GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, November 11, 2014

Rahsia Tuang Presideng bawa diri ke London ....


Presiden PAS Hj Hadi dilaporkan telah memberitahu Harakahdaily semalam, keadaan kesihatannya tidak berapa baik kebelakangan ini, memaksanya menolak untuk memenuhi jemputan ceramah yang diterima.

 Hadi dilaporkan akhir-akhir ini kerap tidak hadir mesyuarat dengan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), juga mesyuarat partinya sendiri, sejak krisis menteri besar Selangor berakhir

Kenyataan Hj Hadi itu muncul kebetulan ketika ada laporan yang kata: Hj Hadi tidak pernah hadir Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan sejak 20 bulan yang lalu. Tidak sama sebagaimana yang beliau sebut memperkukuhkan Pakatan Rakyat sedangkan hakikatnya jauh berbeza dari apa yang di ungkapkan ketika Muktamar. Klik di sini

Itulah alasannya, dia tidak sihat? Dia ponteng dari menghadiri pelancaran Belanjawan 2015 PR dan pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu tapi boleh pula pergi ke Kota London. Tak sihat tang mananya?

Ada yang mengatakan Hj hadi ke London semata-mata mahu ponteng dari persidangan parlimen.Dia bukan ada program khas tertentu untuk ke sana.Pelajar disana terpaksa mengadakan program untuknya apabila Hj Hadi tiba di sana. Ada kawan yang chek dengan pelajar-pelajar di London....mulut periuk bolehlah tutup....

Benarkah ada yang mengatakan Hj Hadi ke London kerana sengaja nak ikut Setiausaha Politiknya, Dr Samsuri Mokhtar yang ada urusan menghantar anaknya belajar di sana.....??? 

Ada juga yang bagi tahu saya, bila ditanya 'Kenapa Hj Hadi tak mahu datang ke Parlimen?'  Ada yang beritahu, "Sebab dia segang...."    



Aku tergelak bila kawan tu bagi tau begitu.... masuk akalkah alasan tak datang parlimen sebab segan kerana diapit kiri kanannya oleh Anwar dan LKS.....pindahlah duduk tempat lain biar diapit oleh Nik Abduh dan Tantawi pula! Eloklah kalau Pandikar Amin susun semula kedudukan kerusi mereka ini di parlimen supaya Hj Hadi tak ponteng lagi.

 Kalau benar atas alasan kesihatan dia tidak hadir parlimen, macam mana pula dia boleh pergi ke Kota London?

 Apakah Hj Hadi tidak terfikir bagaimana reaksi orang-orang PKR bila dia dengan semborono tuduh Dr Wan Azizah tidak layak jadi MB Selangor? Lupakah dia yang dia sendiri pun pernah jadi MB Trengganu cuma sepenggal?


Saya tahu, ada seorang wakil rakyat PAS yang mengeluh akibat mulut celupar Hj Hadi tersebut. Sebelum ini, Adun PAS ini mudah sekali untuk mendapat sumbangan dana dari orang-orang Tionghua PKR di tempatnya. Bukan sikit-sikit kalau depa bagi, dibandingkan dengan orang kita sendiri yang cakap berdegar-degar bunyinya...

Aku perhatikan orang PAS di tempat aku sendiri ni, bukan main marah kat aku sebab aku, menurut mereka selalu menghina Hj Hadi, Presiden mereka! Aku tak mahu ulas lanjut pasal itu buat masa ini, cumanya baguslah kalau korang ada sikap sayangkan presiden korang macam itu.

Tapi apakah korang tidak terfikirkan, orang PKR pun ada sikap yang serupa juga terhadap presiden mereka, Wan Azizah.Orang PAS ingat bagaimna perasaan orang PKR bila Presiden PAS hina Presiden PKR?


Seorang menteri besar seharusnya memenuhi kriteria tertentu dan berkelayakan untuk memegang jawatan seumpama itu.

“Jika beliau tidak mempunyai keupayaan untuk berbahas di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), bagaimana beliau hendak hendak menjadi pemimpin yang kuat?


“Ia bukan menjadi persoalan, dan berdasarkan kriteria itu sahaja, beliau tidak layak,” katanya pada satu ceramah di Terengganu.

SUMBER
  Ceramah itu dimuat naik sepenuhnya di YouTube                                                                                                                                                             Saya amat tertarik dengan komen Anwar Ibrahim yang menunjukan kematangannya sebagai seorang negarawan sejati. Walaupun isterinya pernah dicemuh dan dihina oleh Hj Hadi, namun beliau tidak menaruh rasa dendam dan masih boleh bersabar dengan karenah Hj Hadi.


  Dilaporkan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang Hadi bercadang membawa PAS keluar PR, dan katanya beliau sering berhubung dengan Hadi.


 "Saya tidak rasa begitu, tidak elok mengatakan demikian. Saya ada berkomunikasi dengan beliau. Ia bukanlah satu masalah," kata ketua umum PKR itu di sini

Tapi percayalah, seperti apa yang pernah Mat Sabu ungkapkan sewatu penggulungan di Muktamar PAS ke-60 baru lalu, "Saya bukan orang pelastik, sedikit sebanyak tersentuh juga perasaan saya..." Anwar juga bukan jenis manusia pelastik!
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

berat nanang hadi awe ni...
bersara je la...

Anonymous said...

Aku rasa mu ni dah punah otak..

Anonymous said...

Jiwa seronoklah tuan blog. seronok sungguh. Kalau nama lain syok.

Anonymous said...

Aku orang dalam PKR. Aku letih diperbodohkan Ketum. Ang boleh pi siasat, pasai apa ketum suruh orang lain lempar batu pada pemimpin PAS? Sendiri tak berani baling. Telunjuk lurus kelingking berkait. Depan lain, belakang lain.

Anonymous said...

Apa tunggu lagi. Pegilah amik borang pkr dgn anwar. Bapak sendiri dimaki. Bapak org disanjung2.

Anonymous said...

Bila pemimpin menunjukkan pemimpinan yg tak adil, jadilah dia mcm kera sumbang

bat8 said...

Anon 10:02....ni sekor lagi ahli PKR jadian dari UMNO!

Sudah-sudah le dengan tektik tahun 1940an ni yang terperangkap dalam waktu silam.Ni dah abad 21, Dol! Manusia sudah berpelajaran. Dalam PAS sahaja ada lebih 100 orang berkelulusan Phd.

Jenis manusia jadian dari kalangan cai-cai UMNO ni bersepah bila setiap usaha UMNO untuk m3ngjahanamkan PR terkantoi. Ikut isu semasa -adakala jadi ahli PAS jadian, adakala jadi ahli PKR jadian seperti Anon 6:59 ni. Aku pe4nah te4jumpa cai UMNO jadia ahli DAP jadian.....hahaha.

Sudah sudah le. Tak kemana kamu dengan UMNO. Lagi baik nko pi tolong Najib yang sekarang tercungap2 mengjadapi pelbagai silap mata yang dibuat untuk menutup kelemahan pentadbiran selama ini sudah mula terburai satu persatu. Yang te4baru ketirisan yang baru dilapo4kan ol3h laporan ketua audit negara. Sampai p3nngerusi PAC pun dah mula bertindak.

Banyak isu-isu lain yang lebih menyusahkan rakyat sudah terburai sekarang. Lebih baik ke kamu tengok apa yang sedang menghimpit parti kamu dari dok nak menjahanankan lparti orang.UMNO tak akan kuat balik, takkan berjaya m3ndapat balik sokongan yang semakin hilang dengan m3ngjahanamkan parti lawan. Kalau pun parti lawan hancur, UMNO t3tap tenat dan ditolak juga sebab masaalah UMNO adalah masaalah yang dicipta ol3h pemimpin-pemimpin UMNO s3ndiri. Sebab kel3mahan dan takde kewibawaan pemimpin UMNO sendiri.

Udah udah le nak tunjuk bodo tak bertempat. Ano 11:30 pun 2 x 5 juga!

Anonymous said...

oi macai2 di atas. jawablah hujah2 yg dikemukakan dlm artikel ini. jgn asyik ikut perasaan saja. dasar macai betul

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...