GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, November 15, 2014

Ruwaibidhah : Manusia Jahil Di Angkat Jadi Ulama’

Rasulullah telah mengingatkan kita tentang kehadiran mereka pada zaman ini apabila matinya para ulama’ rabbani.

 “Sesungguhnya Allah tidaklah mengangkat ilmu dengan sekaligus dari para hamba. Namun Allah akan mengangkat ilmu dengan mewafatkan para ulama’. Hingga bila tidak tersisa seorang pun ulama’, manusia mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Mereka ditanya lalu berfatwa tanpa ilmu. Mereka pun sesat dan menyesatkan.” (HR Bukhari & Muslim)

 Maka para ulama’ dan para tukang fatwa yang bodoh ini mula berfatwa dalam masalah manusia, dari masalah sekecil hinggalah kepada masalah yang besar. Hati-Hati dengan Ruwaibidhah. Imam Ibnu Majah meriwayatkan di dalam Sunannya :

 حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

 Abu Bakr bin Abi Syaibah menuturkan kepada kami. Dia berkata; Yazid bin Harun menuturkan kepada kami. Dia berkata; Abdul Malik bin Qudamah al-Jumahi menuturkan kepada kami dari Ishaq bin Abil Farrat dari al-Maqburi dari Abu Hurairah -radhiyallahu’anhu-, dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah justru dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Ruwaibidhah berbicara.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud Ruwaibidhah?”. Beliau menjawab, “Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.” (HR. Ibnu Majah, disahihkan al-Albani dalam as-Shahihah [1887] as-Syamilah).

 Hadits yang agung ini menerangkan kepada kita:

 1. Hadits ini menunjukkan pentingnya kejujuran dan mengandung peringatan dari bahaya kedustaan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Wajib atas kalian untuk bersikap jujur, karena kejujuran akan menuntun kepada kebaikan, dan kebaikan itu akan menuntun ke surga. Apabila seseorang terus menerus bersikap jujur dan berjuang keras untuk senantiasa jujur maka di sisi Allah dia akan dicatat sebagai orang yang shiddiq. Dan jauhilah kedustaan, karena kedustaan itu akan menyeret kepada kefajiran, dan kefajiran akan menjerumuskan ke dalam neraka. Apabila seseorang terus menerus berdusta dan mempertahankan kedustaannya maka di sisi Allah dia akan dicatat sebagai seorang pendusta.” (HR. Muslim dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu’anhu).

 2. Hadits ini juga menunjukkan pentingnya menjaga amanah dan memperingatkan dari bahaya mengkhianati amanah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah datangnya hari kiamat.” Lalu ada yang bertanya, “Bagaimana amanah itu disia-siakan?”. Maka beliau menjawab, “Apabila suatu urusan diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamatnya.” (HR. Bukhari dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu). 

 Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda, “Tidak lengkap iman pada diri orang yang tidak memiliki sifat amanah.” (HR. al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu, dihasankan al-Albani dalam Takhrij Misykat al-Mashabih [35] as-Syamilah) 

 Rumusan ringkas:

 Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi material dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan. Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

 Pemimpin yang berpura-pura hebat dan menjalankan integriti sedangkan dialah yang melakukan pelbagai penyelewengan.Sungguh menyedihkan. ~ sumber TGST
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Haji hadi la tu...betul tak hussin?hahaha...

Anonymous said...

Fitnah yg berleluasa dan mengakar dlm masyarakat ....

Alhusseyn Alhusseyn said...

Mereka ada berilmu….Ali Jumaah, antara ilmuan yang hebat … (tetapi) dalam ucapannya, dia arahkan tentera Mesir : Bunuh mereka!
Dia kata – Uqtuluhum! – Dia mengarahkan pembunuhan keatas para demonstrator… Bunuh mereka! – Jika kamu bunuh mereka, baik bagi kamu, jika mereka bunuh kamu, baik bagi kamu kerana kamu akan pergi ke syorga! Ini ilmuan hebat? Ulama yang jahat ada dimana-mana. Kejatuhan Morsi telah mendedahkan Ulama seperti Ali Jumaah siapa dia yg sebenarnya apabila dia memihak kpd As Sisi. Isu kemelut MB Selangor juga mendedahkan kebanyakan Ulama yg ada pada kita.Tidak mahu tuduh sesiapa.Terpulang kpd penilaian masing-masing.

Anonymous said...

Mana ilmu hendak berkat ustaz sampul banyak sangat.Ilmu kalau tidak ajar dengan ikhlas masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Anonymous said...

diselangor morsi tu khalid dan al sisi tu anwar hahaha

Anonymous said...

Alhussyeyn..
Coba fikirkan ini dgn mndalam..
FIKIRkannya dgn jujur sedlm2nya..

ULAMAK
ULAMAK itu pwaris nabi2!!!?

Pokoknya..
Bgmn, bgmn, bgmn nabi2 yg kita fahami
Bgmn nabi2 belajar & brGURU??
Adakah jenis "BUKU" yg nabi2 rujuk??
Adakah "IJAZAH" kertas yg dicari?
Adakah Universti yg mrk iktiraf?
Adakah "HANYA" bahasa Arab shj sbg BAHASA nabi2?????

ULANG lagi skali..
Adakah Univrsiti yg mrk(nabi2) IKTIRAF didonia ini?????
Adakah "HANYA" bahasa Arab shj yg mnjd BAHASA nabi2????????

Pokoknya lg..
Adakah nabi2 memburu "PANGKAT"?
Adakah nabi2 memburu "GAJI/duit"?
Adakah nabi2 heran dgn gelaran wostad2 @ "ULAMAK"??

FAHAMI ini sdlm7nya..
---nabi2 mmbawa CAHAYA yg sgt terang
---nabi2 SULOH sgl keGELAPan
---nabi2 SULOH sgl keZALIMan
---mrk SULOH sgl "pgKHIANATan"
---mrk SULOH sgl FITNAH dgn TERANG!
---mrk SULOH sgl SONGLAP ddlm gelap!

Itulah
Itulah "JIWA" nabi2 krn..
**Ummat/rkyat sentiasa djiwa mrk
**Naseb umat/rkyat adalah naseb mrk
**AMANAH umat/rkyat ditangan mrk
**BEBAN umat/rkyt dipundak mrk

Itulah..
Itulah nabi2..
-mrk TIADA sama skali pentingDIRI
-TIADA samaskali penting HARTA
-TIADA jua penting KUASA
-TIADA samaskali penting "BANGSA" geng/kroni @ negara!

RENONGKANLAH..
"YG SEMUTLAK2 PENTING & MAHA PENTING SKALI BAGI NABI2 ADALAH HAQ CINTA KASEH SAYANG ALLAH KEATAS SEMUA UMAT MANUSIA!!"

Perjuangan UNIVERSAL/azali nabi2 TIADA samaskali "sempadan2" daerah negeri NEGARA mahupon kaum bangsa & KETURUNAN krn..krn..krn mrk(nabi2) sgt insaf bhw KITA SEMUA berASAL "SATU" dr Adam as..

..Hudud hududuLLAH nabi2 adalah "HUDUD" yg penoh dgn HIKMAH dan CINTA-KASEH-SAYANG dr ALLAH semata2 krn penoh CINTA-KASEH-SAYANG kpd ummah..yg TIADA samaskali "NIAT" cita2 peribadi pentingkanDIRI..

Itulah
Itulah nabi2..
..adakah yg dipuja2-konon2 sbg ulamak didepan MATA kita skrg ini..adakah mrk itu pewaris nabi2???

SEBALIKnya..
Mrk yg BUKAN belajar "BAHASA" Arab & BUKAN balik dr "Univrsiti" Mesir/Arab lebih memiliki IQ yg tggi serta memiliki VISI & "jiwa" nabi2..

Alhussyen..
Renong2kan lah sdlm2 nya, wslam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...