GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, November 16, 2014

Wala’ bukan kpd batang tubuh, wala’ kepada jemaah - Loyar Zulhazmi Syariff (video)

Sdr Zulhazmi Syariff (kiri) bersama Presiden PasMa, 
Dato Phahrolrazi keika pelancaran NGO tersebut 
di Hotel Seri Malaysia pada malam 7 Okt lalu.

00:07 ~ BN, dia parti politik, Barisan Nasiona; ditubuhkan – parti politik bernama Barisan Nasional.

 Pakatan Rakyat bukan parti politik. Parti politik iala PAS, DAP, dan PKR. Pakatan Rakyat hanya gabungan pakatan ketiga-tiga parti itu dan bertanding atas bendera masing-masing. 

 Sebab itu setiap parti ini memikirkan perjuangan parti masing-masing. Bukan perjuangan bersama walaupun dimuafakatkan, bahawa kita didalam Pakatan Rakyat ini berkonsensus bersama.

 Apa dia konsensus bersama Pakatan Rakyat? Mempertahankan Islam sebagai agama Rasmi, Mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, mempertahankan perkara 153 perlembagaan, Hak-hak Istimewa Bumiputra, - ini yang di pertahankan dan dimuafakatkan ; hanya itu!

Tetapi isu-isu lain tidak dimuafakatkan. Sebab itu apabila pergi mesyuarat, ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju.

 Tetapi kalau kita kembali kepada konsep ‘SYURA’ kalau majoriti bersetuju, yang minoriti, ikut saja. Perkara yang sama berlaku di dalam zaman Rasulullah dahulu . Sama juga berlaku di zaman Khulafa’ur-Rasyidin…Semuanya berlaku apabila dimesyuaratkan, diputuskan, walaupun ada pihak yang tidak bersetuju. Tetapi apabila majoriti telah bersetuju, dia kena WALA’ kepada keputusan majoriti. Itulah yg dipanggil wala’.

 Wala’ bukan kpd batang tubuh, wala’ kepada jemaah sebab kita didalam organisasi.Bukan dalam keluarga kita sendiri.9 Kalau keluarga sendiri, dalam keluarga kita, betullah taat paling tinggi kpd keluarga , taat kpd siapa? Taak kepada ayah dan taat kpd ibu.

 Tetapi didalam parti politik, didalam organisasi, di dalam kampong, didalam masyarakat, didalam negara kena taat kepada keputusan syura; keputusan jemaah. Dalam negeri – keputusan Dewan Undangan Negeri! 

 Didalam kerajaan negeri, keputusan Exco. Didalam Negara keputusan Parlimen, Dewan Rakyat, Dewan Negara… Perdana Menteri pun tak boleh buat keputusan sorang-sorang sahaja …dia kena melalui keputusan Jemaah Menteri…

 Sama juga berbalik kepada parti politik. Orang kata Anwar buat keputusan sorang-sorang saja…tidak! Sama juga di dalam DAP, adakah Guang Eng buat keputusan sorang-sorang? Adakah YB Lim Kit Siang buat keputusan sorang-sorang? Tidak! Semuanya melalui CEC (Central Executive Comitee)

Sama juga didalam PAS , yang mesti buat keputusan adalah Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Bukan Presiden seorang.

 Sama juga di dalam Majlis Syura . Majlis Syura Ulama PAS , dia buat keputusan bukan Mursyidul ‘Am seorang. Adakah Tok Guru Nik Aziz buat keputusan sorang-sorang dia saja? Pernah berlaku tak? Tak pernah berlaku! 

 Yang buat keputusan adalah Majlis Syura. 17 ahli Majlis Syura bermesyuarat dan membuat keputusan. Adakah semua 17 ahli itu bersetuju? Ada kemungkinan tidak setuju , ada kemungkinan bersetuju. Yang itu kita tidak tahu sebaba kita bukan ahli majlis Syura.

 Sama juga didalam Islam, kenapa kita timbul Ahli Sunnah wal-Jamaah sedangkan 4 mazhab yang berlainan? Ada Syafie, ada Hanafi, Ada Maliki, ada Hambali … 

 Dan dalam madzhab Syafie , bukannya semua bersetuju dengan satu pendapat; beratus Imam didalam Mazhab Syafie sahaja… tetapi keputusannya semuanya berbalik kepada yang utama iaitu al-Quran, Sunnah , Ijma’ dan Qias… ~ 4:45


Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Umum tidak mengetahui bahawa Pres PAS dan MSU mengatasi segala keputusan dalam PAS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...