JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, December 04, 2014

FITNAH YG BERLELUASA ~ Pak Daeng Sanusi sudah hilang kelayakan jadi Pengerusi Badan Disiplin PAS

Bekas Naib Presiden PAS, Dr Daeng Sanusi Mariok pernah secara berfalsafah berkata:

"Saya teringat pepatah Arab, kalau bercakap itu ibarat suasa atau perak, maka berdiam diri itu umpama emas. Kita juga disaran agama agar tidak bercakap sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan kita," 

Demikian tutur Pak Daeng yang sangat berhati-hati sekali, sambil mengakui apa yang berlaku dalam parti tidak boleh dipandang ringan. 

Itu adalah suatu ketika dulu ....Hari ini ceritanya sudah lain, bukan emas, bukan perak atau suasa yang meluncur keluar dari mulutnya....tetapi fitnah beracun .
Dalam suasana PAS Pusat sedang dalam perbincangan dengan PasMa sebagaimana yg dipersetuji oleh MSU dan JKPP sewaktu retreat mereka yang lalu, tiba-tiba seorang yang baru dilantik sebagai Pengerusi Badan Disiplin PAS mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah.

Apakah Pak Daeng pernah berbicara dengan Husam, Cikgu Rahim atau Phahrolrazi sebelum mengeluarkan kenyataan yang melulu ini? Mustahil sebagai pemimpin veteran parti tidak mengenali mereka. 

Dan dari manakah sumber maklumat Pak Daeng?

Sesungguhnya Pak Daeng Sanusi sudah hilang integriti sebagai seorang Pengerusi Badan Disiplin PAS. 

Ayat-ayat fitnah Pak Daeng Sanusi ....ini hanya sebahagian dulu..

“Siapa dia Cikgu Rahim (Wan Abd Rahim)..orang bukan sikit-sikit perasaan dalam PAS. Walaupun dia ketua kawasan (PAS) Kota Bharu tetapi masa depannya tidak ada di dalam PAS.

“Saya tahu masalah dia. Memang masalah betul. Bukan sikit-sikit masalah".

“Husam Musa juga terlibat dengan PasMa, walaupun dia nafikan bahawa PasMa ditubuhkan bukan di rumah dia. Tak apa lah, tapi saya faham begitu. Dia (Husam) macam penggerak belakang PasMa/ Husam juga terpinggir dalam PAS kerana nampaknya tak berapa ada masa depan dia dalam PAS kerana dia telah melakukan banyak kesilapan-kesilapan dalam PAS".

“Termasuk Phahrolrazi, Presiden PasMa. Siapa dia Phahrolrazi? Yang merebut jawatan Menteri Besar dengan ustaz Azizan ketika Allahyarham sakit itu, siapa dia ? Bukan dia ke ?".

 “Pada saya, PasMa ini, Insya Allah tak panjang usianya dan pada saya orang yang menubuhkan dan mendokong PasMa ini (adalah) orang yang bermasalah dalam PAS dan dilihat mungkin tidak ada masa depan dalam PAS".

 “Maka, dia nak juga jadi orang kuat, orang terkenal, maka ditubuhkan NGO lain, mudah-mudahan dia boleh jadi terkenal juga".~ Mohamad Nazir Zakaria
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Hussin pernah dengar tak kisah tiga abdul yang buat kacau di dalam kerajaan negeri kelantan masa tgna perintah dulu...yg memeningkan kepala mb...hussin jgn ingat ahli pas ni tak tau agenda dan sejarah orang yg terlibat dalam pasma ni...silap besar hussin...hehehe

Anonymous said...

Pak Daeng paku dulang serpih dan tepuk air dalam dulang. Umur dah hujung-hujung cakap dan buat baiklah. Biar berfakta dan ingatlah diri sendiri jangan dipergunakan kerana yang ramai yang lain-lain tu yang berserban ke, janggut pangjang ke, akar umbi dah tak mudah nak percaya lagi. Kalau Pak Daeng dah sama perangai kami nak buat macam mana. Nasiblah kan. Sekadar peringatan.

Amuraria said...

habisla dia ,dulu seorang yang dihormati tapi lepas ini tah la ,tak ada masa depan nampaknya ! ABU jangan lupa !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...