GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, December 30, 2014

Dr Mujahid dari Parit Buntar ke Bota Kiri , Parit


Alhamdulillah, aku sempat bersama dengan wakil Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yussuf Rawa dan Presiden PasMa Perak, Saudara Mohamad Saad (EMKAY) pergi ke Bota Kiri hari ini.

Aku sempat meninjau sebentar tempat lama aku ngajo dulu - Bota Kanan. Ada aku rakamkan gambornya....

Stadium Mini Bota dah rupa kolam mancing weh!

Ada ikan ke Chor? Ada Yob! kata budak situ.

Sekolah anak aku yang sulong, 30 tahun lalu....

 Di sepanjang perjalanan hala ke Teluk Bakong, air melimpah deras atas jalan raya.Kita orang main randuk sajalah...


Unit Amal yang lead perjalanan kami menuju ke Kampung Kucai Tengah untuk singgah di Markas PAS Parit Cawangan Kucai.


 Kami diberikan sedikat taklimat mengenai banjir yang berlaku di situ oleh Ketua Cawangan, Saudara Baru Razi. Menurutnya, mangsa yang terlibat paling ramai adalah di Bota Kiri. Lebih kurang seribu keluarga terlibat, katanya.

Kami telah dibawa ke Sek Keb Bakong, Lambor Kanan, yang merupakan salah satu penempatan mangsa banjir di situ. Terdapat 74 keluarga ditempatkan disana. Khidmat kesihatan turut ditempatkan disitu. Aku tengok kereta ambulan dari Tanjung Malim ada di situ.


Tiada kuasa elektrik, mujurlah Tenaga Nasional telah menyediakan dan menyelia kuasa generator bergerak diluar pagar sekolah (gambar atas). Bayangkanlah kalau itu tidak ada....


Mereka nampaknya memasak sendiri dan makan di ruang luar kantin sekolah.Sempat juga aku menjengok dapur mereka (gambor bawah).


Sepanjang perjalanan itu, kami turut mengagih-agihkan sedikit keperluan kepada mangsa banjir di sana tanpa mengira fahaman politik.


Selepas memberi sumbangan saperti gambar atas ni dan Mujahid pun menuju kereta, saya pun bertanya kepada wanita Umno yang menerima tu, 

" Mengkomer keney ker siapa yang bagi tu?"
"Tak! " jawabnya ringkas sambil menoleh ke arah Dr Mujahid.
"Itulah Ahli Parlimen Parit Buntor" balas saya.
"Oooh....iya ker?" Dia tersipu-sipu senyum tanda suka.

Dr Mujahid sempat bergambo dengan beberapa golongan remaja tempatan. 

Melihat keadaan air dan cuaca yang tidak menentu sekarang ni, aku rasa lama lagi air banjir ini untuk surut dan kembali ke asal.Mungkin sekurang-kurangnya seminggu lagi. 


Menurut penjelasan tadi, air mula naik malam Khamis lepas. Maknanya dah seminggu daerah mereka ini ditenggelami ayor...mujurlah kerajaan umumkan sekolah cuti ditambah seminggu lagi....macam ini pun masih dalam kawalan? Apa kata kalau seminggu lagi tak surut?....

Sewaktu taklimat tadi, Dato Mujahid ada berjanji akan datang semula ke tempat itu untuk membawa sedikit bantuan sebenar. Kedatangannya kali dengan sedikit sumbangan adalah sebagai lawatan meninjau sahaja, katanya. 


Dalam kereta sebentar tadi, Mujahid ada memaklumkan, melalui NGO Mutiara Infaq Malaysia, dia telah dapat mengumpulkan bantuan sehingga dua treller untuk diagih-agihkan sedikit masa nanti. Kawasan Bota Kiri ini akan dimasukan dalam list agihan tersebut nanti. 


Alhamdulillah, semoga Allah memberkati usaha sedikit yang telah Dato Mujahid usahakan ini.....


Vest yang aku pakai ni.....tengoklah, kata Mujahid kepada kami sambil memperagakan vest yang dipakainya, ada bertulis : MUTIARA INFAQ MALAYSIA.

Sepatutnya Dr Mujahid kena pakai vest macam bawah ni, baru depa tak gelar dia Jebon!

Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...