JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, December 09, 2014

Jom Kenali Sultan Palembang yang sangat pemurah....

KDYMM SULTAN MAHMUD BADARUDDIN III
KOMBES POL (PURN) Drs. H.RMS. PRABU DIRAJA AL-HAJ, SH ( D.K.T., D.K., D.K.II., S.S.M.S., S.P.M.S., S.S.S.M., S.S.P.M., S.P.T.M., S.J.N. ) GRAND COLLAR OF MALTA (ITALY), GRAND ORDER OF WHITE SWAN (AUSTRALIA) SULTAN NEGERI PALEMBANG DARUSSALAM

Prabu Diradja ini merupakan seorang yang agak sibuk dengan urusan di luar negara dan merupakan sultan yang sangat pemurah dalam hal penganugerahan pingat kebesaran kepada rakyat jelata sejak ditabal sebagai DYMM Sultan pada 3 Mac 2014 - 

28 - 29 Mac 2014 - DYMM berkenan berangkat ke Sarawak (M'sia)
13 Apr 2014 - DYMM Sultan berangkat ke London
24 & 25 Apr - Anugerah Gelar di Istana KPD
2 & 3 Mei 2014 - Anugerah Gelar di Balairung Aryaduta Palembang
28 Jun 2014 - Majlis Pelantikan Anggota Dewan Diraja Gabungan (Pengelola, Temenggong, Penjawat Dan Pegawai Istana)
11 September 2014 - Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Mahkota Palembang

Antara anugerah kebesaran yang pernah diberikan kepada rakyat Malaysia ialah Darjah Paduka Seri Mahkota Palembang – (D.S.M.P) – Dato’ Paduka.

 Penerangan :

 Darjah ini dianugerahkan kepada golongan bangsawan yang berjaya, kebiasaannya kejayaan dalam NGO, Politik, Sukan, Budaya dan Perniagaannya. Ianya dikelaskan sebagai Darjah dalam keluarga pertama, Darjah ini juga sesuai dianugerahkan kepada Pengerusi Persatuan yang aktif dalam pelbagai kegiatan antara Negara atau pun dalam peringkat Negeri, mereka-mereka yang dikira sesuai oleh baginda atau kaum kerabat Istana juga boleh menerima darjah ini manakala darjah ini dihadkan kepada (200) penerima sahaja dan sesuai digelarkan sebagai Yang Berbahagia (YBhg.)

Gelaran Suami : Dato’ Paduka
Gelaran Isteri : Datin Paduka
Gelaran Perempuan : Dato’ Paduka
Cara penulisan gelaran/darjah yang diterima :

YBhg. Dato’ Paduka Muhammad bin Ali, D.S.M.P., (dan disambung dengan pingat lain yang diterima)

 Berikut adalah Medal dan Selempang yang diterima : –



Darjah dilengkapi dengan :

1. Selempang
2. Medal di paras Poket
3. Medal di selempang
4. Medal kecil untuk No 1 Dress atau pakaian adat
5. Medal mini untuk dinner dress atau pakaian waktu malam
6. Medal untuk Isteri
7. Coler Pin untuk pakaian harian
8. Bantal penyampaian adat (jika perlu)

 Senarai penerima pingat terakhir pada 7 Jan 2014 boleh lihat di sini

Ramai kalangan rakyat Malaysia mendapat anugerah kebesaran dari sana. Antara yang mendapat Dato' ialah bekas Adun Titi Serong, Ust Drs Idham Lim. 

Kalau lihat pada gambar yg saya ambil dari blg rasmi Kerajaan Palembang, sepatutnya namanya sepertimana yang tertera. Tapi peliknya, dia dah rasa lebih glamour dgn taitel Dato' dan kini taitel 'Ustaz' dah campak entah kemana. Tanyalah dia.... kenapa namanya sekarang dah jadi macam ini?


Kalau nak lihat kalangan mana yang ramai menerima darjah kebesaran Soltan Melayu Palembang ini, sila klik di sini.

Walau apa pun, Kesultanan Palembang, menurut akuannya, telah mendapat pengiktirafan dari 14 negara buah negera dan seluruh wilayah kesultanan di tanah air .....



Walaupun 'Datuk' Palembang ini tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia mau pun lain-lain negara, yang menghairankan kenapa ada yang begitu kemaruk dengan gelaran tersebut sehingga kan ada sindikit yang buat gelar palsu?

Sultan Palembang sudah murka .....ini tentunya kerja-kerja penderhaka Sultan Melayu. Perlu diingat dan jangan memperkecilkannya kerana ia sebuah kerajaan yang berdaulat dan bergelar sebagai Palembang Darusalam!




Hanya sebagai bahan untuk kajian, ada orang Malaysia kononnya dapat bintang kebesaran DSMP yang membawa gelaran Dato' Paduka , tetapi mungkin kerana mahu zuhud kecil-kecilan, dia pakai gelaran Dato' sahaja pada pangkal namanya. Atau mungkin dapat dari soltan selain Palembang kerana medal dan selempangnya adalah berlainan ...... Allahu a'lam bissawab.



Comments
6 Comments

6 comments :

mansor said...

bisnes jual gelaran

Anonymous said...

MSU pun banyak bergelar Datuk Datuk yang langsung tak bernilai didepan Allah nanti

Anonymous said...

Udah-udah le dengan gelaran ni. Bukannya boleh menjamin keredhoan Allah dan syurga Allah dengan memiliki gelaran tersebut.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Ada yg marah sangat dengan entri aku ni...dia dah unfriend aku dlm fesbook.Anak bini dpt Dato'. Rupanya dia sendiri jadi brokernya!

Alhusseyn Alhusseyn said...

Dalam MSU ramai Datuk....betul dan palsu!

Anonymous said...

kat malaysia mcm2 penjual ada:
1. jual agama
2. jual bangsa
3. jual pingat
4. jual org
5. jual dadah
6. jual kawan

keenam2 bisnis amat menguntungkan modal kicik untung besar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...