JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, November 03, 2014

Mendiang Karpal Singh masih terus menyumbangkan jasa kepada yang masih hidup

Kelihatan Gobind ketika peringatan Karpal Singh 
di Dewan Perniagaan China Kuala Lumpur-Selangor 

Gembira dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini, Gobind Sing Deo terkenangkan kepada mendiang ayahnya, Karpal Singh kerana ia merupakan kes sivil terakhir yang dibawa mendiang ayahnya sebelum meninggal dunia dalam satu kemalangan pada April.

 "Karpal berkata kepada saya, sekiranya kita menang kes ini, harapannya ialah Parlimen akan mengkaji semula semua kes penggantungan wakil rakyat sebelum ini dan membayar mereka semula seperti yang sepatutnya," kata Gobind.

 Beliau berharap Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan mempertimbangkan perkara itu, sambil menambah terdapat ramai ahli Parlimen yang bertugas sepenuh masa sebagai ahli politik dan bergantung sepenuhnya kepada gaji mereka bagi menyara diri dan keluarga mereka.

 "Sebarang arahan yang merampas sumber pendapatan itu sangat drakonian dan menekan,” kata Gobind dalam satu kenyataan.

Gobind digantung tanpa gaji selama 12 bulan pada 16 Mac, 2009 kerana menghina Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee dan menggelar Datuk Seri Najib Razak, yang ketika itu timbalan perdana menteri, seorang pembunuh.

Mahkamah mengarahkan Parlimen membayar gaji dan imbuhan yang ditahan dari ahli Parlimen Puchong itu semasa beliau digantung selama setahun pada 2009.

Beliau memfailkan saman pada bulan berikutnya terhadap speaker Dewan Rakyat, setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Seri Nazri Aziz - menteri yang bertanggung jawab hal ehwal Parlimen ketika itu - dan kerajaan, memohon pengisytiharan yang penggantungan beliau batal dan tidak sah.

Mahkamah dalam menegakkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, memutuskan yang tiada undang-undang memberikan Parlimen kuasa berbuat demikian.

 Pada Oktober, Mahkamah Tinggi memutuskan badan perundangan persekutuan itu tidak mempunyai kuasa menahan pembayaran itu dan mengarahkan Parlimen membayar Gobind apa yang terhutang kepadanya.

Responden merayu terhadap keputusan mengenai pembayaran kepada Gobind itu, tetapi Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

 Mereka kemudian mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, yang membuat penghakiman sebulat suara hari in. – 3 November, 2014. Berita penuh  di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...