GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, November 14, 2014

Tuang Presideng dah bengkeng....siaplah korang!

Ahli PAS jangan langgar dasar parti dalam isu Mak Nyah, kata Hadi 

Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada ahli PAS supaya tidak melanggar dasar dan peraturan parti berhubung isu lelaki berpakaian seperti wanita dan sebaliknya, termasuk berkaitan golongan Mak Nyah.

 Mereka yang mengambil pendirian bertentangan pendirian parti akan dibawa kepada Jawatankuasa Disiplin, kata Presiden PAS itu dalam satu temu bual dengan akhbar Harakah.

 "PAS ada dasar. Saya beri peringatan kepada ahli PAS. Jangan terlajak lebih daripada dasar parti. Kalau terlajak, kita tidak teragak-agak membawa kepada Jawatankuasa Disiplin. Itu saya tegaskan," kata Hadi dipetik daripada Harakah.

 Beliau juga mengingatkan pemimpin PAS turut menjalankan tanggungjawab sewajarnya dalam mengatasi masalah berkaitan Mak Nyah selain mendakwa kerajaan pusat tidak bersungguh-sungguh memainkan peranan mengatasi keadaan tersebut. 

 "Bukan kerajaan saja. Kita sendiri pun, termasuklah orang PAS sendiri. Saya tahu, di kalangan orang PAS pun ada yang ikut juga. Itu tidak boleh.

 "Saya terang-terang kena sebut juga, PAS ada Jawatankuasa Disiplin. Kalau ada orang PAS yang terikut-ikut, saya tidak teragak-agak bawa ke Jawatankuasa Disiplin," katanya mengulangi amarannya seperti dilaporkan akhbar rasmi parti itu.

 -  Baca sepenuhnya di sini

Komen : Masa Pemuda buat kuang ajaq kat Timbalan Presiden, ada tak Tuang Presideng bengkeng? Cuma nak ngingatkan Tuang Presideng jer!

Nak tau sungguh, siapa dia Jawatankuasa Disiplin PAS yang Tuang Presideng sebutkan itu...semua orang tentu nak tahu juga.

Hj Hadi adalah kappala, buat kenyataan diakhbar apa guna? Panggillah mereka yg terlibat dan belasahlah cukup-cukup.

Ada baiknya Hj Hadi buat muzakarah antara LUHAM dan MSU bincang kedudukan perkara untuk mencari solusi yang berfaedah.
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

Orang tua ni memang tak layak jadi pemimpin. Buka sebelah mata, sebelah mata lagi tutup. Ketokohan sebagai pemimpin hancuss.

Kes nak bergabong dgn umgokk apajadi, siap ada bukti whasapp lagi, diam, tutup kedua dua belah mata. Ada tindakan!!. Perkara ini lebih besar kesan pada pas lebih2 lagi terhadap pr.

Nak kalih isu.. tak payah la. Semua ahli pas tahu hanya menanti masa menurunkan tuang presiden dan ug terengganu.

Anonymous said...

Maknyah atau transgender tidak boleh jadi ahli PAS. Bila nak dakwah. Persepsi dan tafsiran kena jelas. Adakah mereka orang yang tak boleh didekati.

Anonymous said...

Tekak presiden sudah baik..jangan ponteng bahas parlimen dan mesyuarat tok..Allah nampak..

Anonymous said...

Hadi awe ni layak ketuai NGO je
Tak layak langsung jadi presiden sebuah parti politik

Anonymous said...

Kurang ajar ke mat sabu takpe hahaha...mak nyah ni kurang ajar kt Allah yg terang2 dilaknat...beza tu hussin...guna isu lain la hussin...tutup isu ni n hussin perah otak hussin gi cari isu lain post kt blog ek jgn marah hussin hehehe

Anonymous said...

ada tak kemungkinan UG ni digerakkan oleh CIA?adakah puak UG ni talibarut USA?

Anonymous said...

Anon 1:47

Provokasi manusia yang tahu partinya bakal hancur dalam Pru 14.....trangender tu yang menang kat mahkamah tu dari negeri UMNO perintah. Mahkamah yang buat keputusan yang menghina hukum Islam yang dibuat negeri yang diperintah oleh UMNO terletak dibawah kerajaan yang PM dan majoriti menteri kabinetnya dari UMNO!

Pokok ceritanya dalam isu trangender ni, mahkamah UMNO menghina hukum Islam kerajaan negeri UMNO....tak ke haru biru dan tak masuk akal!

Woit...kata UMNO memperjuangkan Islam! Awat cerita katun ni boleh terjadi? Apa yang UMNO nak tunjukkan? Begitulah hukum Allah.....manusia merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya tiada sesuatupun dapat mengatasi perancangan Allah!

nah....aku tolong jawab bagi pihak Haji Hussein!

Anonymous said...

apa melalut pergi ke umno plak ni...hussin bukan tibai umno hahahaha dia tibai presideng pas...apa la anon ni nk komen sgt x phm isu hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...