Saudara Sallehudin Ayub akan bertemu dengan Yang Berhormat Dato Phahrolrazi untuk mendapatkan penjelasan.

 Sebenarnya pengalaman ataupun arahan supaya tidak terlibat dengan PasMa ini adalah atas pandangan bahawa PasMa ini adalah ‘Jemaah dalam Jemaah’; ianya untuk menjatuhkan Dato Seri Presiden dan sebagainya ; yang mana ianya merupakan andaian yang perlu kita berikan peluang kepada Yang Berhormat Phahrolrazi untuk memberikan penjelasan.

 Maka Sallahudin Ayub akan berjumpa dengan Dato Razi dan juga telah dipersetujui didalam retreat yg dianjurkan oleh AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama.

 Retreat ini memang adalah suatu benda yang baik tetapi ianya adalah yang pertama dan ianya perlu diadakan lagi.

 Memang kita tidak mampu menyelesaikan semua isu dalam satu sessi pertemuan dan isu yang timbul apa yg saya sebut tadi. Persoalan takwin (pembentukan), Tahaluf Siyasi, kerana ada pandangan bahawa kalau kita Tahaluf Siyasi maka kita terikat. Kalau kita Tahaluf Siyasi maka kita hanya tolong menolong, maka kita tidak terikat…tetapi persoalan itu tidak dapat dibahas dengan sepenuhnya dan sepertimana yg saya sebutkan tadi, soal tahaluf ini ada sebabnya yang kita kena tingkatkan kerana kita nak memerintah bersama.

 Kerana bila kita nak memerintah bersama, mesti ada satu persetujuan berhubung dengan apa yang kita nak lakukan.Tapi kalau sekadar tolong menolong tu, kalau kita sebagai pembangkang; hanya nak menang kerusi, supaya ada bersuara, tetapi belum lagi ke tahap untuk memerintah Negara.

 Isu-isu semacam itu timbul malangnya, dan memang perlu dibincang dan dan perlu dibahaskan.

 Dan soal PasMa ini, secara tak resmilah…kalau saya lihat oleh kerana itulah apa yang telah dibincangkan dalam retreat, maka kita nak tunggu sehinggalah sehingga selepas ada perbincangan, bertemu dengan Phahrolrazi barulah satu keputusan yang muktamad akan dilakukan.

 Pandangan saya, saya telah tulis mengenai persoalan isu itu, ada orang marah, dia kata , Majlis Syura telah keluarkan arahan, kamu keluarkan pandangan yg bercanggah dari Majlis Syura.

 Lalu saya sebut zaman Nabi, dalam Perang Badar, nabi sendiri yg tetapkan kedudukan untuk berada di suatu tempat, datang Utbah bin Uzir, dia berikan cadangan pindak pergi ke tempat lain; yakni cadangan, terpulanglah untuk dipertimbangkan dan dinilai oleh pihak-pihak yang berwajib.

 Ini bukan merupakan satu macam mengeluarkan arahan yang selain daripada arahan Majlis Syura dan sebagainya.

 Bagi saya, rugi kalau kita mempunyai satu pendekatan dimana kita haramkan ahli-ahli kita untuk terlibat dengan program-program PasMa kerana ianya akan memberikan satu gambaran bahawa seolah-olah PAS ini tertutup.

 Dan kalau kita diberikan kuasa maka kita akan haramkan terus. Dan ini akan menjadikan satu masalah. Lebih baik kita (tidak jelas) dan mudah-mudahan, bila PasMa adakan program, dia jemput pimpinan PAS, kita pergi dan kita boleh berikan penjelasan kepada isu-isu dan dinilai.

 Kalau kita tidak pergi, kalau timbul isu-isu yang bermacam-macam, siapa yang nak jawap?

 Lalu kalau kita pergi, kita boleh jawap. Kalau kita dikritik dan kita dipertikai, tu bagaimana dengan kisah Nabi? Kerana kita pemimpin dan pemimpin kenalah mampu untuk menangani pertikaian dan isu-isu yang ditimbulkan.~05:03

Sila klik : Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat’


Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Sebenarnya tak susah nak faham - PasMa ini gerakan nak menjatuhkan presiden dan ulama. Tapi malu-malu kucing, bertindak cara munafik. Kalau berani terus teranglah, lawan depan-depan. Tapi takut juga. Kalau takut, jangan lawan, ikut saja. Senang cerita. Jangan jadi api dalam sekam, akhirnya kubu musnah, diri sendiri rugi (ataupun memang itu peranannya, jadi barua?)

Anonymous said...

al-Husseyn

nii lari topik sikit,,

Syabas bro..
Syabas bebenor yeop..

Bro punya INTRO/tag line besor kat ATAS tuu...apa yg hadi awe cakap hal2 "BERCAKAP BENAR" kena tepat kat atas SARBAN dia-ayat tuu DAH MAKAN TUAN!?

TUHAN balas kejap jer!

Dia lupa apa yg dia cakap bro..
dia dah satu geng dgn kutty kerala akibat FITNAH,,jd mudah lupa!?

Syabas2 bro..

Anonymous said...

Tuang presideng inilah tokey barua dan broker...
Tak layak langsung jadi presideng parti

Anonymous said...

Thats the way it should be. Yes the duty of ulema is it must guide with the good enquiry. It musy not implement. Its not a faction in the party. It must act carefully. After being sought for advice if no other way to solve a case by the implementer it has to take the duty. Or if it see something that will bring a bad effects to the party, it has to look for careful enquiry and get a conprehensive scenario to advice the implementor.

bat8 said...

Anon 10:30

Dalam PAS terdapat pelbagai kategori ahli dan pemimpin dari kalangan yang berpendidikan ugama. Ada yang bertaraf ulamak dan ada yang bertaraf ustaz. Kalau semua yang mempunyai ilmu ugama Islam dianggap ulamak maka kita kena panggil semua orientalis barat itu ulamak jugalah kerana mereka mempunyai pengetahuan tentang Islam tinggi!.....ini satu perkara.

Kedua, sdra dah buat survey kah dikalangan ulamak dan ustaz-ustaz didalam PAS yang mereka semua menyokong TGHH dan puak UGnya untuk keluar dari PR dan bergabung dengan UMNO?

Adakah survey sdra itu menunjukkan semua ulamak dan ustaz-ustaz di dalam PAS menyokong TGHH dan UGnya untuk menentang keputusan Muktamar di Ipoh tahun 2008 untuk terus bersama dengan PR dan terus memperkasakan PR?

Jika sdra tidak pasti, jangan bercakap sebarangan dan membuat andaian semata-mata.

Anonymous said...

saudara bat8 juga kena gunakan survey dan fakta juga untuk membuktikan majoriti dalam pas benci hj hadi...hahaha...amacam???jgn sembang jaaa lebih itu ini tp habuk pun tarak...setakat bagitau ramai ahli pas nk rejek hj hadi aku pun boleh sembang sama la ngan hussin n greenboc dan bat8 semua kaki sembang je lebih dia ingat orang lain semua bodoh tak pandai nk bace politik sanjung anwar diorang tu...3 orang ni akan guna isu sama iaitu UG memanjang takde isu lain isu rakyat marhaen yg ditindas dah lupa buang kemana dah berpolitik tahap longkang semuanya...bab azmin ali nk teruskan UG dengan BN dalam isu kidex n langat 2 korang senyap tak serang plak azmin mcm serang khalid dulu...ini menampakkan politik sampah korang yg terlalu politik 24jam nk jatuhkan sape dan nk naikkan sape dlm blog korang...rakyat bawah jatuh no2...gampang betul politik masakini...rakyat bawah yg bodoh ni pangkah PR!!!!sama je ngan BN!!!

Anonymous said...

anon 12:35

Baca apa yang ditulis oleh Anon 10:30, pHm betul-betul baru komen.

Saya tidak perlu menjawab komen sdra melebihi para 1 diatas.Komen sdra sudah cukup menjadi jawapan.

bat8

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...