GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, November 17, 2014

Tuang Hj Hadi Harus Berundur..!!

Salinan memo ini datangnya dari Dewan Ulama PAS Kedah kepada Tuang Hj Hadi yang mahukan Ustaz Azizan diganti. Tapi memo ini dinyahkan sebegitu sahaja oleh Tuang Hj Hadi. 

Beliau terlalu angkuh dengan keputusan sendiri sehinggakan pendapat dan pandangan orang lain langsung tidak di guna pakai. Keputusan sendirian bukanlah perkara baru.

 Mengikut RIWAYAT SAHIH sejurus mendapat memo ini, Tuang Haji Hadi terus mengoyak, membuangnya dan membakul sampahkan memo itu seolah tiada nilai. Memaparkan betapa barannya beliau di dalam menguruskan kemelut yang berlaku di Kedah.

 Segelintir (bukan semua) PAS Terengganu mengalami budaya sindrom kalah terus menerus lebih baik jika pendapat mereka tidak di guna pakai. Sikap tidak berpuas hati di kesemua hal di dalam PAS memuncak sehinggakan orang lain perlu akur hanya mengikut telunjuk mereka.

 Sikap asobiyah kenegerian yang dangkal cuba di praktikkan kedalam negeri lain yang memiliki struktur budaya sosial yang berbeza. Cuba singkap kembali budaya Takfiri (kafir mengkafir/lebel-melebel). Sembahyang/Solat 2 imam. Semuanya berpunca dari pemimpin Terengganu.

 1985~ Isu CCC yang cuba di perkenalkan oleh Tuan Guru Hj Yusof Rawa/Ust Fadhil Noor mendapat tentangan sengit di dalam Muktamar terutama daripada perwakilan/Jawatankuasa Pas Pusat Terengganu. Tuan Guru Hj Yusof Rawa bingkas mempertahankan tindakan beliau.

 1990~ Sekali lagi pimpinan Pas Terengganu bangkit mempersoalkan soal penyatuan Angkatan Perpaduan Ummah bersama Semangat 46 pada ketika itu. Kekuatan daya hujahan Ust Fadhil Noor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya menyangkalkan desakan mereka.

 1999~ Isu ahli bersekutu untuk bukan Islam berada bersama Pas. Pemimpin Pas Terengganu melakukan road show untuk menafikan keperluan kerjasama bersama orang bukan Islam (Non-Muslim). Akhirnya kesungguhan Dr Mujahid Yusof Rawa berjaya di dalam isu tersebut sehingga tertubuhnya Kelab Himpunan Penyokong Pas yang kini bergelar Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

 2008~ Timbul isu Kerajaan Perpaduan yang cuba di sarankan oleh Presiden PAS Tuang Hj Hadi. Beliau sehingga kini cuba untuk membawa keluar Pas keluar dari PR untuk membentuk Pakatan bersama Umno dengan alasan perlunya Kerajaan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam.

 Sikap rasis ini bukanlah perkara baru di dalam Pas malah cubaan untuk mengawal minda golongan bawahan mengikut acuan sendiri masih berleluasa. Politik baru harus segar bahawa keperluan untuk menghadapi Umno-BN memerlukan kerjasama pelbagai parti. Ini cuba di nafikan.

 Sudah tibalah masanya Tuang Hj Hadi berundur sebelum datangnya masa kehancuran yang semakin parah/berluasa di dalam Pas. Pas kini tidak lagi seperti dahulu ketika di bawah pimpinan Ust Fadhil Noor. Tuang Hj Hadi sebenarnya telah gagal membuat penyatuan secara berhikmah di dalam Pas. Hanya retak menanti belah.

 Tuang Hj Hadi Harus Berundur..!! ~ Rakyat Bangkit
Comments
11 Comments

11 comments :

Anonymous said...

Tak pernah jumpa presiden pas yg bongkak mcm ni

Anonymous said...

Ambo setuju sangat deh...

Anonymous said...

Dalam masaalh sekarang yang menimpa Pas telah terseret sama TGNA,benar atau tidak Allah sahaja yang tahu sekiranya kenyataan TGNA yang memperkatakan bahawa Pasma seolah golongan munafiq.Dan hari ini dalam Sinar Harian keluaran Terenganu dikatakan bahawa TGNA memerthankan Hj Hadi,beliau membidas golongna yang meminta TGHH berundur dan dikatakanya bahawa TGHH uzur untuk menghadiri mesyuarat.dan selaslu THHH tak sihat,Sekiranya dah tahu TGHH selalu sakit biarlah belaiu berehat dan melepaskan jawatan kepada orang yang sihat,Umpama permainan bolasepak d,dipakasa juga Kapten bermain padahal kapten dah letih dan tak sihat.Apa akan jadi dengan pasukan tersebut?SEKIAN.

Anonymous said...

Andaikata apa yang di nyatakan di atas ada kebenaran nya, saya rasa elok lah di adakan EGM dengan melakukan pemilihan dan di singkirkan sahaja mereka yang suka memecah belah kan PAS.

Sebenar nya saya sudah meluat dengan pendirian para pemimpin PAS termasuk presiden nya sejak dari kemelut perlantikan MB Selangor lagi.

Sekira nya kaedaan PAS terus dalam kaedaan demikian jangan harap di PRU ke 14 nanti PAS mampu meraih sebarang kerusi. Di sebabkan itu juga saya kira anggan PAS Johor untuk meraih kejayaan lebih besar akan tidak menjadi kenyataan. Sorry Salahuddin Ayub susuk yang saya kenali kerana berangkapan demikian.

Untuk menjadi kan kerosakan tidak membarah elok lah PAS laku kan sesuatu.

Anonymous said...

Ada ramai SB dalam PAS Terengganu

gurustress said...

Admin suka cari gaduh.. ari2.. cari slh org..

Anonymous said...

Masing2 ada pendirian ..yakin lah yg batil tidak akan kekal lama dan org yg ikhlas dan berilmu akan nampak kesalahan golongan yg batil kelak in sha Allah..golongan yg ramai ulamak itulah yg mesti di ikuti kerana mereka tidak akan bersama dan bersetongkol org yg zalim dan munafik bahkan jahil

bat8 said...

Anon 6:21

Jangan k3liru dengan isu ini.

Pertama, bukan isu besar TGHH tak hadir mesyuarat PR kerana TGHH selalu menghantar wakilnya. Ini amalan biasa yang dipraktikkan di seluruh dunia. Wakil ini diberi mandat penuh untuk membuat keputusan. Kadangkala mandat ini bersyarat. Wakil tersebut diarah, ada isu-isu yang wakil ters3but bol3h buat keputusan semasa mesyuarat. Ada isu dimana wakil tersebut perlu menyatakan pendirian empunya diri. Wakil ters3but tidak diberi mandat untuk m3mbuat keputusan selain daripada yang telah diputuskan. Dalam hal ini, wakil tersebut perlu mempertahankan pendirian empunya diri semasa pe4bincangan isu ters3but.

Yang m3njadi masaalahnya ialah sudah la dia xhadir, apabila wakilnya membuat keputusan, TGHH bantah diluar mesyuarat. Wakil yang dihantar tidak boleh membuat sebarang keputusan. Akhirnya mesyuarat tersebut gagal dan sia-sia. Segala perancangan tidak dapat disepakati dan segala gerak kerja PR tidak dapat dilaksanakan hanya kerana orang yang bol3h memberi kataputus bagi pihak PAS tidak hadir dan wakil yang dihantar hanya menjadi tunggul kayu.

TGHH k3na sedar bahawa jawatan Presiden PAS bukan seperti jawatan presiden parti-parti sekular yang terdapat didunia ini. Jawatan Presiden PAS adalah amanah ugama yang besar. Bila bercakap tentang amanah ugama yang besar, bagi kita orang Islam, ia ada kaitan dengan dunia dan akhirat. Bukan setakat cerita kat dunia je macam jawatan Presiden UMNO, MCA, MIC, Gerakan, DAP dll parti s3kular.

Jadi isunya apa yang berlaku sekarang, seolah-olah hanya TGHH sahaja yang mempunyai kata p3mutus yang muktamad di dalam PAS. TGHH boleh veto apa sahaja yang dia hendak. JKPP ia itu badan esekutif yang ditubuh dibawah perlembagaan PAS tidak mempunyai apa-apa kuasa, hanya jadi pak turut je.

Jadi, dalam situasi ini, dimana hanya TGHH seorang sahaja yang berkuasa membuat keputusan di dalam PAS, ketidakhadiran beliau di dalam mesyuarat PR adalah satu kezaliman kepada amanah jawatan yang disandang! Sedangkan keputusan untuk terus bersama PR dan memperkukuhkan PR adalah keputusan muktamar - keputusan tertinggi didalam PAS dimana dari Presiden, MSU, DUPP, JKPP hinggalah kepada akar umbi wajib patuh dan taat.

Jadi taat dan patuhkah TGHH kepada parti dan jamaah apabila selalu tidak hadir mesyuarat PR sehingga meny3babkan mesyuarat tersebut gagal dan sia-sia? Tidakkah ketidakhadiran TGHH didalam mesyuarat tersebut akan menghancurkan PR kerana hanya TGHH seorang sahaja yang boleh membuat keputusan bagi pihak PAS?

Ini isu yang sdra terlepas pandang dan isu utamanya!

Anonymous said...

Yang lain aku tak tau tetapi hak ni perpecahan dalam PAS memang TGHH maca tak buat kerja langsung.

Anonymous said...

Anon 12:50

Sdra hanya pandai sebut secara umum sahaja yang tidak membawa apa-apa makna atau jalan yang bol3h menyelesaikan masaalah yang dihadapi ol3h PAS sekarang.

Prinsip umum tidak berguna, hanya tinggal sebagai satu k3nyataan tergantung jika tidak digunakan untuk menyelesai masaalah yang sebenar.Inilah kita panggil parroting atau burung kakaktua. Tahu s3but t3tapi tak tahu makna. Tak tahu macamana digunakan.

Prinsip samada dalam bidang ugama atau bidang-bidang lain digunakan untuk menyelesai masaalah yang dihadapi manusia. Kalau sekadar tahu s3but takde makna prinsip ters3but.

Boleh tolong huraikan bagaimana prinsip umum yang sdra tulis itu dapat dikaitkan dengan artikel diatas.

Inilah satu kel3mahan orang PAS. Tau sahaja tapi tak tahu guna.

Anonymous said...

Kalu ikot ulama yg jilat bontot umno amacam bos

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...