GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, December 24, 2014

Bila PAS ambil alih perangai buruk UMNO .....

Assalamu'alaikum Warahmatullah


Sekitar sembang santai bersama Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir, bekas vateran UMNO yg sejak 1956, yg lebih 30+ tahun aktif dlm kabinet pelbagai peringkat, sebelum tinggalkan UMNO sebelum PRU13 lepas.

Selepas taaruf & tanya khabar, Tan Sri menitipkan beberapa nasihat dan pesanan utk PAS berdasar pemerhatian Tan Sri sendiri sbg pihak luar PAS dlm isu survival politik Islam & Melayu, dan PR di M'sia.

Kelihatan wajah Tan Sri cukup bertenaga, dan nampak ikhlasan pandangan2 tegas di bawah, walau agak keras.

 [Ringkasan...]

 1. Tan Sri sedang gerakkan parti baru beliau yg akan dilancarkan secara rasmi hujung Jan-2015 melibatkan seluruh jentera2 negeri.

2. Matlamat beliau utk betulkan kerosakan politik dlm negara skrg yg sgt parah. Kerajaan dan BN telah totally gagal berfungsi utk membela rakyat.

3. Parti baru tak bergabung dgn PR walau sama2 lawan BN, sbb isunya utamanya PR skrg dah semakin parah dan berpecah teruk.

4. PR asalnya dah elok2 di atas landasan utk tumbangkan BN, sikit sahaja lagi kena tingkat usaha lepas PRU13 lepas, tapi PR ambil keputusan patah balik ke blkg. Dah jadi Sama mcm UMNO yg mmg dah lama undur ke blkg. Sebab itulah PR blh memang besar dlm PRU13 lepas.

5. Sepatutnya PR bcg bagaimana betulkan kelemahan kerana gagal menang PRU13. Tapi terperangkap dlm isu hudud mainan UMNO yg PAS nak bawa.

6. Masalah PR plg utama mmg pada PAS. Mulut sebut nak ganti UMNO sejak dulu. Rupanya yg diganti tu perangai2 buruk UMNO diambilnya.

7. PAS yg diharapkan boleh jadi tempat utk org2 Melayu Islam yg sokong UMNO dulu utk datang pada PAS. Tapi sekarang hakikatnya org2 Melayu termasuk bekas2 pimpinan UMNO dlm PAS itu pun dah makin menyampah pada PAS, dan pakat lari dari PAS.

8. Faktanya semua org tahu, termasuk PAS sendiri, bahawa UMNO tak akan sesekali benarkan laksanakan hudud di Kelantan atau M'sia. Semua Presiden UMNO dah cakap mcm benda yg sama. Tak akan UMNO benarkan Islam perintah. Sebab kalau Islam kuat mmg UMNO pun hancur. Tapi sekali UMNO berlakon hulur tangan pada PAS, sekali itulah PAS terus sambut dan tak kisah dah janji2 PAS pada parti2 lain dlm PR. Siap serang balik parti2 PR lain itu.

9. Sedangkan saya cukup yakin sekalipun PAS bawa EJSK itu dibawa ke Parliment lepas sidang khas DUN Kelantan luluskan nanti, ia akan ditolak awal2 lagi. Yakinlah dgn saya. Saya kenal sgt perangai jahat UMNO.

10. Masa itulah, masa EJSK itu kena tolak nanti, parti yg paling seronok adalah UMNO dan BN, sbb PR dah berkubur sebab dah habis pecah. Saya sebut sebab saya mmg kenal semua kerja2 jahat UMNO dan strategi jahat UMNO nak jatuhkan PR melalui umpan PAS.

11. Bukan sahaja saya yg tak masuk PAS dah jadi benci pada PAS, kawan2 saya yg asal UMNO dan dah masuk PAS pun, awak tanyalah, semua mereka dah menyampah kat PAS. Semua mereka hilang kepercayaan pada PAS dan PR. Dan semua mereka nampak PAS mmg gagal berperanan sbg rakan dlm PR.

12. Bagitahu pada budak2 baru dalam PAS mcm Ahli Parlimen xxx dan Ahli Parlimen yyy tu, mereka tu tak pernah kenal lagi UMNO, elok janganlah bercakap hal2 UMNO dan strategi nak selamatkan Melayu. Langsung tak betul apa yg mereka cakap tu. Merapu sahaja bagi org makin benci PAS sebenarnya.

 13. Mereka tu dok ingat makin banyak mereka bercakap pasal hudud dan undang2 Islam, ia akan menarik org2 Melayu sokong PAS. Mereka silap besar. Mereka ingat org2 Melayu bodoh mcm zaman dulu. 

14. Bagitahu mereka, lagi banyak mereka cakap hal hudud dan cari sokongan Melayu dgn politikkan isu hudud, makin berlambaklah org2 Melayu lari dari sokongan pada PAS. 

15. Hanya org2 bodoh tak reti politik mcm mereka tu sahajalah akan kata org Melayu akan jadi makin sokong PAS bila PAS cakap hal hudud itu.

16. Satu lagi, org yg plg ramai akan lari dari PAS adalah org muda. Budak2 muda skrg menyampah sgt pada PAS dgn sebab mereka dok cakap hal2 yg tak akan dapat dilaksanakan selagi UMNO masih ada. Bukan bercakap hal2 keperluan org muda.

17. Sedangkan kalau PAS terus cakap hal2 kebajikan, ekonomi, rasuah, pekerjaan org2 muda, pendidikan, dan sistem keadilan negara, masa itulah org akan makin dekat dgn Islam dan sokong PAS.

18. Bagitahu kat org PAS, ingat betul2 pesanan saya ini sebab saya kenal sgt darah daging UMNO, dan saya faham apa sebab org Melayu nak sokong PAS. Bagitahu mereka hanya org2 mcm Ahli Parlimen Shah Alam dan kawan2 dia itu sahajalah yg boleh bawa balik PAS utk tarik sokongan Melayu dan untungkan Islam. 

19. Ini tidak, kamu hentam Khalid Samad dan kutuk dia larikan sokongan Melayu sebab konon dia buat mcm tu sebab nak tarik undi Cina India. Walhal org2 Melayu atas pagar dan UMNO yg dah cerdik skrg mereka cukup hargai tindakan Khalid Samad dan kawan2 dia yg berani itu.

20. Nanti kalau ada kesempatan jumpa saya lagi, saya nak bagitahu kamu mcmana nak lawan UMNO tanpa sesekali masuk perangkap UMNO itu.

W'alam. Catatan bual santai siyasah..; 

Ahmad Sayuti Bin Bashiron 
Jumaat 19 Dec 2014 Shah Alam
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

Aku dulu memang menyampah dengan mamak yang buat rumah hantu ditawar kedah nie tapi la nie dia dah berubah dan hemtam UMNO kaw kaw punya jadi kita baca dan ambik iktibak la sikit dengan pengalaman dia tu ,bagi pemimpin PAS dan anak menantu yang dok gila nak cepat kaya tu baikla tok sah dok pi cari reba buluh nanti badan naik bepeluh bila kena tibai dengan ahli dan pengikut yang dah tak mau patuh apa yang disuruh teutama bila sampai ketika nak suruh pacak batang buluh bagi nak gantung bulan dengan kain hijau yang dah lusuh.Faham la kot nu.

5sal said...

betoi apa yang tssaksf kata tu,tak boleh teduq sikit kata tak wala' la,khianati parti la.dulu kita duk kata kat umno tak betoi tapi sekarang pas jadi carca merba,masing2 nak tunjuk juara,banyak sangat nakhoda dalam pas.macam mp2 pas yang baru tu mp temerloh,takiri pasir mas tu apa depa wat keja,duk dalam dewan bahas apa?jawatan nak tapi tak tau wat keja,elaun nak tapi keja bagi kat s/u.makan tidoq goyang teloq.mujuq la tak ada ustaz tali ban ka moktar senik ka kalu ada depa huru hara.ingat lagi moktar senik tu yang marah sangat kat yb khalid samad dan yb hanipa maidin sampai suruh keluaq pas.bab tentang hukum hakam memang depa UG/GU bijak,tapi bab politik 'zero'saya naik menyampah sama macam tssaksf katakan tu.ni ada lagi sorang, orang duk kelam kabut ngan air bah yang semakin teruk,dia duk sebuk ngan nak bentang enakmen hudud.sabaq la dulu.dekat 2o tahun lebih boleh tunggu!habih air bah ni bentang lah tak dak sapa nak larang, nak tunjuk dia pun boleh wat keja gak dia pun glame gak,masa tok guru nik abd aziz jadi mb tak berani.cukup lah nanti macai2 wala' marah kat saya lak.

Manshor Yahya said...

Mereka tu pemilik Islam bukan pemegang amanah Islam.

Anonymous said...

Saya dah terlibat dengan PAS semenjak berumur 17 tahun lagi. Sekarang sudah menghampiri unur 58 tahun dan masih setia bersama PAS. Namun apabila berlakunya krisis MB Selangor, saya mula menyampah dengan PAS disebabkan sesetengah kepimpinan utama PAS tiada pendirian dan banyak bercakap perkara-perkara yg remeh dan samar. Hari ini saya tak pasti samada akan terus menyokong atau sebaliknya.

Hakikatnya apa yang disembangkan oleh admin mmg banyak kebenarannya. Tunggulah masanya dlm PRU 14 nanti dimana PAS akan bertanding bersendirian, maka saat itulah PAS akan melingkup akibat kesombongan sesetengah pemimpin yang bertaraf Ulama yang masih berkuasa dlm PAS sekarang.

Saya harap PAS perlu menilai semula kepimpinan yang ada dan kembali kepada matlamat asal untuk menawan Putrajaya bersama rakan-rakan dalam PAKATAN.

Parul Sama said...

Tak abis abis blog ni tabur fitnah

Anonymous said...

Salam

PR gabungan 3 parti sudah memadai. Parti yang baru hendak diwujudkan, tidak tahu mana hala tujunya. Takut-takut dah dapat kerusi, lompat sana lompat sini. So Masuklah mana mana parti diantara tiga tersebut.

Anonymous said...

wawancara dengan bekas umno tegar rupanya. Patutlah citarasa pun macam citarasa umno.

Anonymous said...

Sungguh aku cakap. Daripada aku sekandang dengan Dap, baik aku sekandang dengan Pas. Paling tidak pun aku akan masuk kandang umno. Sebabnya, cacing dah naik ke mata!!

Anonymous said...

kadir jgn sembang byk la...hussin pun cek la dulu kadir ni jenis mcm mana...ada maksud bila kadir ni bersuara hahaha...hussin tanya kadir ni tanah dia yg bernilai juta2 di pulau perhentian terengganu tu dia guna duit gaji menteri ke???brape ratus ribu gaji menteri sbulan???hahaha...hussin jgn jadi bodoh ambik orang yg kecewa tak dapat projek dalam umno keluar umno org mcm kadir ni xde value dlm umno jd kena rejek dr jawatan...bgusla org kecewa kwn dgn yg kecewa jugak jahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...