GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, November 10, 2014

Projek Pendidikan Pondok Moden Besut : Sudah nak masuk 6 tahun wahai Ust Nik Zawawi Salleh

Pelaburan Akhirat atau Pelebuhan Akhirat? 

Blog al-Husseyn ini, thema atau mottonya sepertimana yang jelas terpampang di kepala blognya adalah : 

Dan janganlah kamu cenderung kepada mereka yang melakukan kezaliman, nanti kamu akan disambar api neraka – (11:113)

Ada sebuah hadith meriwatkan: 
Daripada Bintu Wathilah bin al-Asyaqa' : Sesungguhnya beliau mendengar bapanya berkata: "Wahai Rasulullah, apakah asabiyah itu? Sabda baginda: "Bahawa kamu menolong kaum kamu di atas kezaliman"

Berdasarkan kepada kenyataan diatas itu, saya mengajak korang semuanya, marilah kita sama-sama berlepas diri dari tergolong kedalam golongan mereka yang berkasih sayang terhadap kalangan yang melakukan kezaliman.

Marilah kita sama-sama menyahut seruan Firman Allah yang bermaksud :

 Dan bertolong-tolongah kamu dalam mengerjakan kebajikan serta taqwa dan janganlah kamu bekerjasama dalam mengerjakan maksiat lagi keji (5:2)

 Termasuk dalam bahagian ini adalah sabda Rasulullah saw :

Daripada Nu’man bin Basyir r.'a. dari Nabi saw bersabda : Perumpamaan mereka yang berada didalam batasan Allah dan mereka yang terjerumus d-ke dalamnya adalah seperti satu kaum yang mengundi untuk mendapat tempat di dalam sebuah kalap.Di antara mereka ada yang mendapat tempat di bahagian atas dan sebahagiannya pula mendapat tempat di bahagian bawah,Mereka yang berada di bahagian bawah akan melalui orang-orang yang berada dibahagian atas untuk mengambil air. Mereka berkata : Kalau kita tebuk (lubangi) sahaja tempat ini, tentu kita tidak tidak payah menganggu mereka (yang di atas). Sekiranya dibiarkan mereka melaksanakan kehendak tersebut nescaya akan binasalah sekeliannya dan jikalau mereka ditahan, selamat semuanya”. (Bukhari) 

Hadith ini menjelaskan bahawa jikalau penyelewengan tidak ditegah maka akan hancurlah masyarakat keseluruhannya. 

Suka saya merujuk kepada projek Pembinaan Pondok Pengajian Moden yang dipengerusikan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama, Ustaz Nik Zawawi Salleh.

Surat pengadu pun dah viral di alam maya, dan ianya boleh diakses di sini.

 Surat aduan tersebut telah di hantar kepada Parti Islam Semalaysia (PAS)  untuk perhatian Mursyidul Am PAS ketika itu yang tentunya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, sebagaimana yang tertera dalam surat pengadu tersebut:





Ikut tarikh surat itu sudah sekian lama iaitu 31 Okt 2013.Tapi kenapa sehingga tidak ada apa-apa tindakan wajar diambil?

 Saya percaya lantaran tidak adanya tindak balas dari PAS, maka pengadu telah mengambil jalan untuk mendedahkan perkara tersebut kepada masyarakat umum; walaupun pada surat tersebut ada tertulis 'SULIT'.

 Surat tersebut ada nama pengirim dan alamatnya. Beliau juga menyertakan nombor Kad Pengenalannya. Saya telah semak, bahawa nama pengirim itu adalah sahih. Jadi dia bertanggung jawab dngan aduannya itu. Bahawa surat tersebut bukan surat layang. 

Nama dan Alamat Pengadu

Saya tidak pasti samada nama-nama berikut turut telah maklum mengenai perkara ini kerana surat dialamatkan ke pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Kalau mereka ini sudah maklum mengenainya, sukacitalah saya mengingatkan mereka mengenai ayat 113 Surah al-Hud sebagaimana di atas tu...Biasanya korang yang suka mengingatkan kami, kali ni, biarlah kamu pula ...ingat mengingat adalah tugas sesama kita.

Pengadu telah menghantar salinan surat tersebut kepada nama-nama berikut.

1.Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) 
(Dato Seri Tuan Haji Abdul Hadi bin Awang) 

2. Timbalan Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) 
 (Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamed Sabu)

3. Naib Presiden 1 Parti Islam Semalaysia (PAS) 
 (YB Dato Haji Husam Musa) 

4. Naib Presiden 11 Parti Islam Semalaysia (PAS) 
 (Yang Berbahagia Salehuddin Ayub) 

5. Naib Presiden 111 Parti Islam Semalaysia (PAS) 
 (YB Dato Hj Mahfuz bin Omar) 

6. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib 

 7. Ketua Dewan Ulama Parti Islam Semalaysia (PAS) 
 (YB Ustaz Dato Hj Harun Taib) 

8. Pesuruhjaya Parti Parti Islam Semalaysia (PAS) Negeri Terengganu 
(YB Abdul Wahid Endut)
  

Kalau berpandu kepada carian yang telah saya lakukan, projek ini telah lama berjalan iaitu sejak 2008 lagi. Buktinya :


Kutipan derma telah bermula lebih awal dari 10 Dis 2008 berdasarkan kenyataan berikut : Timbalan Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz Nik Mohd Zawawi Haji Salleh berkata, bangunan terbabit dibina di atas tapak seluas dua ekar di kampung Tok Has, Jalan Kuala Besut telah dimulakan pembinaan sejak awal september lalu. - Demikian yang dinyatakan pada entri blog tersebut pada 10 Dis 2008!

Baca yang selengkapnya :
PEMUDA BESUT 10 DIS 2008: PAS Besut sedang membina sebuah pusat pengajian Islam setinggi tiga tingkat bagi melahirkan lebih ramai hafiz melibatkan kos sebanyak RM2 juta. Timbalan Yang DiPertua PAS Besut, Ustaz Nik Mohd Zawawi Haji Salleh berkata, bangunan terbabit dibina di atas tapak seluas dua ekar di kampung Tok Has, Jalan Kuala Besut telah dimulakan pembinaan sejak awal september lalu.
 Kelewatan pembinaan bangunan sebelum ini berpunca masalah teknikal dan sikap berdolak dalih syarikat perunding yang dilantik untuk mengemukakan pelan bangunan kepada Majlis Daerah Besut. Bagaimana pun kata beliau PAS Besut kemudiannya melantik sebuah perunding dari Kota Bharu bagi melaksanakan tugas tersebut dan setakat ini perkembangan semakin lancar. Menurutnya peruntukan awal bagi membinanya telah melibatkan kos sebanyak RM200,000. Menurutnya sumbangan bagi membeli tanah tapak bangunan tersebut diperolehi melalui sumbangan tokoh-tokoh korporat di Kuala Lumpur.Sila klik di sini
Korang dah hazam tak apa yang aku bold kan itu? Cer badingkan dengan entri dilain seperti berikut : 



 Banyak persoalan yg perlu dijelaskan oleh Ust Nik Zawawi kalau melihat kepada kenyataan di atas itu.

Kenapa begitu lama sekali sedangkan dah dilantik perunding baru dari Kota Bharu dan katanya perkembangan semakin lancau lancar? 

Status terbaru (lihat sebelah) menyatakan projek ini masih belum siap lagi dan memerlukan wang, wang, wang....  

Iklan bertarikh 8 Ogos 2014 : Sudah nak masuk 6 tahun wahai Sahibul Yamahal Samaha.... tolong minta penjelasan sikit, kenapa masih tidak siap?

Itu sahaja buat kali ini.....
Comments
2 Comments

2 comments :

Rambo said...

kita sygkan ulamak maka kita perlu menegur demi kebaikan mereka dan islam juga.

jika tidak suka dgn teguran maka jgn harap lah islam akan menang. lama lagilah islam akan memerintah di malaysia ini.

ust perlu jawap segera samada penyokong wala atau tidak.

Wala kpd amanah yg diperintah Allah itu lebih besar.

sizzly7761 said...

Duit dan nikmat dunia...serban pun terbang!! Inilah bahayanya bila perawakan agama diguna untuk memutihkan kegiatan 'hitam'.. Gelaran Dato' tu beli ke minta? Gelaran dunia yang tak boleh datangkan syafaat pun nak juga ye? Huhuhu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...