JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, December 27, 2014

Husam Musa berkongsi penderitaan rakyat Malaysia

Kalaulah saya jadi TMB Kelantan saya malu untuk menerima check RM1 juta daripada Azmin Ali. Kalau pun Kelantan inginkan wang itu biarlah orang lain yang menerimanya. Sebab masa krisis MB Selangor dahulu TMB inilah yang menyeru wakil rakyat Pas di Selangor agar menyokong Khalid Ibrahim.
Tetapi jenis tak ada air muka, dia senyum sahaja terima chek RM1 juta. Selamba saja maca kera berak atas dahan motan.

Di sinilah kalau rakyat nak ukur maruah seseorang pemimpin atau pun nak mengenali dia hipokrit atau bewak.


Syabas Minali kerana ada ehsan untuk bantu Kelantan. Barang kali Mat Yaakob tak sanggup terima chek sebab dia juga kata tak ada kesalahan syarie untuk pecat Khalid Ibrahim. Jadi Mat Yaakob walaupun tak pandai bini tetapi ada air muka. Wassalam Mso.
Jenis tak ada kemaluan punya oreng! Selain sebagaimana yang MSO sebut kat atas tu, Husamlah yang mengusahakan untuk mendapatkan bantuan tersebut yang sebelumnya telah menghubungi Azmin. 

Husam tidak saperti little Kulop Pasir Mas yg sibuk merapu dalam fesbook dengan pelbagai falsafah yang pelik-pelik. Alahai...

Ziarah mangsa banjir Sekolah Kebangsaan Kota bersama 
YAB MB Selangor Azmin Ali. 

Husam menulis dalam  fesbooknya:

Saya pohon maaf kepada rakyat Salor yang kebanyakannya pertama kali teruk di landa banjir. Rumah saya sendiri teruk tenggelam dengan begitu cepat sekali sehingga menenggelamkan buku, dokumen dan koleksi yang saya kumpulkan sejak di bangku sekolah rendah. Musibah banjir ini merupakan pertama kali sejarah kampung ini sejak puluhan tahun.

 Dari pagi semalam air terus naik sehingga pagi ini; Jumaat 26 Disember 2014. Di depan rumah paras air lima kaki dan di dalam rumah melebihi tiga kaki. Kereta saya dan isteri sekalipun telah di alihkan ke “tempat selamat” turut tenggelam bersama kereta penduduk yang lain. Usah ditanya lagi dengan perabut atau kelengkapan rumah yang lain.

 Untuk makluman pihak di luar sana, semalam perhubungan terputus hampir sepanjang hari, tiada bekalan elektrik dan air. Namun begitu pembantu saya bertungkus lumus setakat kemampuan kami membantu perpindahan. Saya juga sempat menghubungi bilik bantuan PKINK untuk menghantar bekalan makanan kepada kawasan yang amat memerlukan.

 Pagi ini sebaik solat subuh, YAB Menteri Besar Selangor menghubungi saya. Saya gembira dengan langkah kerajaan Selangor sudi menghulurkan bantuan kemanusiaan sebanyak RM 1 juta. Saya cadangkan kepada beliau disalurkan menerusi Tabung Serambi Mekah. Lebih membanggakan lagi YB Saudara Azmin Ali akan meluangkan masa dua hari di Kelantan untuk melawat mangsa bermula Jumaat ini.

 Saya juga gembira apabila Pejabat YB Lim Kit Siang menghubungi saya untuk menyumbang kepada mangsa menerusi Yayasan Darul Hijrah yang saya asaskan untuk urusan kemanusiaan. Kepada teman yang bersimpati boleh salurkan sumbangkan melalui akaun Maybank; Yayasan Darul Hijrah 5660 1060 9934.

 Hari ini,insya-Allah kami akan giatkan usaha mengunjungi dan membantu mangsa-mangsa banjir.

 Terakhir, pihak berwajib perlu menilai jangkaan cuaca untuk beberapa hari akan datang. Jika hujan di jangka lebat sekali lagi, semua pihak harus bersedia untuk keadaan TERBURUK.

 Kerja menyelamat tidak boleh “paralyse” dan kematian deria kebersamaan rakyat jelata dalam musibah ini, khususnya dalam menyediakan peralatan menyelamat yang secukupnya. 

 Derita rakyat Malaysia dikongsi dengan terima dan hulur bantuan tanpa syarat.

Lets share the pain with the continuos pray and help in anyway we can!

Husam Musa
Naib Presiden PAS9 ADUN Salor.
Jumaat, 7.42 am 26/12/2014
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

tindakan Husam OK. Tindakan Azmin OK. Tindakan Kit Siang OK. Mereka membantu setakat yang mampu daripada duit rakyat negeri masing2.

Yang tak OK, yang al-babi, al-khinziri ialah orang yang membuat fitnah dan mengadu domba, memulakan fitnah dan meneruskannya, menyemarakkan adu domba dan menyebarkannya dengan lebih luas. Mereka ini tidaklah lebih mulia daripada babi atau khinzir. Sedangkan manusia dalam kelaparan dan kekurangan semasa banjir, manusia anjing dan babi ini lenih sibuk memfitnah, mengadu domba sedangkan untuk membantu tidak sekali. Mungkin sesuai kalu digelari al-husin al-khinziri dan al-mso al-babii.

Anonymous said...

Ko ni bila nak mati seyn. cepat ko mati, kurang sikit dosa ko

Anonymous said...

Kan dah kata dah ostad-ostad serbani ni putar belit. Benar-benar dasar muka tak malu. Benar-benar ULAR mak. Apa lagi nak dikata. Kebenaran terselah sudah. Ini sunnahtullah media kini yang memudahkan menyingkap yang bersifat kebenaran itu mengatasi yang bersifat kebatilan.

Anonymous said...

Hahahahaha...setakat nk promote geng2 pasma dan lajnah pkr...baik xyah lah...derma banjir pun nk dipolitikkan jgk ke...carik mkn elok2 la...jadi darah daging weiiii.

Saadun Sulaiman said...

Sebaik melihat gambar Y.B Husam Musa yang mengagih agih kan bantun hati saya di rundung kesedihan kerana bukan dia yang di lantik sebagai M.B Kelantan. Sudah lah begitu kerusi EXCO pun terlepas. Mengapa rakyat Kelantan tidak mengenang jasa jasa nya. Kini apa sudah jadi dengan "LEBUH RAYA" rakyat dan banyak lagi!!!

Kepada Y.B Husam Musa saya berharap agar beliau bersabar dan terus kan perjuangan mu dan ingat lah ALLAH banyak banyak.

Anonymous said...

salah satu punca pas jatuh ditangan BN pada PRU 14 nanti adalah faktor Mohd Amar - TMB Kelantan ini.

Anonymous said...

Dalam keadaan yg amat genting & prlu penglibatan ahli2 politik, kita dapat menilai dgn jelas ciri2 pemimpin yg benar2 bekerja & kekal dgn prinsipnya srta nmpk ikhlas dan konsisten dlm setiap usahanya. Inilah yg dikatakan pemimpin, apa kualiti yg ada pd Nik Abduh berbanding dgn Husam?Saya bkn penyokong tegar mana2 parti politik tetapi selalu mengikuti isu2 yg diketengahkan utk menilai pemimpin2 yg berwibawa sesuai dgn mandat yg diberikan oleh pengundinya. Apa ada pada UG or GU yg nmpk kampungan dlm tindak-tanduk mereka berbanding dgn tindakan2 pemimpin yg professional ini..tdk byk bercakap atau mengutuk serta mempolitikkan semua isu tetapi kekal dgn ungkapan2 yg perlu & wajar.

Anonymous said...

YANG mu duk sedih buat apa.HUSAM tak bersedih pun .DIA seorang pejuang.walau pun tiada jawatan di negeri tapi dia seorang NAIB PRESIDEN dan adun salor.ITU bukan jawatan kah?DAN dia tetap bertugas melaksanakan amanah.yang engko bersedih buat ape?pigilah dgn kesedihan tu.mangsa banjir lagi patut betsedih.

Che Ruslam said...

Kesusahan serta penderitaan rakyat perlu diutama dari segala-gala,walaupun sebelum ini pernah berseketa,terima sajalah rezki dari Allah itu sebagai perhormatan orang yang memberi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...