GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, December 04, 2014

Jom solat istikharah lagi, mohon petunjuk Mu.....


Berita ini tentunya tidak akan keluar di Harakah, lidah resmi PAS demi menjaga waterface Tuang Presideng yang begitu kuat menyokong Khalid Ibrahim supaya dikekalkan jadi MB Selangor. Hj Hadi begitu yakin dengan Khalid dan menganggapnya sebagai seorang yang sangat amanah; maka kedudukannya sebagai MB perlu dikekalkan.

 Sepatutnya, Hj Hadi tampil kedepan membela Khalid Ibrahim yang sedang berkecamuk la ni. Ulama taraf donia sepertinya sepatutnya menyatakan sesuatu untuk mempertahankan hujahnya yang pernah dikeluarkan tidak berapa lama dulu.

Lainlah kalau pendiriannya mengenai Khalid sudah turut berubah. Berubah pendirian bukan perkara baru bagi Tuang Presideng. Dah jadi macam satu hobi kepadanya.Terlalu kerap sangat flip-flopnya.

Harakah sepatutnya cuba mendapatkan komen dari Khalid Ibrahim dan mendapatkan ulasan dari Tuang Presideng? Orang mahu tahu berita yang sebenar.Takkanlah kita nak terima berita dari PKR bulat-bulat gitu; parti liberal sekular dan liberal sosialis!

 Tu lagi, Geng Ustaz Enterpris ...bila nak buat solat hajat selamatkan Khalid Ibrahim? Dah dapatkah RM1juta tu? Hanya pertanyaan sahaja....

Nasib Khalid akan ditentukan Selcat, MBI ambil tindakan, kata Azmin 

 Nasib bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pemberian pampasan bernilai RM2.6 juta kepada lapan bekas pembantunya akan ditentukan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dan pengurusan baru Perbadanan Menteri Besar (MBI), kata Mohamed Azmin Ali.

 Menteri besar Selangor itu berkata, anggota jawatankuasa Selcat yang diketuai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) Hannah Yeoh akan memutuskan tindakan lanjut manakala pengurusan baharu MBI akan mengambil tindakan terhadap Khalid.

 "Jawatankuasa Selcat, speaker akan putuskan, tetapi pengurusan baharu MBI akan mengambil tindakan," kata Azmin ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan surat tawaran Skim Pembiayaan Perumahan SelangorKu (Dana-Sel) di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), di Shah Alam hari ini.

 Laporan audit setebal 11 muka surat yang dilakukan 5 panel penyiasat Perbendaharaan Negeri diketuai Ketua Bendahari Azal Adzhar dan diedarkan semalam mendapati pembayaran pampasan yang dilakukan Khalid kepada bekas-bekas pembantunya dilakukan tidak mengikut terma dan syarat perkhidmatan surat tawaran pelantikan.

 Laporan itu juga mendedahkan kelulusan yang dibuat bagi bayaran pampasan sebanyak 30% daripada gaji terakhir didarabkan dengan jumlah bulan sepanjang berkhidmat dan skim pemberhentian secara sukarela (VSS) yang diambil oleh 8 pembantu Khalid itu juga dilaksanakan tidak mengikut proses yang betul.

 Khalid juga dikatakan tidak mendapatkan persetujuan ahli lembaga pengarah sebelum meluluskan pembayaran tersebut.

 "Kelulusan pembayaran ini tidak dikemukakan kembali pada Lembaga Pengarah MBI (Menteri Besar Incorparated) untuk tujuan pertimbangan dan kelulusan," kata laporan itu.

 Sementara itu, laporan juga mengatakan semua ahli lembaga pengarah MBI tidak pernah memberi persetujuan secara bagi melaksanakan pembayaran pada 22 September 2014 tersebut.

 Daripada laporan itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin menerima bayaran tertinggi RM581,400 sebagai pampasan dan RM114,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan.

 Bagaimanapun, laporan tersebut mendedahkan pembayaran kepada bekas setiausaha politik Khalid itu tidak mengikut perkiraan yang telus kerana tempoh Faekah berkhidmat dengan MBI hanya selama 12 bulan dan bukannya 51 bulan.

 "Semakan mendapati CEO MBI Faekah Husin mula berkhidmat pada 1 September, 2013.

 "Sebelum itu beliau adalah setiausaha politik kepada Datuk menteri besar Selangor mulai Julai 2010 dan gaji beliau dibayar kerajaan negeri Selangor di bawah VOTB01 – menteri besar dan setiausaha kerajaan negeri berjumlah RM5,190 (gaji pokok). Justeru, jumlah bulan berkhidmat dengan MBI adalah selama 12 bulan 23 hari dan bukannya 51 bulan," kata laporan itu. Jumlah pampasan yang sepatutnya diterima Faekah sepanjang berkhidmat dengan MBI sepatutnya RM136,800 jika 30% daripada gaji pokok RM38,000 didarabkan dengan 12 bulan.

 Seorang lagi pembantu Khalid, Mustapha Mohd Talib juga menerima jumlah pampasan yang tidak mengikut perkiraan tepat kerana jumlah bulan beliau berkhidmat dengan MBI adalah 53 bulan 23 hari dan bukannya 78 bulan.

 Sementara itu, Yeoh juga tidak menolak laporan audit berkenaan akan dibawa ke peringkat Selcat, namun menegaskan laporan tersebut sudah lengkap.

 Kesemua pembayaran dibuat menerusi surat arahan pembayaran kepada Affin Bank Berhad pada 22 September, 2014.

 Bayaran itu didakwa dibuat pada penghujung tempoh perkhidmatan Khalid sebelum Azmin mengambil alih jawatan menteri besar Selangor berkuatkuasa 23 September lepas, yang dilihat sebagai tidak munasabah. – 4 Disember, 2014. SUMBER
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Kalau bodoh biarlah boleh diajar...kenyataan Tok Guru sebelum Khalid dipecat...pampasan selepas Khalid dipecat...jika Khalid kekal tak berbangkit soal pampasan,,,jgn guna kepala lutut...tq

Alhusseyn Alhusseyn said...

Amanah adalah tanggung jawab kita selagi tanggung jawab itu dipikulkan keatas kita.Kalau ia dilakukan setelah dipecat itu lebih lagi salah dan tidak sah.Pampasan itu sepatutnya dilakukan oleh penggantinya iaitu MB yang baru. Macamana pula org yg kena pecat pandai-pandai sendiri mencongak pampasan utk dirinya sendiri? Siapa pula yg pecat kakitangan yg lain itu? Bodoh biarlah sorok sikit ....

Anonymous said...

Hussin...hussin cuba kaitkan pampasan yg diberi dengan kesilapan hj hadi sokong khalid...seolah olah hj hadi punca segala kesalahan...kalau teori ini diguna secara umum maka dua ekor adun pkr perak yg lompat parti hingga kerajaan perak jatuh tu salah anwar la pilih dia?anwar tau ke dua ekor tu nk lompat?hj hadi tau ke khalid nk bg pampasan lepas kena pecat?sudah sudah lah hussin guna isu bodoh mcm ni nk kena kan hj hadi sebab mula2 orang suka lama2 jadi meluat...pi cari isu lain ok...cari isu umno letak dlm blog jgn jd mcm blogger umno banggang yg najib kata tu

Alhusseyn Alhusseyn said...

Anon 05, 2014 11:03:00 am, tak payah nak spin lah. Khalid dipecat bukan kerana isu pampasan, tetapi isu lain.Hj Hadi tak pernah nak datang mesyuarat utk bincang perkara itu tetapi dia buat mesyuarat lain sendiri di kediaman Khalid bersama 3 kroni yg lain sewaktu bulan puasa tu...Kes pampasan ini hanya mempejelaskan betapa silapnya Hj Hadi memuja muji Khalid sebelum ini sebagai seorang yg amanah konon....faham tak?

Anonymous said...

Bukan nk spin hussin...cuma nk bagitau kt hussin keputusan semasa tidak mengambil kira akibat yg dibuat oleh orang lain dikemudian hari...ke hussin ingat hj hadi tahu khalid nk bg pampasan tu?sebab tu sy bg perbandingan adun perak 2 ekor yg lompat tu paham tak?kalu dato anwar tahu 2 ekor tu nk ambil rasuah duit n seks n mcm2 lg dan nk lompat parti hussin rasa anwar akan buat keputusan calonkan 2 ekor tu dlm pru 12?mesti tak kan...nk cakap itu je dan hentikan kutuk mengutuk ni kalau tak ngo pasma yg hussin support tu akan dipandang sebagai ngo yg perangai sama mcm hussin sedangkan presiden pasma tak mcm hussin...gunakan isu semasa untuk perkuat PR dan cari isu untuk menentang UMNO...bukan mcm sekarang yg hussin buat ni mcm hussin ni blogger umno nampak tak...kalau hussin buat mcm sekarang ni hussin mendedahkan maklumat kepada musuh hussin iaitu umno yg akan cari maklumat untuk laga2kan pemimpin PR kerana dlm blog hussin ni bukan saja org PR baca tp juga macai cybertooper umno yg belambak berkeliaran cari maklumat...kalau hussin nk jatuhkan hj hadi takde hal pergi kempen di cawangan2 dan kawasan2 dan pasma pula anjurkan bnyak lagi program penerangan berkenaan kejahatan hj hadi dan geng dia kempen jgn undi dia dlm muktamar tahun depan...benci ada dua wahai hussin iaitu kerana Allah atau kerana syaitan maka pilih dan muhasabah diri sendiri maka kita pasti tau apa dari siapa tujuan yg terbit dlm hati kita tu...tentang umno!!!!

Anonymous said...

Anon 10:00

Kalau dalam isu ini TGHH pun kantoi, dia tak layak jadi Presideng PAS. Apa yang TSKI buat bukan TGHH tak d8beritahu dan diberi nasihat. Ini satu hal.

Kedua, kalau orang lain yang tak memil3ki ilmu ugama setinggi TGHH boleh nampak bahayanya TSKI, lekeh la TGHH kerana dengan ilmu yang begitu tinggi xboleh nampak. Lek3hlah orang yang ada kasyaf melakukan kesilapan seperti ini.Sekarang dah terbukti TGHH buat kesilapan besar. Kita tak payah mencaci TGHH dan ilmunya yang tinggi lah, tetapi lekehlah TGHH. Bukan aku yang kata tetapi hangpa yang memberi gambaran TGHH hebat ni.

Ketiga, sekarang terbukti TGHH telah buat kesilapan besar yang bukan sahaja merosakkan kredibilitinya tetapi telah meny3babkan PAS bergolak sekarang.

Takkan TGHH nak lepas tangan b3gitu sahaja. Kalau orang lain yang lagi cetek ilmunya diambil tindakan walaupun tuduhan adalah remeh san samar-samar, takkan TGHH h3ndak basuh tangan sahaja. Malulah kepada pem8mpin-pemimpin lain termasuk yang dari DAP yang sah8h kapiaq bila TGHH buat kesilapan seperti ini dan tak mahu bertanggungjawab pulak! Kalau ia merosakkan imej TGHH sorang xpelah, ni xpasai-pasai Islam dipandang rendah!

Hangpa nak spin kot mana pulak lepaih ni? Silakan......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...