JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, November 14, 2014

Nik Zawawi bin Salleh : Benarkah tuduhan penyelewengan ini?


Fitnah jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja... 

Sebelum ini saya telah memuatkan entri bertajuk Projek Pendidikan Pondok Moden Besut.

Projek ini telah bermula sejak Sept 2008. Kini sudah hampir masuk tahun ke-7! Ikut jangkaannya, projek ini siap dalam masa 5 tahun sahaja. Sila lihat paparan berikut :

Tarik bermula September 2010. Klik di sini

                       Dijangka siap dalam masa 5 tahun.Klik di sini  

Pengadu yang bernama Suhaimi bin Johan, nombor K/P:670126-11-5501
telah menghantar salinan surat tersebut kepada nama-nama berikut :
 1.Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS)  (Dato Seri Tuan Haji Abdul Hadi bin Awang) 
 2. Timbalan Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) (Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamed Sabu) 
3. Naib Presiden 1 Parti Islam Semalaysia (PAS) (YB Dato Haji Husam Musa) 4. Naib Presiden 11 Parti Islam Semalaysia (PAS) (Yang Berbahagia Salehuddin Ayub) 
5. Naib Presiden 111 Parti Islam Semalaysia (PAS) (YB Dato Hj Mahfuz bin Omar) 
6. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib 
7. Ketua Dewan Ulama Parti Islam Semalaysia (PAS) (YB Ustaz Dato Hj Harun Taib) 
8. Pesuruhjaya Parti Parti Islam Semalaysia (PAS) Negeri Terengganu (YB Abdul Wahid Endut) 

Apakah kandungan isi surat tersebut? Tentu korang pun nak tahu juga. Sememangnya kita semua patut ambil tahu mengenai penyelewengan ini.

 Kali ini saya siarkan surat si pengadu. Terdapat 6 muka surat, tapi kali ini sekadar saya siarkan surat helain 1, yang telah saya taip semula supaya memudahkan korang semua membacanya. Korang boleh semak dengan salinan asal yg saya sertakan dihujung entri ini.

 Tujuan saya supaya PAS segera menyiasat perkara ini dan buatlah kenyataan yang wajar. Samada perkara ini benar atau fitnah semata-mata.

Jangan disapu kebawah karpet dan buat derk saje. Ini adalah perkara besar dan PAS perlu buktikan ianya sebuah jemaah Islam yang mahukan Islam tertegak di bumi Malaysia ini. Jangan nanti orang tuduh PAS ni .....pandai-pandailah korang nak kata apa!

kandungan helain 1

Parti Islam Semalaysia (PAS)
No 318A Jalan Raja Laut
503350 Kuala Lumpur

(untuk Perhatian Mursyidul Am PAS)

 Bismillahir Rahmanir Rahim

PER : MOHON SIASATAN SECARA MENYELURUH KEATAS SETIAUSAHA MAJLIS SYURA ULAMA PAS DIATAS BEBERAPA PERLAKUAN DAN PERBUATAN YANG MEMBOLEHKAN IMEJ MAJLIS SYURA ULAMA TERCEMAR

 1. Merujuk kepada perkara tajuk, adalah saya dengan kesedaran dan rasa rendah diri sebagai seorang ahli PAS yang berdaftar membawa aduan terhadap Setiausaha Majlis Syura Ulama kepada Yang Berhormat Tuan Guru Dato ‘ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat selaku Al-mursyidul Am PAS untuk perhatian. Aduan ini dibawa ke pengetahuan Tuan Guru Mussyidul Am adalah bersesuaian Dengan kedudukan Nik Zawawi bin Saleh selaku sebahagian dari Majlis Syura Ulama.

2. Berikut adalah beberapa perkara yang dilihat boleh dielakkan tetapi telah berlaku.

 a) Memilikan tanah yang dibeli dari sebahagian derma orang ramai sebagai hatra sendiri dan menjual sebahagian daripadanya kepada individu lain.

 b) Membelanjakan derma orang ramai tanpa ada sebarang pembentangan akaun aliran keluar masuk wang bagi pembinaan Pusat Pengajian Islam Moden dan Tok Has Jerteh.

 c) Menggunakan gelaran pangkat Datuk yang tidak diperolehi secara rasmi didalam Negara atau mana Gabenor / Sultan atau mana-mana yang diPertuan Negeri dan mana-mana negeri dalam Malaysia. Telah secara berleluasa digunakan semasa di media cetak, media elektronik dan Dokumen Rasmi Kerajaan. Perlakuan ini menyalahi Akta Pemakaian Nama dan Gelaran 1963.

kandungan helain 2

3. Adalah menjadi tugas yang bukan mudah untuk membawa hal sebegini ke perhatian Yang Berhormat Dato’ Tuan Guru apatah lagi beliau merupakan seorang ilmuan yang berjawatan dan berpengaruh dalam Majlis Syura Ulama selaku Setiausaha. Namun menyedari tujuan saya adalah dengan penuh dengan keikhlasan dan tanpa apa-apa yang terselindung kepentingan serta memenuhi tanggungjawab sebagai seorang Islam yang menuntut kebenaran dan manusia bukanlah makhluk yang perlu ditakuti melainkan Allah, saya dengan rela hati tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak mengambil keputusan untuk mendedahkan satu persatu secara berfakta bagi membolehkan satu siasatan secara terperinci boleh dijalankan. Sungguhpun berpegangn kepada yang benar itu tetap benar, dan yang salah itu tetap salah, saya juga tidak lupa dengan keadaan seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah selagi tidak terbukti bersalah.

 4. Sila rujuk kepada LAMPIRAN 1 dan LAMPIRAN 7. Di lampiran ini , satu Sumpah Berkanun dari semua yang terlibat didalam proses pembelian sekeping tanah seluas hamper 4 ekar serta pelan induk keseluruhan keluasan tanah dikemukakan sebagai fakta PERTAMA.

 5. Tanah ini telah dibeli dengan harga RM170,000.00 bagi tujuan untuk membina Pusat Pengajian Moden. Memandangkan tujuan yang dinyatakan itu, tuan punya tanah telah bersetuju untuk menjualnya apatah lagi pemilik tanah ini adalah juga seorang penyokong PAS yang setia. Sejumlah RM10,000.00 telah beliau dermakan keatas pembelian keseluruhan tanah ini serta untuk Pembinaan Pusat Pendidikan Pondok Moden itu. Keadaan ini menjadikan harga yang perlu dibayar adalah RM160,000.00.

 6. Melalui penjelasan beliau keatas soalan-soalan yang telah saya kemukan sewaktu Mesyuarat Agong PAS Tahunan Kawasan Besut tempohari (soalan-soalan ditandakan sebagai LAMNPIRAN 2), beliau telah menjawab secara terbuka bahawa pembelian tanah dan pembinaan Pusat Pendidikan Pondok Moden telah melibatkan derma dari taukeh-taukeh ikan Kuala Besut dan orang ramai dalam sekitar jumlah dan wang poket beliau sebanyak 80%. Situasi ini juga telah menyebabkan poket hampir kering. Sungguhpun sejumlah soalan yang telah saya kemukakan tidak terjawab, namun di peringkat ini tiada persoalan yang akan dikemukakan.

 7. Sebaik sahaja proses pembayaran yang mengalami 3 peringkat pembayaran dilaksanakan, tanah ini telah dipecahkan kepada 3 lot yang mempunyai geran s.. berasingan. Lot-lot tersebut adalah seperti berikut, GM 3842 (LAMPIRAN 3) GM3843 (LAMPIRAN 4) dan GM 3844 (LAMPIRAN 5)

a. LAMPIRAN 3, GM 3842 seluas 6964 meter persegi dimilikki oleh NIK ZAWAWI BIN SALLEH KP 670137-03- 5387. Tanah ini kemudiannya diwaqafkan oleh ….kepada Parti Islam Semalaysia melalui Akuan Sumpah Waqaf (lampiran 6)

kandungan helain 3

b. LAMPIRAN 4, GM 3843 seluas 4250 meter persegi telah dijual oleh NIK ZAWAWI BIN SALLEH kepada AZBI BIN SALLEH K/P 690206-11-5243 

 c. LAMPIRAN 5, GM 3844 seluas 4416 meter persegi dimilikki oleh persegi dimilikki oleh NIK ZAWAWI BIN SALLEH. Diatas tanah ini dibina Bunglow bagi kediaman beliau.

 d. Bagi GM 3843 (LAMPIRAN 3) dan GM 3844 (Lampiran 4) masing-masing telah digadaikan kepada BANK ISLAM MALAYSIA. Persoalan akan dikemukakan kemudian.

 Berdasarkan semua penjelasan yang telah dikemukakan diatas berikut adalah kepincangan yang perlu dihuraikan dengan siasatan yang teliti agar tiada pihak yang terpalit dengan penganiayaan....... 


(bersambung akan datang....insya'Allah)
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Apakah kandungan isi surat tersebut? Tentu korang pun nak tahu juga. Apakah kandungan isi surat tersebut? Tentu korang pun nak tahu juga. Sememangnya kita semua patut ambil tahu mengenai penyelewengan ini.

Kes liwat anwar hussin kata tertuduh tak bersalah sebelum terbukti...hussin jgn jadi mcm utusan meloya yg cuba mengelirukan...pengadu sendiri pun guna ayat tertuduh tidak bersalah selagi tidak terbukti ni hussin lebih lebih plak kata penyelewengan mcm dh betul2 berlaku...

Kalaulah dlm utusan guna ayat "peliwat iaitu DSAI tiba dimahkamah pada pkul 10" mesti hussin marah kalau idola dia kena mcm tu..

Anonymous said...

Itu baru sorang ahli MSU punya buruk perangai. Yang FAKEH tu teruk juga....tanah wakaf nak ditukar hibah. Bagaimana pulak yang sibuk dengan kamsen dan fees sabilillah dengan AMONA. Semua senyap nampak...cover-cover habis-habisan nampaknya dalam serban masing-masing sampai pokok jati emas pun tak nak hidup subur. ESOS senyap lagi lo.. dah sampai makan angin ke Frankfurt. Ula mak, ula mak....ambik ko...nasiblah yang dibodokan ula mak.

Anonymous said...

Islam itu TERANG
Islam itu cahaya ygTERANG
Islam meNERANGI sgl keGELAPAN

FITNAH itu gelap penoh keGELAPan
SONGLAP itu gelap pekat keBEJATan
KHIANAT itu gelap BELITAN kesumat

Inilah "majlis SYORRRU-msu"
-rombongan gi LONDON brp kali?
-gi TURKI brp kali??
-ada "AUDIT" brp???
-mana dtg DUIT????

SEMUAnya wajib wajib telus TERANG!
Islam itu CAHAYA yg maha TERANG!!

Soalan nya..
nik aziz TAHU ke tak bhw Islam itu adalah cahaya yg maha2 TERANG????!

Anonymous said...

Do it accountably? Spiritually and according to legal proceedure. Answer it now and hereafter.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Anon Friday, November 14, 2014 7:51:00 am - Tajuk entri aku ni pun dah jelas minta Nik Zawawi tlg jelaskan ttg aduan tersebut. Kandungan surat itu mendedahkan betapa seriusnya tuduhan tersebut. Ada aku kata Nik Zawawi bersalah? Dia bersalah kalau dia terus tutup mulut macam tu sahaja. PAS juga perlu bertindak tegas.

Anonymous said...

usahkan tubuh...bayang nik zawawi pun hussin benci hahaha...takkan nk tulis benda bagus...

bat8 said...

Takut bayang ok lagi ...... sekarang ni dah timbul penyakit baru. Takut kat kartun......3ntah manusia macamanalah yg takut kat kartun ni. Bahaya tak bahawa penyakit ni, orang yang buat kartun yang menakutkan orang bol3h kena akta hasutan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...