GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, November 18, 2014

Soalan maut TGNA : Haji Hadi malas atau uzur?

Saya rasa ada justifikasinya bila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak Presiden PAS Hj Hadi supaya menghadiri setiap Mesyuarat Kepimpinan Pakatan Rakyat.

 “Ini satu permintaan yang munasabah kerana hanya Abdul Hadi memegang kuasa penuh dalam PAS untuk membuat keputusan dan beliau menikmati kuasa veto penuh itu termasuk ke atas Jawatankuasa Pusat PAS.

 “Maka kehadiran Abdul Hadi dalam mesyuarat satu kemestian untuk untuk Pakatan Rakyat berfungsi bersama sebagai satu gabungan serta memastikan kepaduan dasar dan perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.Baca lagi di sini

Saya berharap LGE tidak terasa hati bila Tuan Guru Nik Aziz membuat kenyataan membidas DAP kerana mendesak orang yang uzur hadir mesyuarat.

Biasalah, sebagai adat resam orang Melayu sebagaimana dalam pepatahnya, 'Pukul anak sindir menantu.' Lim Guan Eng kena memahami budaya unik orang Melayu ini.

Secara lahiriahnya kita nampak TGNA begitu marahkan pemimpin DAP kerana mempersoalkan kegagalan Presiden PAS hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

TGNA kata, "Dia (Abdul Hadi) tidak datang mesyuarat disebabkan malas atau uzur? dia uzur. Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat..."

 Pastinya TGNA sendiri maklum bahawa Hj Hadi telah ponteng sejak 20 bulan yang lalu...tetapi program parti sendiri ok saja. Hj Hadi boleh pergi kempen Pengkalan Kubor, boleh pergi Muktamar di Parit Raja, Johor untuk berucap walaupun baru kembali dari Jakarta. Ooops pergi berubatkah ke Jakarta tu?

Jakarta tu dekat....Apa halnya lari ke London sewaktu pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, hadir disebelah pagi, sebelah petang terus ponteng.....tahu-tahu saja, Oktober 14 dia  pergi London mengikuti Setpolnya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang menghantar anaknya belajar disana....

Pada saya soalan TGNA yang berbunyi : "Hadi malas atau uzur" sangat bermakna. Seolah-olah TGNA suruh kita sendiri menilainya - Malas atau Uzur?

Terpulanglah kepada korang membuat pilihan....Saya cuma nak tanya korang , dia pergi Jakarta dan London hari tu untuk berubat atau apa? 

Kenapa orang uzur tak duduk berehat kat rumah atau rumah sakit? TGNA tentu senyum ....

'Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat'

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas tindakan pemimpin DAP yang mempersoalkan kegagalan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata perkara berkenaan sepatutnya tidak dipersoalkan kerana Abdul Hadi (kiri) mempunyai alasan tersendiri tidak dapat berbuat demikian.

"Dia (Abdul Hadi) tidak datang mesyuarat disebabkan malas atau uzur? dia uzur. Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat.

"Kerja 'orang bodoh' ini (mempersoalkan ketidakhadiran Hadi)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka semalam.

Sebelum ini, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Abdul Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata Abdul Hadi perlu hadir bagi memastikan Pakatan Rakyat, gabungan PKR, DAP serta PAS, berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi.

Guan Eng secara terbuka turut menggesa Abdul Hadi hadir dalam mesyuarat berkenaan selepas beberapa bulan presiden Pas itu gagal berbuat demikian.SUMBER
Comments
10 Comments

10 comments :

Anonymous said...

Ta perlu na cover up Nick Aziz.Dia pun mcm Hadi dah expired, product.

Dia boleh komen atau sindir tanpa guna perkataan bodoh.

Yang bodoh org PAS aje kerana na tutup Nick Aziz yang dah nyanyok dan sedapkan hati

Anonymous said...

Antara malas dengan uzur... saya rasa dia SEGAN.

Syafee eee said...

Tiada ayat lagi nak cakap macam mana lagi nak suruh Tuang Presideng letak jawatang.

Dalam ceramah Pas sekarang pon aku memang tak bagi derma dah takut disalah guna.

Anonymous said...

malas

Syafee eee said...

ryTiada ayat lagi nak cakap macam mana lagi nak suruh Tuang Presideng letak jawatang.

Dalam ceramah Pas sekarang pon aku memang tak bagi derma dah takut disalah guna.

Anonymous said...

Memang Hadi awang tidak layak jadi seorang pemimpin untuk memimpin jemaah kalu dulu pelbagai fatwa dikeluarkan semasa tiada kuasa mutlak dan sekarang pelbagai kenyataan bodoh dikeluarkan,jika tidak mahu hadir kesesuatau mesyuarat atau perbincangan dalam MPP hantarlah saj wakil dan janganlah pula bila sudah dihantar wakil untuk bercakap sebagai wakil janganlah pula wakil sendiri ditikam dari belakang adakah layak dipanggil ketua jika ketua sendiri tidak percaya pada wakil lebih elok dipecat dari jawtan saja. bagitulah jika sudah terlalu lama dalam jawatan mereka akan jadi melalut dan nyanyok.

mosabit said...

tuan guru nik aziz...i love u tok...kepala hotak u bergeliga sungguh...

u bedek burung tapi tembak rusa ...

kah kah kah kah kah ...

niz aziz ada soang jer dlm dunia ni...

Anonymous said...

berhenti lah Hadi...bagi pada orang yg sihat kalo dah rasa tak boleh bekerja lagi. ramai orang yang lebih producktif dan beridea lebih baik dari engkau Hadi..

Anonymous said...

JIWA nabi2 menolak FITNAH
FITNAH ditolak & dihukum sekeras2nya!

TIADA kompromi
TIADA kompromi w.pon sedikit
TIADA samaskali kompromi kpd FITNAH!

Ulamak..
Ulamak adalah peWARIS nabi2

BUKAN sekali..
BUKAN dua kali..
nik aziz terang2an beKOMPROMI hatta seNAKHODA dgn hadi sikaki FITNAH!!

hanya org2 tolol BAHALLOL shj lg yg maseh menyokong dan sggup berNAKHODA kan si-tukang PONTENG & kaki FITNAH termasuk nik aziz!?

Apb dah mnjd bodoh tolol-BAHALLOL krn FITNAH adakah layak bg seseorg itu digelar sbg moorsyidool!??

memang dia layak mnjd moorsyidool TETAPI hanya kpd yg BODOH & BUTA kpd FITNAH!!!?--noktah!

Anonymous said...

JIWA nabi2 menolak FITNAH
FITNAH ditolak & dihukum sekeras2nya!

TIADA kompromi
TIADA kompromi w.pon sedikit
TIADA samaskali kompromi kpd FITNAH!

Ulamak..
Ulamak adalah peWARIS nabi2

BUKAN sekali..
BUKAN dua kali..
nik aziz terang2an beKOMPROMI hatta seNAKHODA dgn hadi sikaki FITNAH!!

hanya org2 tolol BAHALLOL shj lg yg maseh menyokong dan sggup berNAKHODA kan si-tukang PONTENG & kaki FITNAH termasuk nik aziz!?

Apb dah mnjd bodoh tolol-BAHALLOL krn FITNAH adakah layak bg seseorg itu digelar sbg moorsyidool!??

memang dia layak mnjd moorsyidool TETAPI hanya kpd yg BODOH & BUTA kpd FITNAH!!!?--noktah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...