GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, November 15, 2014

PasMa tak ganggu pemilihan PAS - Phahrolrazi

Para pemimpin PasMa pusat dan negeri bergambar selepas 
mesyuarat pertama mereka malam tadi di Petaling Jaya. 

15 November, 2014 : Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menegaskan pihaknya tidak akan terlibat dalam sebarang urusan parti PAS, termasuk pemilihan jawatan tertingginya, walaupun ahlinya juga merupakan ahli PAS.

 Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, bagi meredakan salah faham mengenainya, PasMa akan menemui kepimpinan PAS, diketuai naib presiden Salahudin Ayub minggu depan, sebagaimana diputuskan semasa 'retreat' PAS baru-baru ini.

 "Kami tidak akan campur urusan PAS. Masalah kepimpinan dalam Pakatan Rakyat (PR) akan ditentukan sendiri oleh mereka," kata Phahrolrazi pada satu sidang media selepas selesai mesyuarat pertama PasMa malam tadi di Petaling Jaya.

 Beliau berkata demikian menjawab soalan wartawan sama ada PasMa akan terlibat dalam pemilihan PAS yang bakal diadakan pertengahan tahun depan ekoran pendekatannya yang mahu PAS rapat dengan PR. Phahrolrazi berkata cadangan pertemuan PAS dengan pemimpin PasMa membayangkan pengiktirafan parti Islam itu terhadap mereka dan mengubah kenyataan Majlis Syura Ulama sebelum ini yang meminta ahli PAS menjauhkan diri dari program PasMa.

 Hampir 100 orang pemimpin PasMa dari semua negeri di Semenanjung Malaysia menyertai mesyuarat pertama itu selepas ia ditubuhkan 10 Ogos lalu.

 PasMa, kata Phahrolrazi, akan kekal sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana parti.

 "Kami adalah gerakan rakyat yang menyokong PR," katanya.

 PasMa juga mengambil keputusan tidak akan campur tangan dalam isu teguran pimpinan PR terhadap presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa tidak menyertai mesyuarat kepimpinan gabungan pembangkang itu, katanya.

 Mengenai tindakan sesetengah kumpulan pro-ulama dalam PAS yang sentiasa mempertikaikan PasMa, Phahrolrazi berkata, ia kerana kurangnya fahaman mereka tentang PasMa.

 "Ia hasil salah faham mereka tentang kami," katanya ekoran serangan bertalu-talu kumpulan itu terhadap PasMa.

 Terbaru, semua pemimpin PasMa dan pemimpin PAS yang menyokong NGO itu dilabelkan 'jebon,' iaitu istilah yang digunakan bagi menampakkan imej 'perosak' terhadapnya.

 Sebelum ini, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh menasihatkan semua ahli PAS agar jangan terlibat dengan sebarang aktiviti PasMa.

 Dalam mesyuarat rasmi PasMa malam tadi, semua pengerusi PasMa negeri menerima watikah pelantikan dari Phahrolrazi.

 Mereka ialah Mohamad Husin (Kelantan), Mohd Taib Ahmad (Kedah), Abdul Aziz Abas (Terengganu), Tengku Puji Tengku Abdul Hamid (Pahang), Mohd Iqbal Sharif (Perlis), Zulkifli Mat Lazim (Pulau Pinang), Mohd Hisomudin Bakar (Perak), Mohd Nazir Zakaria (Wilayah Persekutuan), Mohd Faizal (Selangor), Mohd Fuad Othman (Negeri Sembilan) dan Sheikh Omar (Johor).

 Ketika menggulung ucapan pada majlis yang penuh dengan saranan dan cadangan itu, Phahrolrazi menegaskan PasMa kini selesai fasa taarufnya dan dikenali ramai kerana kritikan.

 Oleh itu, beliau meminta para pemimpin PasMa tidak takut dengan kritikan kerana melalui kritikan, jawapan boleh diberikan.

 Beliau juga bersetuju dengan pandangan pemimpin PAS Datuk Husam Musa yang PAS umpama 'pasaraya' sementara PasMa merupakan 'pasar malam'.

 "Kena ingat, pasar malam ini berada berselerak di mana-mana di negara ini," kata beliau merujuk kepada sokongan kepada NGO itu yang sudah wujud di setiap negeri di Semenanjung. – 15 November, 2014.9 -  SUMBER
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

yang terbaru kritikan yg diberikan oleh TG nik aziz yg kata pasma ni sama mcm org munafik yg sembahyang belakang nabi...ulas skit hussin...tibai skit tgna ni hussin baru dia tau hussin ni sapa...

Anonymous said...

sokong PasMa selagi tuang presideng PAS org tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...