GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, November 08, 2014

PasMa syor Pakatan lebih kuat jika disertai PSM, parti-parti dari Sarawak-Sabah

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 


PHAHROLRAZI Mohd. Zawawi (kopiah putih) semasa 
diinterbiu selepas selesai Forum PAS Peringkat Negeri Perak 
di Hotel Seri Malaysia  Ipoh, malam tadi.| Foto: FB Mohd. Saad


 IPOH - Pakatan Rakyat disyor lebih fleksibal menerima kehadiran Gabungan Kiri terbaru yang ditunjangi oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) demi mewujudkan saingan 'satu lawan satu' dengan Umno Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

 PHAHROLRAZI Mohd. Zawawi Presiden Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd. Zawawi berkata, langkah itu adalah wajar agar Pakatan Rakyat terus mendekati aspirasi sebenar 51 peratus undi majoriti rakyat Malaysia seperti pilihan raya umum lepas. 

 Lagipun katanya lagi, penyertaan lebih banyak parti politik khususnya dari Sarawak akan menguatkan lagi sokongan rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri berkenaan, yang dijangka paling lewat pada Jun tahun depan.

 "PasMa adalah pertubuhan yang longgar untuk menghimpunkan suara sebenar penyokong Pakatan Rakyat, dan kita cadang Pakatan Rakyat lebih fleksibal dalam menguatkan sokongannya dengan formula 'satu lawan satu' dengan Umno Barisan Nasional. 

 "Bukan sahaja PSM patut dipertimbang sertai Pakatan Rakyat, malah, parti-parti politik dari Sarawak dan Sabah juga boleh menyertai kita.

 "Kita (Pakatan Rakyat) sepatutnya meluaskan lagi kekuatan kita, tidak sekadar tiga parti politik sahaja (PAS, PKR dan DAP) untuk menjadi lebih kuat kerana hampir 3.7 juta pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu adalah mreka yang tidak berparti," ujar Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah.

 Beliau berkata demikian kepada wartawan, sejurus selesai Forum PasMa Peringkat Negeri Perak yang berjudul "Di Sini Lahirnya Pakatan Rakyat" di Hotel Seri Malaysia di sini, pada malam tadi.

 Selain gelut memenuhi pentas-pentas forum di seluruh Semenanjung Malaysia, Phahrolrazi menjelaskan bahawa NGO berusia hampir 90 hari itu sedang giat merancang untuk mewujudkan sejuta sukarelawan pro Pakatan Rakyat sebelum PRU14.

 "Di Sabah dan Sarawak, secara rasmi kita belum menubuhkan PasMa kerana memenuhi forum yang begitu banyak permintaan di Semenanjung.

 "Tetapi, kita (PasMa) tengah berbincang untuk membina pasukan sukarelawan yang terbanyak...kalau boleh lebih sejuta untuk membantu Pakatan Rakyat menang pilihan raya nanti," ujar Pahrolrazi lagi.

 Difahamkan, iltizam politik PSM serta gabungan kirinya untuk menyertai Pakatan Rakyat serta bertanding menggunakan logo parti sendiri sejak dua tahun lepas seakan menerima reaksi dingin daripada pemimpin tertentu pembangkang berkenaan.

 Pada PRU14, PSM disebut-sebut bercadang untuk bertanding di enam kerusi Parlimen serta 11 kerusi DUN. Baca lagi di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

Monkey Shooter said...

Bila selesai penamaan calon pada PRU14 kelak, PASma kena keluarkan senarai ahli mereka dalam PAS supaya mudah rakyat membuat pilihan mengundi setiap calon mereka (PASma) di dalam PAS. Bagi PAS konservatif atau UG, mohon maaf! Kami tidak akan memilih kamu lagi di PRU14, eloklah kamu mula bercinta dan bersekedudukan dengan UMNO mulai sekarang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...